Putera Mateen bakal bernikah pada 11 Januari 2024,  pilih gadis cantik Dayang Anisha Isa. Putera ke 10, Sultan Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen Sultan Haji Hassanal Bolkiah bakal menamatkan zaman bujangnya pada 11 Januari 2024.

Memilih kekasih hatinya yang cantik menawan, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam, majlis perkahwinan DiRaja ini akan bermula dari 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.

Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024

Pasangan ini memilih bernikah pada 11 Januari  di mana sebelum itu pada 9 Januari keduanya akan mengikat tali pertunangan. Majlis  bersanding Pengantin Di Raja pula  akan diadakan pada 14 Januari 2024 di mana bakal pasangan pengantin ini akan dibawa berarak  mengelilingi Bandar Seri Begawan.

 

Dalam pengumuman rasmi oleh Kerajaaan Brunei Darussalam semalam majlis perkahwinan DiRaja ini akan bermula dengan penuh kemeraihan selama 10 hari berturut-turut bermula dengan  Majlis Istiadat Bersuruh DiRaja dan diikuti penutupnya pada 16 Januari 2024  iaitu Majlis Istiadat Membaca doa selamat dan menutup gendang Jaga-Jaga.

Hubungan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Anisha Rosnah Isa Kalebic ini mula dikesan pada 2022 di mana kelibat Anisha sering dilihat bersama Putera Mateen.

IKLAN
Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024, Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa
Putera Mateen dan Danial (kiri) merupakan kawan rapat

Perkenalan pasangan sama cantik sama padan ini bermula pada 2020 di mana  abang kepada Anisha, Danial Deen Isa merupakan kawan rapat kepada Putera Mateen di mana keduanya gemar bermain bola sepak.

Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa

Kelibat mereka sering dilihat bersama termasuk di majlis perkahwinan di Raja sebelum ini  iaitu pada majlis  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.

Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024, Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa

IKLAN

Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024, Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa

Memiliki rupa paras cantik menawan, Dayang Anisha yang juga  cucu kepada penasihat negarawan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim ini mempunyai perniagaan dalam sektor fesyen dengan nama produk Slik Collective di usahakan bersama rakan baiknya.

Lulusan luar negara dari universiti terkenal  di England, pemilik wajah cantik ini seorang wanita yang aktif dan dilihat sering ke luar negara bahkan kelibatnya sering dilihat di sisi Mateen yang menguatkan lagi keduanya mempunyai hubungan.

IKLAN

Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024, Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa

Apa yang pasti, Putera Mateen yang bakal berusia 30 tahun pada tahun hadapan sudah dimiliki dan pastinya ramai gadis patah hati. Moga perkahwinan DiRaja ini kekal till jannah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI ;- Brunei Laksana Waktu Kerja 6 Jam Di Bulan Ramadan, Beri Tumpuan Beribadah

Anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim Mangkat Usia 38 Tahun

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI