Kerana sekeping gambar yang dipost oleh Shuib di instagram miliknya, Siti Sarah Raisuddin yang juga isteri Shuib pun mula berkongsi rasa hati.
Seharusnya gambar itu mengundang kegembiraan di hati ibu Shuib yang baru menyambut hari kelahirannya. Mereka bertiga merakam kenangan di hadapan sebuah kenderaan yang merupakan hadiah harijadi buat ibu tersayang. Sayangnya, lain pula yang jadi pada posting itu.
Kulit wajah Siti Sarah pula yang jadi pertikaian netizen. Sampaikan komen-komen itu mengundang rasa sedih di hati Siti Sarah. Tapi bukanlah kerana orang mengata dirinya, sebaliknya sedih kerana keadaan suaminya, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad yang diakui isterinya buta warna.
“Assalammualaikum semua, secara jujurnya saya betul-betul tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu Shuib ni menjadi perhatian ramai. Ramai yang kutuk Sarah. Katanya sebenarnya Sarah hitam tapi edit gambar.”
Allahu.. macam-macam sungguh sekarang ini. Bila kita tak belajar untuk berlapang dada dengan rezeki, kebahagiaan malah kesusahan orang lain. Macam mana Allah nak lapangkan malah nak mudahkan hidup kita.
Sambung Siti Sarah lagi, “Ya.. saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat-tempat yang bercahaya terang. Mana ada orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya. Itu yang nampak burn.”
“Secara jujurnya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang kata saya. Tapi mungkin ramai yang tak tau Shuib BUTA WARNA. Dia tak tau pun WARNA apa yang dia post di IG dia. Banyak warna yang dia tak nampak. Padahal kami pakai handphone jenama yang sama.”
Saya Memang Ambil Produk
Sayukan.. bayangkan orang yang paling kita sayang itu punya satu kelemahan. Tentulah tempat isteri untuk memainkan peranan menjadi pendorong. Hebatnya seorang isteri, apabila dia sentiasa menjadi mata yang memberikan warna dalam hidup Shuib. Barangkali inilah gambaran untuk Siti Sarah dan Shuib dalam menjalani warna-warni hidup mereka.
Dan Siti Sarah akui dirinya tidaklah putih bak mat saleh. Tapi kulitnya semakin cerah kerana ada rahsia yang tak boleh dikongsi dengan semua orang. Cukuplah sekadar memaklumkan apa yang peminatnya perlu tahu.
“Mak Shuib tu putih melepak tu pun nampak cam sun burn. Secara jujurnya saya memang tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak dibandingkan dengan saya yang dulu memang saya lebih cerah sekarang.”
“Sebab saya memang ambil produk. Saya pakai LOTION, SABUN dan PIL untuk kulit lebih cerah. Mungkin ramai yang marah sebab saya tak share saya makan dan pakai produk apa.
“Di sini saya ada contoh gambar dulu yang berhadapan dengan lighting terang sampai nampak refleksi cahaya di pipi sebab cahaya lampu dan gamba baru. Tetap gamba lama nampak lebih gelap.” Akhiri Siti Sarah dalam luahan hatinya di instagramnya.
Sumber/Foto : Siti Sarah Raisuddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI