Ads

Resepi 2 In 1, Mandi Wap Dan Tangas Basah Mujarab Hilangkan Inci Tubuh

Resepi 2 In 1, Mandi Wap Dan Tangas Basah Mujarab Hilangkan Inci Tubuh

Selain minum air detoks ada cara lain yang boleh anda lakukan nak bagi turunkan inci tubuh. Percaya tak dengan keberkesanan mandi wap dan tangas basah.

Petua tradisional ini dikongsikan oleh Cikgu Spa, Sarifa Redzuan II. Katanya, “Dah minum jamu detox terus rebus nak buat 2 dalam 1 mandi wap dan tangas basah.

Seminggu 2 kali amalkan ni, In Sha Allah, badan pun cepat turun inchi tu tau. Apa yang penting badan sehat dan sentiasa bersemangat.”

Ads

Bahan-bahan Mandi Wap, Tangas Basah

2 batang serai wangi sekali daun serai. (serai biasa pun boleh)
Halia sebesar tapak tangan – diketuk
2 helai Daun kunyit dan sedikit kunyit
2 helai Daun lengkuas dan lengkuas sebesar ibu jari – diketuk
3 helai daun pandan
5 helai daun sirih
Segenggam daun inai
3 biji manjakani
3 biji limau nipis – dihiris

Caranya

1. Rebus semua sekali.

Ads

2. Lepas tu dah didih tuang dalam baldi. Pakai kain batik dan perlahan lahan kangkang. Terasa wap herba tu mula bekerja menghalau toksin keluar dari liang roma tu. Berpeluh sakan.

Ads

3. Sakit badan pun boleh hilang. Paling best tengok cermin muka naik seri lain macam. Wow!

Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Suami Imamkan Sendiri Solat Jenazah Nadiah Kasumawati, Urusan Mandi Dilakukan...

Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati,  urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.