Ada sesetengah rumah mak-mak lebih suka letakkan karpet di bahagian ruang tamu, bilik tidur atau ruang tertentu. Nampak elegan dan cantik, sesuai dengan tema warna rumah kita.
Kadang-kadang karpet dijadikan alas untuk perabot seperti almari atau sofa. Ikutlah kreativiti dan cara yang mak-mak suka. Namun, tak semua yang suka pakai karpet mungkin ada alahan tertentu pada habuk yang terkumpul pada karpet itu.
Satu lagi, bila karpet dijadikan alas pada perabot terntu, mulalah akan nampak kesan dan bekas kaki perabot. Kan dah tak cantik. Mahunya jadi tanda kekal pula pada karpet itu.
Rupa-rupanya boleh saja nak hilangkan tanda perabot yang melekat pada karpet itu, hanya guna ketul ais saja. Hanya beberapa minit saja dah hilang bekas perabot yang melekat itu.
Dalam perkongsian di tiktok, inilah helah untuk bersihkan kesan dan menghilangkan tanda dari permaidani dalam beberapa mnit saja. Gunakan kiub ais dan sudu sahaja.
Bila menggunakan lantai karpet dengan dijadikan alas perabot yang besar dan berat. Tentunya akan ada lekukan. Lebih-lebih lagi bila tiba masa untuk alihkan perabot pada tempat lain.
Mesti sakit mata bila tengok bahagian kemek pada karpet kesan dari perabot yang diletakkan di situ. Sayang pula nak buang hanya kerana kesan itu saja.
Jadi, dalam video tiktok ini menerangkan cara betul untuk hilangkan lekukan pada karpet. Memang berkesan seeta merta.
Caranya:
1. Alihkan perabot yang nak ditukar tempatnya.
Ads
2. Letakkan satu kiub ais pada tanda dan tunggu hingga ais mencair.
3. Selepas kiub itu cair. Ambil sudu dan gosokkan pada lekukan itu. Hanya beberapa minit saja terus hilang kesan lekukan.
.
Mingguan Wanita : Lepas ni tak perlu risau dah..guna saja kiub ais untuk hilangkan tanda lekukan pada karpet tu.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bila usia semakin meningkat mesti ‘terkehel’ sana, ‘terkehel’ sini. Sakit urat dan kebas badan mu dah mula terasa. Sebab itu, bila sakit jangan dibiarkan dan perlu buat sesuatu.
Sakit urat atau kebas anggota badan tidak hanya sembuh dengan mengurut tapi boleh juga amalkan minuman yang berkhasiat atau air rebusan yang memang sudah tahu mujarabnya.
Salah satu cara untuk hilangkan sakit urat dan kebas adalah dengan mengambil minuman dari serai, halia dan halba. Inilah yang dikongsikan oleh Ida Shahida tentang petua untuk hilangkan masalah ini.
Petua untuk kebas dan sakit urat saraf tangan atau mana mana anggota badan.
Rebus serai, halia dan halba. Minum 3 kali sehari. (boleh campur daun pandan).
MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.
Caranya:
6 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan – dikoyak
½ tapak tangan halia besar
2 sudu besar halba
1 ½ a mineral besar atau 6 gelas air (biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).
1 sudu besar/kecil madu lebah asli
(Masukkan dalam gelas minuman dan pastikan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.
Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
Sejukkan atau suamkan.
Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku, baru boleh campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar ke dalamnya.
Minum 3 gelas sehari.
Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat.
Jadi mesti direbus lama.
Jika nak direbus lagi perlukah dibuang semua bahan atau sekadar menambah saja bahan?
tambah sedikit bahan yang baru setiap kali merebus dan bila dah 3 kali rebusan ganti baru kesemuanya sebab sudang hilang pati.kekalkan kualiti dan power.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu untuk anda yng mengalami masalah ini. Boleh cuba nanti.
Tak dinafikan bahan-bahan kisar seperi bawang, cili dan halia merupakan bahan asas, yang memudahkan serta mempercepatkan mak-mak memasak di dapur. Namun jika salah cara membuat dan menyimpannya ia menyebabkan bahan kisar ini mudah rosak, masam dan berkulat.
Ada caranya untuk membuat bawang, cili dan halia kisar ini supaya tahan lama sehingga 3 bulan dan tidak berkulat. Tip yang penting adalah dengan mencedok bahan kisar tersebut dengan hanya menggunakan sudu yang bersih dan kering, secara berasingan.Tidak menggunakan sudu yang sama.
Mai cikdayang nak share sikit cara-cara cikdayang simpan cabai, bawang, halia bagi tahan lama. Senang la bila nak masak lauk pauk ka mee goreng ka bihun goreng ka keytiau ka. Teruih cedok ja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2, 3 kali. Sebab tu kalau tetamu mai umah cikdayang. Sat saja cikdayang masak. Macam pelesit.
Stok cikdyg buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pon tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.
1. CARA BUAT CABAI KISAR
Gunting cabai kering kecil-kecil lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikit sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.
Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.
2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR
1 kilo bawang besaq dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pon boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais.
Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.
3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecil-kecil.
Blender bawang bersama ayaq bertapis Anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.
Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
4. CARA BUAT HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik-kecil. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar.Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdayang blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis.
Halia ni jenis banyak ayaq. Jangan gatai-gatai letak ayaq banyak tau.Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.
Tip Penting untuk lebih bertahan lama:
Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!
Kalau nak guna cabai, senduk guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing.Tu lah tip yang tokma bagi kat cikdayang. Untuk elakkan cepat berkulat.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:TIP Simpan CILI KISAR Tahan Lama Tak Rosak Berkulat, Senang Guna!
Baca Lagi Di Sini:Rebus Dengan Bawang Putih CILI KISAR Tahan Lama, Seminggu Tak Berkulat!
Artikel Menarik:Lepas Guna, Kisar Blender Dengan 3 Bahan Ni Segala Bau Semua Hilang!
Mingguan Wanita: Begini caranya nak buat bawang, cili dan halia kisar tahan lama sehingga 3 bulan. Paling penting nak cedok kena guna sudu yang kering dan bersih.
Peria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun ramai yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit.Selain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga sedap digoreng garing! Kerangupannya setelah digoreng, menghilangkan rasa pahit dan sesuai dimakan sebagai kudapan bila-bila masa.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri peria goreng garing yang rangup dan sedap ni, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nordin sebagai panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
Untuk kawan-kawan yang disayangi, resipi peria goreng kruk kruk (tak pahit).
Bahan-Bahannya :
Sebiji peria
secawan tepung beras
3/4 cawan tepung ubi kayu
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
minyak untuk menggoreng
garam
Cara Membuat:
1. Buangkan biji peria.Kalau guna sudu lebih senang.
2. Sagat peria seperti kita nak buat kerepek. Harus nipis-nipis. Kemudian rendam dalam air garam selama 30 minit untuk kurangkan rasa pahit.
3. Seterusnya, bilas peria dengan air biasa dan rendam/rebus dengan air panas dalam seminit juga bertujuan mengurangkan rasa pahit peria.Jangan rendam lama sampai peria berubah warna.
4. Kemudian gaulkan tepung beras dan tepung ubi kayu.Masukkan serbuk ketumbar, bawang putih dan garam.
5. Kepekatannya sedang-sedang sahaja. Agak-agak pekat macam nak buat tempeyek.
6. Kemudian bolehlah digoreng sehingga keperangan. Jangan kerap terbalikan sangat, takut tepung tak melekat langsung dengan peria nanti.
7. Akhir sekali, bolehlah disimpan di dalam balang kedap udara.
Siap! Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.Mak-mak boleh lah cuba di rumah dan buat sendiri nanti.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...