Senang je bila buat ‘Rempeyek Ekspres’ ni. Janji ada kacang dan ikan bilis, guna kulit popia pun boleh. Mudah, cepat dan senang tak perasan sekejap je habis sebalang. Bolehlah buat stok untuk makan sendiri dengan anak-anak dan keluarga nanti.
“Nak makan rempeyek buatan sendiri macam ni la jadinya. Mudah je, janji ada kacang dan ikan bilis. Stok untuk makan sendiri naa.”
Bahan-Bahan:
Kulit popia potong ikut suka
Bancuhan tepung gandum cair sebagai gam
Kacang dan ikan bilis
Cara Membuat:
1. Basuh kacang dan jemur sampai kering.
2. Ikan bilis ikut la kalau jenis yang lambat garing atau liat elok goreng dulu sat sebab kulit popia cepat garing.
3. Potong kecil kulit popia dan susun atas loyang.
4. Letak gam (bancuhan tepung gandum) pada kulit popia, letak sikit-sikit ja.
Ads
5. Baru atur kacang dan ikan bilis kemudian goreng.
6. Pastikan guna api perlahan, kalau tak nanti hangit kulit popia, kacang dan bilis pula nanti tak masak.
Resipi ayam goreng ada bermacam-macam. Ayam goreng yang dijual di restoran-restoran mamak memang punya ramai peminat. Ha..dalam tempoh PKP ni, tentu ramai yang tak terbayang akan kelazatan ayam gorengnya yang garing di luar dan lembut di dalam. Pehh..memang padu dimakan Dengan nasi kandar!
Namun, masih dalam langkah berjaga-jaga akibat Covid-19, ramai yang belum berani hendak keluar dan makan di luar seperti biasa.
Jangan risau, bagi yang rindukan ayam goreng mamak, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Bahan tak banyak, cara nak buat pun ringkas. Yang penting, bahan perapannya. Mohamad Hanafi Ali https://www.facebook.com/mohd.hanafiali.96 telah mengambil inspirasi daripada resipi ayam goreng yang telah dikongsi oleh seorang penggemar nasi kandar, Nur Hidayah.
Kalau resipi asal ayam gorengnya lain, tapi Mohamad Hanafi telah ubah kepada ayam goreng ala mamak. Nampak lebih sedap dan menarik bila dimakan dengan nasi kandar. Anak-anak pun mesti suka sebab tak pedas.
1 ekor ayam – potong dan bersihkan
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Minyak masak untuk menggoreng
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Tapi jika hendak lebih sedap, boleh perap lagi lama sebelum digoreng.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dalam kuantiti yang banyak. Setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam hingga masak dan garing.
3. Setelah ayam masak, angkat dan toskan. Sedia dinikmati bersama nasi kandar. Sedap dimakan ketika masih panas.
Jika mak-mak suka buat agar-agar kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Barulah ia menjadi ikut citarasa yang diinginkan sama ada keras, sedang elok atau lembik. Lagi-lagi jika guna agar-agar jenis tali dan nak buat adunan yang sedikit, kena tahu caranya.
“Pernah tak buat agar-agar terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar-agar dalam gambar ni contoh je. Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting berat dan sukatannya”
Ni saya nak share tips sukatan agar-agar.Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak-jinak. Yang dah power-power tu mungkin ada formula sendiri.
Agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit Agar-agar tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok Agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit
Saiz cawan ni saiz cawan standard. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye.
Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.
Kejadian agar-agar tu ikut suka nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni. 7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit).
Pastu kalau rakyat tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak-kanak je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar-agar untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga-bunga tu.. size yang kecil. Ngam untuk sekali makan.
Sukatan agar-agar Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar-agar tali tu. Camne nak dapat 1/4 bahagian tu?
Caranya :- Bayangkan 1 pack agar-agar tali 20 gram tu, dibahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.
Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan.Dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.
Dah alang-alang sebut pasal agar-agar ni, saya nak share sekali sukatan agar-agar untuk buat taufu fah. Nak buat taufu fa guna agar-agar tali lain pulak sukatannya ye.
4 gram agar-agar tali = 1 liter air soya kotak/perah sendiri + 1 cawan air. (boleh refer kat wall saya cara buat air soya sendiri. Kat dalam group ni pun saya ada share. Boleh try search nama saya + susu soya)
Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?
Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar-agar tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je. Setiap bahagian ada 5 gram. 5 gram x 4 = 20 gram
Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kat pasar malam tu.
Dan
Biasanya air susu soya dalam kotak besar tu kandungannya adalah sebanyak 2 liter. Jadi gunakan agar-agar tali tu cuma 2 bahagian je la (8 gram). Bersama 2 cawan air.
➡️ 8 gram agar-agar tali + 2 liter air soya + 2 cawan air = taufu fah
Contoh lain ~ 20 gram agar-agar tali + 5 liter air soya + 5 cawan air = taufu fah
Tu je la tips. Sharekan la jika bermanfaat. Saya halalkan
Faham tak apa saya nak sampaikan ni?Kalau tak faham, leh tanya
MW: Jadi buat mak-mak yang suka buat agar-agar boleh ikut formula dan tip yang dikongsikan ini/ Boleh ubah ikut citarasa sendiri, suka keras, lembik atau sedang elok bergantung pada sukatan cawan yang digunakan.
Sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, ada baiknya anda ambil tahu cara bahagikan daging korban dahulu. Ini lebih afdhal dan tidak lah buatkan anda rasa ralat jika betul agihkan daging pada orang yang tepat.