Isteri akan mula stres dan bosan membuat kerja rumah bila suami enggan membantu. Tak semua suami faham apa kehendak sebenar seorang isteri, yang setiap hari hadap kerenah anak-anak, kemas rumah, fikir menu apa nak masak dan kadang pulun alih perabot demi mencipta bahagia.
Wahai suami, cubalah selami hati isteri untuk renungan bersama. Bacalah perkongsian daripada saudara Ehsan Halim ini.
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya.
Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.
Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.
Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang, biskut, telur dan lain-lain.
Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.
Ads
******
Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.
Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Ads
Pernah saya jaga 2 orang anak (seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.
Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!
Maka begitulah isteri kita hadapi.
Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia, anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.
Ads
So para suami anda kena letak mindset ni:
1. Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita. Mereka kerja every hour.
2. Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.
3. Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.
4.Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.
Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.
Dalam membesarkan anak-anak dalam dunia mencabar begini bukanlah satu tugas yang mudah bagi seorang “mak”. Tidak kiralah bagi mak yang bekerjaya mahu pun bergelar suri rumah masing-masing berdepan dengan pelbagai masalah dalam mendidik anak-anak.
Rasa marah atau mahu memukul anak kadang-kadang menjadi kebiasaan pabila sang ibu berdepan dengan tekanan atau situasi memenatkan kerana mak-mak juga manusia biasa. Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Sebagai ingatan bersama, sebelum angkat tangan pada anak, ingatlah siapa pemilik mutlak mereka, barulah kita merasa takut dengan Allah. Mak, ayah hanyalah pemegang amanah anak-anak yang belum tentu masanya Allah akan mengambil mereka semula.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli dan jadikan ingatan kita bersama:
Teringat pesan seseorang pada saya,
Sebelum rasa mahu marah atau mahu angkat tangan memukul anak, ingat siapa pemilik mereka.
Walaupun kita ini ibu yang berpenat, bersakit mengandung dan melahirkan anak-anak, tetapi anak-anak bukan hak milik kita.
Allah adalah pemilik mutlak anak-anak. Kita sebagai ibu bapa cuma peminjam dan pemegang amanah.
Ya, memang ada masa kita terlepas. Astaghfirullahal adzhim. Namun, kalau boleh jangan biarkan berlalu tanpa taubat, dan kalau boleh jangan jadikan kebiasaan kerana pukulan tak mengeraskan tubuh mereka tetapi hati anak-anak.
Sebagai ibubapa, tanamkan rasa takut kepada Allah. Anak-anak kita adalah amanah kita. Barulah kita dapat mendidik anak-anak yang juga kelak akan takut mengkhianati amanah mereka kepada Allah. InsyaAllah. Allahu musta’an.
MW: Mak,ayah tak lari daripada membuat kesilapan, namun setiap kali tersalah langkah kembalilah dekatkan diri dengan Allah. Memukul anak dalam mendidik anak-anak bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian. Masih banyak lagi jalannya yang lebih baik dan berkesan dalam mendidik anak yang merupakan amanah besar Allah buat mak, ayah.
Sedekah paling afdal. Inilah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam. Malah ia menjadi wajib seseorang itu bersedekah bila jumpa dengan orang yang memerluikan dan kita pun ada harta atau duit yang lebih untuk disumbangkan.
Namun, apa yang dikatakan sedekah lebih afdal bila kita dahulukan ahli keluarga dalam bersedekah. Carilah adik beradik yang susah dan memerlukan, dahulukan mereka sebelum kita berikan pada orang luar.
Begitu juga bagi suami, janganlah rasa rugi untuk bersedekah pada isteri dan anak-anak. Sebabnya sedekah yang paling afdal dan lebih tinggi darjatnya bila kita bersedekah pada ahli keluarga.
Dalam video tiktok tentang sedekah lebih afdal turut dikongsikan oleh Ustaz Wadi Anuar. Antara yang dikatakan:
“Bila seseorang itu ada duit, kalau nak bersedekah dan sedekah yang paling afdal, lebih afdal dari bagi duit pada tabung masjid, orang miskin bukan adik beradik dan fisabilillah adalah sedekah yang diberikan kepada ahli keluarga kamu.
Itulah lebih utama dari keseluruhan sedekah itu.
“Carilah adik beradik miskin dahulu, kemudian barulah beri pada jiran terdekat, orang tak kenal dan masjid. Ikut turutannya.
Kata Ustaz Wadi Anuar lagi, dengan memberi pada ahli keluarga yang susah, pahala dan fadilatnya lebih besar.
”Begitu juga dengan suami, jangan rasa rugi pada setiap ringgit yang diberikan kepada isteri dan anak-anak.
Itulah sedekah paling tinggi, tinggi daripada kedudukan sedekah yang ada.
Mingguan Wanita : Cari adik beradik dan dahulukan sedekah pada mereka. Insya Allah rezeki bertambah-tambah bila dahulukan pada ahli keluarga.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Seakan trending sekarang ini permainan Beyblade di kalangan anak-anak kita. Kalau pergi mana-mana pasaraya, mesti jumpa susunan beyblade di rak-rak kedai.
Ada sesetengah mak larang anak-anak bermain Beyblade. Sebab tak nampak kebaikan permainan ini. Rupanya, beyblade ini boleh bantu anak-anak kita yang leka dengan handphone.
Pengetua tadika Genius Aulad, Ashikin Hashim berkongsi bagaimana beyblade ini boleh membantu anak-anak yang ketagihan gajet.
Permainan Beyblade VS Handphone
Demam beyblade sedang melanda anak-anak kita. Dulu kita pernah merasa demam spinner tapi tak lah sehebat demam beyblade ini saya kira. Teringat pula kenangan kita dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Saya kira tak salah kita meraikan anak-anak kita untuk bermain berbeyblade.
Anak-anak saya tidak terlepas dari ‘demam’ ini termasuk anak perempuan saya.
Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya.
1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.
2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.
3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.
4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.
5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangam adik beradik.
Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.
Ini Kesimpulannya…
Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.
Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.
Selamat ber’beyblade’
Disclaimer: Ini pendapat peribadi sahaja. Jika tak setuju, tak jadi masalah. Sekolah pun lain-lain.
Laporan lengkap insiden Jambatan Pulau Pinang dengan kronologi, luahan isteri, kisah gangguan misteri, serta kenyataan keluarga mangsa yang terkesan dengan tragedi ini.