Tak rugi apabila rajin berbudi pada tanah. Memang puas hati hasilnya apabila tanaman menjadi, tuai kobis besar dan beratnya hampir 1.5kg sebiji. Jimat belanja dapur, tak perlu beli sayur-sayuran lagi. Malah paling penting, boleh petik sayur segar tanpa menggunakan sebarang racun serangga.
Ini antara tip tanam yang dikongsikan oleh Cik Dadida dalam menamam sayur kobis.
Tuai kobis season ke-3 tanam berperingkat untuk elak dari kobis besar serentak ini tuaian kobis terakhir yang tanam dalam polibeg masih ada kobis yang ditanam di tanah tu pun tak lama lagi dah boleh tuai.
Alhamdulillah bila dah tau cara betul tanam kobis insyallah umur 60-70hari lepas pindah anak pokok ke polibeg dah boleh kutip hasil.
Purata berat yang Cikda pernah dapat hasil tanam benih ni 1kg-1.5kg sebiji.
Ads
Medium tanah guna campuran tanah pasir dan tanah hitam sawit.
Guna polibeg saiz 16×16 dan pembajaan setiap 2 minggu sekali guna npk 16,16,16.
Sepanjang tanam hanya 2 kali baja mengguna npk 16,16 (1 sudu setiap kali baja ) tanpa sebarang racun serangga dan sayur-sayur yang lain pun sama tak menggunakan sebarang racun serangga.
Mingguan Wanita:Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, boleh cuba tanam kobis ikut tip yang dikongsikan ini. Memang puas hati hasilnya, besar sungguh. Jimat belanja dapur tak perlu beli sayur.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Orkid, pokok yang menjadi pilihan mak-mak. Nampak eksklusif dan mahal. Apa yang menjadi masalahnya, ia kedekut atau malas berbunga. Tak pasti berapa lama yang diambil untuk berbunga.
Bukan setakat malas berbunga tapi tak kena cara langsung tak berbunga. Mungkin salah percaturan. Baja tak sesuai dengannya pun boleh jadi juga.
Tak perlu nak pening-pening, kalau pokok orkid malas berbunga atau kedekut nak keluarkan bunga. Nurul Maranee ada caranya untuk mak-mak cuba baja 2 in 1. Confirm menjadi.
Jika selalu dinding utama rumah hanya dicat kosong dan tiada deko, boleh cuba serikan dengan DIY Bata Merah stail Hipster ini. Ia boleh dijadikan ‘feature wall’ iaitu dinding utama yang menjadi titik tumpu, bila tetamu berada di ruang tersebut. Manakala rekaan bentuk dan warna pula menjadikan ia berbeza dengan bahagian dinding di ruang lain.
Jom tengok cara-cara nak buat dinding ala Bata Merah Stail Hipster yang dikongsikan oleh PaintHub Hassan Hardwareini. Memang lebih jimat bila kita buat sendiri.
DIY Dinding Rumah Yang Lebih Hipster
“Bosan tengok dinding rumah asyik cat kosong je? Mahukan lebih kelainan?
Tambah-tambah bila masuk kafe hipster nampak lawa je feature wall kafe tu kan.Dinding style bata-bata, memang nampak eksklusif dan mewah”
Cara Membuat:
Gunakan cat jenis ni.
2. Bancuh dulu cat tersebut.
3. Buat line satu persatu dan kikis.
4. Jadikan seperti ini.
5. Kemudian, catkan pula dengan warna merah seperti bata ini.
6. Catkan pula warna putih pada garisan tersebut.
7. Hasilnya.. Siap!! Boleh letak bingkai gambar, pokok hiasan untuk menambahkan lagi seri pada dinding ala bata merah, stail hipster ini.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak serikan dinding rumah tu, nak kelainan boleh cuba DIY Ala Bata Merah Stail Hipster pada dinding rumah nanti.
Tanyakan pada wanita, siapa yang tak nak kelihatan cantik dan awet muda? Malah, sangat penting untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri kerana ia akan membantu seseorang wanita tampil lebih menarik. Sebaliknya, kalau pun wajah wanita itu sedia cantik tapi kulit wajahnya penuh noda, kusam dan penuh kesan jerawat, maka pudar kecantikan aslinya itu. Jadi, rajin-rajinlah rawat muka ye.
Jika ada bajet lebih, bolehlah membelai diri di spa kecantikan. Banyak spa yang menawarkan perawatan sama ada yang moden atau tradisional. Sebaliknya jika bajet tak mengizinkan, jangan risau. Hanya perlu selongkar saja bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Kali ini, puan Ana, daripada De’ Belai Spa & Beauty Salon yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam, sudi berkongsi salah satu resipi membuat skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur setiap rumah. Kos pun tak mahal.
Bahan-bahan:
½ cawan kecil gula perang / putih 1 sudu besar madu 3 sudu besar jus limau nipis 1 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat:
1.Ambil beberapa sudu gula, masukkan ke dalam mangkuk kecil. 2.Kemudian masukkan sedikit madu dan jus limau nipis. Kacau rata. 3.Masukkan pula minyak zaitun. Kacau rata hingga membentuk pes yang agak pekatl. 4.Bersihkan wajah dan sapu skrub itu secara rata ke seluruh kulit wajah. Biarkan seminit dua. 5.Kemudian sental wajah dengan gerakan memutar. Setelah itu, cuci bersih. 6.Sekiranya berlebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Seeloknya digunakan sekali seminggu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...