Perapan ayam bakar ada pelbagai resipi dan caranya. Namun jika mak-mak nak cuba Ayam Bakar yang paling mudah boleh cuba resipi ini. Memang sangat senang resipi Ayam Bakar Kewpie ini. Rasanya sedap, isi lembut dan hanya menggunakan 4 bahan. Menariknya nak bakar boleh, nak goreng pun sesuai.
Ikut resipi ayam bakar kewpie kegemaran keluarga Puan Shafiqah Abd Razak ini sebagai rujukan.
Iqa nak share dekat sini ye resepi Ayam Bakar Kewpie favourite kami sekeluarga dengan hanya guna 4 bahan sahaja.
Bahan-Bahan:
Ayam (Pilih bahagian yang disukai, hiris-hiris sikit atasnya dan basuh bersih, iqa pilih dada & drumstick) Kewpie Dressing Roasted Sesame (botol kecik pun ada)
Sos Tiram
Serbuk black pepper
Cara Membuat :
1. Ambil ayam yang telah dibasuh bersih tadi ke dalam satu bekas yang sesuai dan ada penutupnya. Curahkan kewpie dressing roasted sesame tu agak-agak bagi rata seluruh ayam dengan dekat bahagian yang kita hiriskan tadi.
2.Curahkan pula sos tiram agak-agak sahaja bersama serbuk black pepper.
3.Macam ika suka buh serbuk black pepper tu lebih, rasa lagi syokkk..hehehe.
Ads
4.Gaul rata bagi kena keseluruhan dan tutup bekas tersebut dan simpan dekat chiller semalaman.
5.Esok bangun pagi boleh bakar ayam perap kite tu dalam magic pan ye dengan api sederhana. Buh minyak masak sikit-sikit je. Jangan lupa terbalikkan juga. Cuma bakar ni ambik masa lama sikit.
Kalau nak goreng pun boleh macam kita goreng ayam macam biasa tu dalam kuali. Atau nak panggang pun boleh, lagi cepat dan rasa pun sedap juga.
Ads
Dah masak ayamnya hidangkan dalam pinggan dan boleh curahkan kewpie tu lagi atas ayam yang dah siap bakar. Selain rasa yang sedap, isi ayam tu lembut je.
Menarik sungguh resipi pancakes yang mudah nak disediakan ni. Tak perlu guna tepung langsung dalam adunan, hanya perlu kisar 3 bahan iaitu oats, pisang dan telur, dah boleh jadi pancakes yang sedap, lembut dan gebu malah sihat. Sesuai buat untuk sarapan pagi, bawa bekal anak sekolah. Senang sangat!
Bukan apa, bila beli oats kadang tak tau nak buat resipi apa yang sedap. Godek-godek resipi, jumpa resipi ni. Memang sedap, tekak boleh terima mesti tak menyesal bila cuba sendiri nanti. Malah resipi ni sihat, sebab tak guna tepung mahupun gula pun.
Bahan-Bahan:
2 biji pisang
2 biji telur
1 cawan oats
*secubit l garam
*secubit serbuk kayu manis
*1 Sudu besar Mentega Kacang
* mentega
Cara Membuat:
1. Potong kecil pisang dan masukkan dalam mesin pengisar. Boleh juga lenyekkan dengan garpu.
2. Masukkan telur dan oats.
3. Kisar halus semua bahan-bahan tersebut.
4. Panaskan kuali ‘non stick’, oleskan dengan sedikit mentega.
5. Masukkan bahan adunan ke dalam kuali.
6. Biar sehingga masak kekuningan.
Siap!
Info Ektsra!
Masukkan garam, serbuk kayu manis dan mentega kacang adalah pilihan mengikut citarasa bagi meningkatkan rasanya.
Jika tiada blender, kacau rata dengan sudu pun boleh.
Pancakes ini sedap dinikmati dengan madu serta buah-buahan seperti strawberi, blueberi atau kekacang.
Mingguan Wanita: Wah menarik sangat resipi ni, guna 3 bahan je dah boleh buat pancakes yang sedap, paling penting mudah dan tak guna tepung langsung. Sangat sihat, sesuai buat bekal untuk anak sarapan pagi.
Kuih donut memang ramai yang suka, mungkin sebab senang nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak. Ada banyak resipi yang boleh dicuba, tapi yang paling mudah ikut sukatan cawan. Jadi tak perlu sukat guna alat penimbang.Nak donut cantik tak hangus hitam pun ada caranya. Kena goreng guna api sederhana dan sekali balik sahaja.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Asma Mohamed ini.
DONUT KAMPUNG (Sukatan Cawan)
Bahan-Bahannya:
2 cawan Tepung Gandum
3/4 sudu teh Yis
3/4 cawan Air Suam kuku
Tambahan 2 sudu besar lagi air jika perlu**
1 sudu besar Gula Pasir
1/2 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Marjerin
1/4 sudut teh Garam
Salutan : Gula Kastor/Gula Halus
Cara Membuat :
1.Masukkan tepung gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk.Gaul hingga rata .
2.Kemudian masukkan Yis & juga Air (Jika adunan masih keras boleh tambah lagi dalam 2 sudu besar Air). Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit.
3.Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan. Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum.Kemudian tutup selama 10 minit
4.Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula . Tutup selama 15 minit.
5.Kemudian bolehlah dibuat lubang . Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit).
6.Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja.
7.Sesudah masak angkat dan toskan minyaknya. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam.
Tips :
Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng .
Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda.
MW: Simple je resipi donut kampung ni. Yang penting mudah sebab guna sukatan cawan tak perlu nak timbang-timbang dan menjadi bila buat. Bolehlah cuba sendiri nanti.
Memang ada benarnya, Ikan Rebus sebaiknya kita buat sendiri di rumah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer boleh tahan berminggu-minggu.Bila nak makan tinggal goreng je. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lebih puas hati.
Ada pelbagai cara untuk buat ikan rebus. Namun cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan ini tak letak asam pun, hanya gaul dengan garam.Malah walaupun nama ikan rebus, hakikatnya ia perlu dikukus.
Berikut perkongsian tersebut;
HOMEMADE IKAN REBUS. Bila pegi pasar, akak pasti akan beli ikan kembong untuk buat ikan rebus. Masa akak beli ikan kembong ni tadi, sempat akak berbual dengan orang yang jual ikan tu.
Orang Melayu kita. Orang tu kata… Kalau boleh elakkan dan JANGAN beli yang ada jual dalam RAGA ROTAN kat pasar-pasar tu. Sebab dia sendiri dah tengok cara orang-orang kat situ buat.Tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram jer dengan air.
Kalau sesiapa pegi tengak kat tempat orang tu buat, pasti tak akan beli dah sampai bila-bila. Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezer.Tahan berminggu-minggu. Nak makan/goreng ambil jer.
Yang ni akak buat sendiri Homemade habis akak buang segala isi perut dan insang ikan kembong ni. Dalam perut dia bersih dah.Ikan rebus ni sedap dimakan masa lepas goreng. Dan makan panas-panas. Akak kadang-kadang ikan rebus ni akak goreng dulu, lepas tu akak buat sambal.
Nama menu yang dalam gambar ni IKAN REBUS. Orang Perak panggil IKAN REBUS. Lain negeri, lain gelaran dia. Ikan ni sebenarnya DI KUKUS. Tak tahu dari mana boleh dapat nama IKAN REBUS. Yang akak buat ni memang tak letak asam. Ikan ni hanya gaul dengan garam semata.
Cara Membuat:
Akak buat ni ikan dia dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu. Gaul-gaul, susun dalam loyang rapat-rapat, perap selama 45 minit dan kukus selama 1 jam (1 jam ni sebab akak buat banyak. Kalau buat sikit, janganlah kukus sampai 1 jam… Agak-agak jerlah masa dia untuk berapa ekor yang kita nak kukus).
Org Perak memang panggil IKAN REBUS. Walaupun cara pembuatan dia dikukus. Macam suami akak asal orang Gombak, dia orang tak biasa makan.Mula-mula suami rasa pelik dengan menu ni dan sekarang, suami akak pulak yang suka makan.
Setiap kali gi pasar dia suruh beli ikan kembong atau 2kg. Buat banyak-banyak dan simpan dalam frezer. Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, JANGAN direndam, bila dah lembut, terus goreng. JANGAN DI BASUH pulak. Sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.
Info Ekstra!
Ikan DI KUKUS ye. BUKAN DI REBUS, Letak air dalam periuklah, letak asam kepinglah, letak gula nisanlah.BUKAN…BUKAN…BUKAN ye
Ni cara akak, cara orang lain akak tak tahu.Nama dia je IKAN REBUS. Dan ikan ni DIKUKUS. Jangan salah faham.Yang tak biasa mungkin akan kata PELIK.Tapi nilah hakikatnya, akak belajar dengan arwah ayah akak, seorang Peniaga Ikan dari rumah ke rumah. Alah…orang kata akak ni anak Taukeh Ikan secara kecil-kecilan.
IKAN REBUS ni biasa kalau kat pasar, orang jual dalam bakul rotan.
IKAN REBUS ni biasa orang Cina yang buat.
IKAN REBUS biasa dijual sekali dengan isi perut dan najis. Eeeeee… kotorrr.
Nak lebih bersih, buat je sendiri banyak-banyak, simpan dalam frezer, nak makan, keluarkan banyak mana yang perlu. GORENG.
Kalau buat banyak-banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.
Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.
Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan pada suhu bilik (kalau ada yang tak tahu apa tu SUHU BILIK.
Contoh :- Nak goreng pukul 12 tengahhari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi. Letak ikan dalam bekas yang sesuai. Biar ais ikan tu cair sendiri.JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air.
Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.
Cara-Cara nak simpan Ikan Rebus:
Dalam bekas, akak alas dengan plastik.Susun ikan rebus.
2. Alas lagi dengan plastik.Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer.
3. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat ikan rebus ni. Mudah dan sedap. Malah terjamin bersih dan halal bila kita buat sendiri. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam freezer, bila nak makan tinggal goreng je. Senang!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...