Cukup membimbangkan dengan laporan berita terkini, adik beradik berselisihan faham sampai sanggup bertindak kejam hingga berlaku pembunuhan. Lebih menyedihkan ia dilakukan oleh remaja yang masih usia di bangku sekolah.Berita ini bukan berlaku di luar negara, tetapi berlaku di negara kita.
Bunuh Abang Kandung Sendiri
Remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya ditahan polis kerana dipercayai membunuh abang kandungnya sendiri selepas mayat mangsa ditemui di belakang rumah kosong bersebelahan rumahnya di Taman Glenview, Kamunting, Taiping, semalam.
Mayat mangsa berusia 16 tahun ditemui pada 12.18 tengah hari dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangannya manakala keseluruhan tubuhnya dibalut dengan plastik.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, polis sebelum ini menerima laporan kehilangan mangsa yang juga pelajar sekolah menengah di Taiping, Jumaat lalu.
Kesan Kelar & Dibalut Plastik
Beliau berkata, laporan polis itu dibuat kakaknya selepas mangsa tidak pulang ke rumah dari sekolah pada hari berkenaan.
Ads
“Pemeriksaan dijalankan polis di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kelar di leher serta pergelangan tangan manakala mayatnya dibalut dengan plastik, mayat disahkan keluarga sebagai remaja yang dilaporkan hilang itu.
“Hasil siasatan, polis menahan adik perempuan mangsa serta teman lelakinya berusia 15 tahun dan kedua-dua mereka mengaku membunuh mangsa,” katanya.
Pergaduhan Mengenai Telefon Bimbit
Osman berkata, siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan teman lelaki adiknya selepas telefon bimbit milik suspek tertinggal di rumah mereka.
Ads
“Mangsa yang pulang dari rumah pada hari kejadian dipercayai mendapati adik perempuannya membawa rakan termasuk teman lelakinya masuk ke rumah, namun semua mereka beredar selepas melihat mangsa pulang.
“Telefon bimbit teman lelaki adiknya dipercayai tertinggal sebelum mangsa menjawab panggilan telefon dari suspek sebelum mencabarnya untuk mengambil sendiri telefonnya dan dipercayai berlaku pergaduhan antara mereka,” katanya.
Osman berkata, mengikut keterangan kedua-dua suspek, mereka dipercayai mengelar leher mangsa dan kedua-dua pergelangan tangan mangsa dengan pisau sebelum menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya.
Ads
Beliau berkata, siasatan unit forensik polis menemui pisau digunakan suspek manakala mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan malam ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
MW: Cukup menakutkan anak remaja kini semakin berani. Lebih menyedihkan ia pertelingkahan diantara adik beradik sehingga sanggup berbunuhan. Dimanakah silap kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak-anak, gagal menyemai rasa kasih sayang diantara mereka.
Kegembiraan penyanyi Aril Pilus menyambut kelahiran cahaya mata keduanya disulami rasa gusar dan bimbang apabila isteri tersayang, Puteri Erma Adlina Megat Ami kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.
Menurut Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 37, isterinya terpaksa menjalani dua pembedahan akibat masalah fibroid yang dialaminya.
Isteri Selamat Bersalin Zuriat Ke 2 Kini Di ICU
“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20pagi. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil, kesan daripada pendarahan yang tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yang melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.
“Setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam bilik pembedahan untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.Doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala,” ujar Aril memetik perkongsian di laman Instagram miliknya.
Aril Pilus Mohon Doa Isteri Selamat Jalani Pembedahan Fibroid Pula
Aril berkongsi isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka melalui kaedah pembedahan. Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Ampang pada jam 10.20 pagi Isnin.
Tambah Aril lagi, pembedahan kedua isterinya dilakukan atas nasihat doktor akibat pendarahan teruk selepas proses bersalin.
“Pada awalnya, doktor beritahu pembedahan untuk masalah fibroid tidak perlu dilakukan lagi kerana bahaya selepas melahirkan anak. Namun isteri mengalami pendarahan yang teruk. Atas nasihat doktor, pembedahan kedua perlu dilakukan segera. Doakan isteri saya cepat sembuh seperi sediakala”, ujar Aril lagi.
Melalui laman Instagram miliknya, Aril pernah berkongsi mengenai masalah fibroid yang dialami oleh isteri tersayang ketika awal kehamilan kedua ini. Awal September lalu, Puteri Erma berhadapan masalah fibroid dan cyst serta uri bayi yang terletak di bahagian bawah sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak. Malah Aril turut berkongsi isterinya terpaksa di tahan di wad selama sebulan untuk proses memantau keadaan kesihatan ibu dan bayi.
Untuk rekod, Aril dan isterinya mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun.
Fitnah teramat melampau, baru tiba dari Jeddah Ustaz Ebit terus buat laporan polis. Baru ini di media sosial kecoh dengan cerita seorang wanita bertatu dari seberang, Mondy Tatto yang pernah dibawa oleh Ebit Lew ke Malaysia berkongsi cerita selain mendakwa dirinya disentuh oleh pendakwah tersebut.
Fitnah Teramat Melampau
Dalam temubual podcast itu, Mondy Tatto telah mendedahkan cubaan beberapa kali yang cuba dilakukan oleh Ustaz Ebit sejak dari hari pertama berada di Malaysia. Bahkan dirinya mendakwa ada disentuh dan cuba dikucup selain berkata, Ustaz Ebit Lew telah menarik kain jubahnya dan tutup tirai kereta sebelum seorang pembantu Ustaz datang mengetuk cermin kereta.
Jelas pendedahannya sangat mengejutkan dan ramai mengaitkan dengan dakwaan Mondy telah dibayar untuk tampil dalam podcast tersebut. Bahkan dirinya juga dilihat telah menanggalkan tudung yang dipakainya ketika berada di negara ini dan kembali menjadi dirinya yang sebenar.
Baru Tiba Dari Jeddah Ustaz Ebit Terus Buat Laporan Polis
Dalam pada isu ini menular dengan hebatnya, Ustaz Ebit yang baru tiba dari Jeddah tengah malam tadi terus membuat laporan polis dan memberikan bayangan bahawa dirinya sudah menyerahkan kepada pihak peguamnya untuk tindakan selanjutnya kerana fitnah yang disebarkan ini disifatkan amat melampau dan tak berasas ke atas dirinya.
Walau tidak menyatakan kepada siapa laporan ini dibuat atau saman bakal ditujukan kepada siapa tapi pasti ramai dapat mengagaknya kerana pendedahan Mondy Tatto ini baru saja kecoh tidak sampai seminggu ini.
Di kongsi di fbnya sebentar tadi, Ustaz Ebit dilihat menunjukkan satu laporan telah dibuat di balai polis berkaitan isu ini.
“Baru sampai dari Jeddah 12malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya. Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya”.
Apa pun, sama-sama kita nantikan akan kebenaran kisah yang disebarkan ini.
Rencah dalam perkahwinan ada pahit manisnya, namun masih tetap saling melengkapi, memerlukan dan menghargai. Untuk apa lagi bertahan jika seringkali hati disakiti dan diri dikasari baik mental mahupun fizikal. Perlu belajar meyayangi diri sendiri. Buat isteri-isteri yang tersakiti dan dikasari, ingat tanpa LELAKI sebagai suami yang berperangai sebegini wanita masih mampu berdiri kerana Allah ada di sisi. Jangan takut untuk terus melangkah pergi..
Pesanan buat wanita, hadam baik-baik perkongsian Kaunselor, Puan Normaliza Mahadi ini.
Saya terbaca sebuah berita mengenai seorang isteri yang ditolak keluar dari kereta oleh suaminya akibat pergaduhan. Ya! Kena tolak keluar dari kereta yang sedang bergerak.
Saya bukan PM, Ahli Parlimen, Adun atau sebagainya. Saya wanita biasa sahaja. Tak mampu nak buat apa-apa dalam hal ini. Tak mampu mengegar daerah jauh sekali dunia. Hanya baca berita dan merasa perit di dada dan kadangkala hampir pecah berderai menahan marah dan perasaan hiba!
Perkahwinan apakah yang dijalani oleh sesetengah wanita kita? Kasih sayang hampir tiada tetapi penuh dengan kebencian yang kesumat di dada.
Ya! Saya bias. Bias membantu kaum hawa. Mahu kaum saya sedar bahawa perkahwinan ini mesti usaha berdua. Bukan satu pihak terhegeh-hegeh menagih kasih sementara satu pihak lagi memperlekeh.
Allah Ada Di Sisi
Saya tak mahu menyeru kaum hawa berdikari supaya kononnya suatu hari nanti kalau apa-apa terjadi. Tapi saya mahu kaum hawa tahu yang tanpa lelaki kita masih mampu berdiri kerana Allah ada di sisi.
Suami perlu datang membawa nilai yang murni dan suci. Bukan datang untuk dijadikan isteri sebagai hamba abdi. Bila mahu didatangi bila tak mampu dibuang pergi.
Dan rezeki bukan di tangan suami. Jadi jangan takut untuk berdikari jika merasakan diri mula diketepi. Allah Yang Maha Pemurah.
Serta anak tak perlukan bapa yang menunjukkan contoh gila seperti memukul ibu mereka berkali-kali. Anak tak perlukan contoh bapa yang tak mahu menjadi lelaki. Anak tidak perlu mengira berapa kali bapa keluar masuk pusat serenti. Anak tak perlu juga melihat bagaimana kuatnya ibu mereka mempertahankan lelaki yang mengkianati.
Berilah peluang sekali. Tapi peluang ini untuk dia perbaiki diri bukan untuk mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali.
Merdekalah wanita semua dari pemikiran yang memperbodohkan diri sendiri.
Dan tolong jangan komen dengan menyatakan … Ala kita tak berada di kasut mereka.
Ada juga yang bertanya, mesti ada sebab dia diperlakukan begitu!
Please don’t bullshit me!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat wanita dan para isteri yang berada dalam situasi ini, beranilah buat keputusan untuk melangkah pergi. Tak perlu lagi bertahan mahupun berikan peluang berkali-kali apabila diri disakiti mahupun dikasari.Tanpa LELAKI yang bergelar suami berperangai sebegini, kita masih mampu berdiri kerana Allah ada di sisi.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...