Resipi Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim, Ini ‘Rahsia’ Cara Nak Buat

Share

Aiskrim kacang merah yang lemak-lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Jika dahulu, aiskrim potong kacang merah sering dijual di kedai runcit, kini, aiskrim ini boleh dibuat sendiri di rumah.

Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti sejuk. Jika teringin, ambil sahaja. Bila buat sendiri, anak-anak boleh makan banyak kali. Puas hati bila tengok anak-anak suka makan hasil air tangan sendiri.

Jomlah kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini.

RESIPI AISKRIM KACANG MERAH LEMAK BERKRIM

Bahan-bahan:

350 gram kacang merah
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam

Ini ‘Rahsia’ Cara Nak Buat

Cara membuat:

  1. Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

 

2. Didihkan air, masukkan gula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

6. Bila sudah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

Kredit: Zaky Mat Ali

Baca artikel lain di sini: RESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang!

Resipi AISKRIM YOGURT Sedap, Nampak Mewah Sebiji Macam Aiskrim Mahal!

Aiskrim Asam Boi Bertambah SEDAP, Tambah Perahan Limau Kasturi Sikit!

IKLAN