Sememangnya cinta itu buta. Siapa sangka ramai wanita yang jatuh cinta, tergila-gilakan lelaki ini dan ingin berkahwin dengannya.
Seorang warga emas dari Majalengka, wilayah Jawa Barat digelar ‘Raja Playboy’ kerana pernah berkahwin sebanyak 87 kali, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Rancang Perkahwinan Ke-88
Lelaki hanya dikenali sebagai Kaan, 61, itu mengaku sedang merancang untuk perkahwinannya yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.
Menurut Kaan, dia tidak dapat menolak bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya kerana wanita berkenaan amat ‘tergila-gilakannya’.
“Saya merancang untuk berkahwin dengan bekas isteri daripada perkahwinan ke-86. Meskipun sudah lama berpisah, perasaan cinta antara kami masih kuat dan saya enggan mempermainkan perasannya.
“Selama ini juga, dia masih ‘tergila-gilakan’ saya walaupun usia perkahwinan kami dahulu hanya sebulan,” kata Kaan.
Ads
Kahwin Sejak Usia 14 Tahun
Tambah Kaan yang bekerja sebagai petani, dia mula berkahwin sejak berusia 14 tahun dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun.
Menurutnya, disebabkan sikapnya yang kurang baik ketika itu, isterinya meminta agar dia diceraikan selepas perkahwinan mereka bertahan selama dua tahun.
Ads
Disebabkan peristiwa tersebut, Kaan mengaku berasa marah kepada bekas isterinya justeru, dia mencari ilmu ‘kerohanian’ untuk membuatkan ramai wanita jatuh cinta kepadanya.
“Namun, saya tidak mahu melakukan perkara yang tidak elok kepada wanita yang saya kenali dan enggan mempermainkan perasaan mereka.
Mingguan Wanita: Aduhai, sungguh naa dah pernah kahwin sampai 87 kali dan ramai wanita yang pernah jatu cinta dengan lelaki ini. Fuhh memang luarbiasa.
Stacy hamil 4 bulan, tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Stacy Anam dan suaminya Akim Ahmad yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 5. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9.
Stacy Hamil 4 Bulan
Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri Stacy ketika menjadi tetamu jemputan program MeleTOP.
Penyanyi kelahiran Sabah itu berkongsi berita gembira dan menyatakan dirinya kini sedang hamil anak kedua dan kandungan sudah berusia empat bulan.
Pemilik nama sebenar Ummu Syaikhah Stacy Anam, 31 menerusi program MeleTOP menjawab soalan yang diajukan oleh hos, Elly Mazlein berkenaan dakwaan dirinya sedang hamil cahaya mata kedua.
Sofia Jane kekal jelita dalam usia 50-an sampai diberi julukan ‘vampire,’ ada makanan jangan makan. Sofia Jane sering diberi julukan ‘vampire’ daripada sebilangan peminat kerana wajahnya yang tidak berubah walaupun menjangkau usia 50-an.
Sofia Jane Kekal Jelita Dalam Usia 50-an Sampai Diberi Julukan ‘Vampire’
Masih kelihatan jelita dan bertenaga pada usia melangkaui angka jubli emas, antara tip dikongsikan pelakon Datin Sofia Jane termasuklah berhenti ‘menyentuh’ makanan berproses.
Kata Sofia atau nama sebenarnya Sofia Jane Hisham, 52, sesiapa sahaja boleh kekal awet muda asalkan terus menjaga pengambilan hidangan harian serta menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam.
“Setiap hari bila saya bangun, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dan mengangkat beban.
Ada Makanan Jangan Makan
“Saya juga amalkan makanan yang sesihat mungkin. Sudah lama saya tidak ambil makanan berproses dan makanan segera.
“Pada saya untuk mencapai semua ini hanyalah asas dan sangat mudah tapi ramai yang tidak percaya,” katanya.
Ujar Sofea lagi, dia menggalas tanggungjawab untuk menjaga kesihatan bagi membolehkannya kuat bekerja.
“Ketika ini, seperti menjadi satu obsesi orang ramai bila kita bercakap soal pengekalan kecantikan.
“Saya merasakan pada usia saya sekarang apa yang membuatkan saya terus melangkah adalah tahap kesihatan saya sendiri.
“Kalau saya ingin bekerja lebih lama lagi, saya mesti sihat secara mental dan fizikal. Pada ketika ini, itulah yang menjadi keutamaan saya,” ujarnya.
Ini antara nasihat Sofia terutamanya kepada pelakon wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan. Hal ini kerana sebagai pelakon, perlu menggunakan tenaga tanpa mengira waktu.
“Buat wanita seusia saya terutamanya yang berkecimpung dalam dunia seni, tahap kesihatan kita kena sentiasa berada di tahap terbaik.
“Waktu kerja kita bukan dari 9 pagi hingga 5 petang. Kita kerja siang dan malam serta waktu yang tidak menentu.
“Malah, kesedaran terhadap kesihatan mental juga penting. Kerja kita memerlukan belajar, membaca dan memahami skrip, ada banyak perkara yang perlu diproses,” jelasnya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kereta total lost, wanita terselamat maut. Berkat amal doa naik kenderaan & Al-Fatihah 40 kali. Berpantang maut sebelum ajal. Jika dilihat kepada kenderaan dinaikinya, tiada siapa akan percaya tiada satu pun kecederaan dialami. Tiada sekeping kaca pun melekat di kulitnya bahkan masih mampu keluar dari kenderaannya yang sudah lumat bumbungnya dengan sihat walafiat.
Inilah pengalaman ngeri dikongsikan oleh Maizatul Mat Said, seorang peniaga kek lapis apabila dirinya terselamat dari maut semalam. Barang kali berkat dirinya sentiasa mengamalkan Bismillah sebelum memulakan perjalanan selain mengamalkan doa naik kenderaan serta membaca surah al-Fatihah sebanyak 40 kali jika hendak berjalan jauh.
Beginilah keadaan kereta Wira miliknya, total lost selepas melanggar belakang trelarDi sebalik kejadian ngeri ini, tiada sedikit pun kecederaan dialami oleh Maizatul
Berkongsi tragedi menimpanya, jelas wanita berusia 49 tahun ini, sewaktu nampak bucu belakang lori 25 tan semakin hampir dengan kereta, dirinya hanya mampu menjerit Allahuakhbar sebelum terdengar bunyi seperti tin kemek apabila bumbung kereta merempuh lori.
“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, saya terselamat tanpa sebarang kecederaan dan berjalan keluar dari kereta walaupun keseluruhan kereta remuk,” katanya yang terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta Proton Wira dipandunya ‘lumat’ akibat merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini petang semalam.
Berpantang maut sebelum ajal. Tiada satu pun kecederaan dialaminya bahkan masih mampu keluar dari kenderaan selepas tragedi ini terjadi.Keretanya total lost dan syukur dirinya terselamat. Maizatul akui sering mengamalkan bismillah dan membaca doa menaiki kenderaan selain mengamalkan Al-Fatihah 40 kali bagi perjalanan jauh
Memetik sumber Malaysia Gazatte, Menceritakan semula kejadian, ibu kepada seorang anak itu berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat berniaganya di Pantai Klebang selepas pulang dari menghantar anak tunggalnya ke Universiti Teknologi Mara Kampus Jasin.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya nampak lori berkenaan sedang membuat pusingan u dan sempat menekan brek namun sudah terlambat dan merempuh belakang lori berkenaan.
“Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu menjerit ‘Allahuakbar’ sehinggalah apabila sedar, tangan saya masih berada di stereng tanpa sebarang kesan calar pada anggota badan. Saya kemudian membuka pintu kereta dan segera beredar dan waktu itulah baharu saya sedar, kereta sudah total lost sebelum orang ramai datang melihat kejadian itu,” katanya di sini hari ini.
Menurut Maizatul, walaupun mengalami kerugian besar kerana keretanya yang musnah sepenuhnya selain barang jualan kek lapis Sarawak diusahakannya rosak, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang disifatkannya ajaib itu.
“Alhamdulillah, Allah masih melindungi saya walaupun ramai yang beranggapan saya tidak mungkin selamat dengan keadaan kereta yang hampir lumat itu.
“Bagi saya, ini berlaku dengan izin Allah walaupun saya sendiri terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa malah pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka juga doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada pukul 5.30 petang melibatkan sebuah kereta dengan lori.
“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori bersaiz 25 tan yang datang dari arah Muar menghala ke bandar Melaka telah membuat pusingan u di kawasan yang dibenarkan.
“Pada masa sama, bahagian belakang lori dilanggar kereta jenis Proton Wira dipandu wanita terbabit yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Jasin menuju ke Klebang untuk berniaga,” katanya.
Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...