Punca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap! Kadang kala video resipi simple yang dikongsikan memang boleh bikin kecur air liur dan membuatkan kita kita teruja nak mencuba, buat sendiri di rumah. Contohnya resipi mudah guna buah limau kasturi ni, dipadankan dengan ‘colek’ kering, secukup rasa masam, pedas, masin dan manisnya.
Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Aisyah Zulaikha. Memang menarik.
Ni anak bujang punya request..punca tengok video mukbang kat TikTok. Entah merepek-repek dia mintak tapi sekali dah rasa, eh sedapp.
Gula tu saya buat sendiri je..boleh la kalau nak buat cicah buah-buah nenas ke..mangga ke.
Ni saya share resepi gula tu ye.
Ads
Bahan-Bahan:
1 sudu besar Udang kering
5, 6 biji Cili kering *ikut tahap kepedasan masing-masing (buang biji)
Garam
Ajinomoto
Setengah Cawan Gula
Cara Membuat:
1. Sangai Udang kering dan cili kering sampai garing.
2. Selepas itu tumbuk dengan sedikit garam dan pak aji. Blend pun boleh. Blend dekat rumah ni rosak tu yang tumbuk.
3. Dah halus, gaul je dengan gula dalam setengah cawan. Siap..!
Mingguan Wanita: Kecur air liur bila tengok limau kasturi dicicah sebegini. Terasa masam, masin, manis pedas secukup rasa. Boleh lah cuba buat sendiri nanti.
Memasak hidangan istimewa seperti nasi minyak, briyani, nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras basmathi. Hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Menanak nasi mungkin nampak mudah tetapi boleh juga menjadi rumit apabila nasi menjadi mentah. Kemahiran memasak yang pertama sering diajar ialah cara menanak nasi agar terhasil elok dan tidak mentah.
Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
Elok Cantik, Lembut & Berderai
1.Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2.Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3.Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4.Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Agar-agar kering selalu dijadikan cenderahati atau doorgift semasa kenduri kendara, disediakan untuk jamuan istimewa, Hari Raya dan sebagainya.Cantik lihat agar-agar kering yang dihasilkan oleh Puan Rohana Dahamanini, berwarna warni dan elok kejadiannya.
Musim panas ni sesuai sangat buat agar-agar ini, ia cepat kering.Cara nak buatnya pun mudah, tak perlukan banyak bahan.Namun walaupun nampak mudah, kena pastikan jemur betul-betul kering dahulu barulah boleh disimpan. Barulah agar-agar kering ni ‘menjadi’ dan tak berair ketika disimpan nanti.
Mak-mak boleh cuba buat sendiri agar-agar kering ini ikut resipi yang dikongsikan seperti berikut;
Bahan-Bahan:
1 paket Agar-agar bertali (orang kedah kata setahil)
1 kilo Gula pasir (tak nak manis kurangkan skit)
1 atau 2 Genggam Gula batu
1.5 liter Air sukat pakai botol minera
Pewarna ikut pilihan masing-masing
Cara Membuat:
1.Cuci agar-agar dan masakkan bersama air tadi (sentiasa kacau tau takut tak hancur sepenuhnya).
2.Setelah betul-betul hancur agar-agar tadi baru lah masukkan gula batu..kacau lagi sehingga gula batu hancur sepenuhnya baru lah msukkan gula pasir.
3.Kena masak lama sikit sehingga menjadi berbuih (orang kedah panggil buih anak ikan kalau tak silap) biar bagi pekat sikit tau.
4.Setelah nampak berbunga-bunga boleh lah tutupkn api.Ikut la berapa loyang nak letak. Jangan bagi nipis sangat tau, warnakn.
5.Biarkan sejuk baru potong (agak-agak ye tak terlalu nipis atau tebal).
6.Susun cantik-cantik diatas talam..jemurkan.
Ok..Selamat Mencuba!
Tips Ekstra!
Kena bagi agar-agarnya betul-betul kering, jemur sekurang-kurangnya 5 hari, baru boleh simpan dan tahan lama.
MW: Mudah je nak buat agar-agar kering ni rupanya. Bahan-bahan pun tak banyak, sesuai sangat buat musim panas ni.
Nasi himpit, satu kemestian yang mesti ada untuk digandingkan dengan kuah kacang, soto, lontong dan sebagainya. Ia mesti jadi pelengkap dan kalau musim perayaan memang kena ada.
Kalau dahulu, mak-mak kena buat sendiri saja nasi himpit . Tak ada pun yang segera dijual di pasaran. Tapi dengan zaman yang semakin moden, semuanya nak cepat, suah ada yang segera. Beras dalam plastik dan mak-mak hanya rebus saja.
Bila musim perayaan, memang laku keras nasi himpit nie. Lmbat beli, memang habis stok la jawabnya. Lepas tu, nak makan dengan apa kan! Susah juga.
Satu lagi, kita kena fikir, kalau nasi himpit yang dalam plastik itu, mugnkin ia boleh membahayakan kesihatan tanpa kita sedar. Jadi, ada cara lain yang boleh mak-mak praktikkan untuk buatnya dengan menggunakan periuk nasi saja. Ikut cara yang dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim ini memang menjadi.
Sebenarnya mak-mak kita dulu dah lama guna teknik ini untuk buat nasi impit, cuma mungkin bila ada pilihan untuk beli nasi impit instant, cara ini semakin dilupakan. Tapi kalau ramai tahu betapa simplenya cara ni, mesti dah tak beli lagi nasi impit instant tu!
Bahan-bahan:
2 cawan beras
6 cawan air
Nisbah nasi impit dengan air adalah 1:3, iaitu 1 cawan beras kepada 3 cawan air. Boleh gandakan atau kurangkan ikut keperluan.
Cara Membuat:
1. MASAK NASI
Mula-mula, tanak nasi sampai masak.
Tak kisahlah nak guna periuk biasa atau periuk elektrik / rice cooker. Asalkan nasi dapat masak sepenuhnya.
Sesekali kacau bagi rata dan tak berkerak.
2. LENYEKKAN NASI
Bila nasi dah masak, terus lenyekkan sedikit nasi itu dengan cawan atau senduk.
Pastikan nasi cukup lembek. Kalau tak cukup lembek boleh tambah sikit air panas.
3. TUANGKAN KE DALAM BEKAS
Nasi lembik yang dah dilenyek itu bolehlah dituangkan ke dalam loyang / dulang.
Kalau tak ada dulang macam ni, boleh juga guna bekas tupperware atau apa-apa bekas lain yang sesuai.
4. PADATKAN
Kemudian, padat-padatkan nasi dalam loyang atau bekas tadi dan ratakan bagi elok.
5. TINDIH
Akhir sekali, tindihkan dengan bahan berat dan biarkan ia mengeras seketika.
Saya tutup dengan plastik supaya nasi tak melekat. Kalau ada daun pisang lagi bagus. Lagi wangi bau dia.
Nak bagi padat, saya tindih pulak guna lesung batu .
Biarkan sekejap sampai ia sejuk dan keras.
SIAP!
Bila dah siap tu, beginilah hasilnya.
Sekarang dah bolehlah makan dengan sambal, kari, lodeh dan sebagainya.
Memang mudah sangat kan?
Kredit: Norfadilah Ibrahim
MW: Bolehlah buat nanti, mana tahu kalau dah habis yang instant kat kedai, guna cara mudah ini.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan.
Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.