Makan

Pucuk Ubi Kalau Rebus Nak Bagi Cantik & Nampak Hijau, Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini

Share

Pucuk ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman. Masalah yang sering dialami ketika merebus

pucuk ubi ialah warnanya akan kelihatan lebam dan berbirat.

Sebenarnya ada cara dan bahan ‘rahsia’ yang perlu diletakkan di dalam rebusan pucuk ubi. Hasilnya barulah pucuk ubi yang direbus kelihatan elok cantik kehijauan dan lembut. Boleh ikut cara rebus pucuk ubi supaya lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.

Pucuk Ubi Kalau Rebus Nak Bagi Cantik & Nampak Hijau

Bahan-Bahan:

Pucuk ubi
Garam kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda (bahan rahsia)

Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini

Cara rebus pucuk ubi:

  1. Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.

2. Bilas kemudian toskan.

3. Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda

4. Masukkan pucuk ubi tadi.

5. Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.

6. Kemudian toskan. Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.

Sumber: Abd Rahman Tayun

 

IKLAN