PU Azman mengaku tidak bersalah, mohon jaminan rendah pendapatan terjejas sejak direman bulan lalu.
Begitu menggemparkan apabila PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
PU Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian, PU Azman yang berusia 41 tahun mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.
Selain itu, tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara jam lebih kurang 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
“Beliau juga telah hadir hari ini (Rabu) dan memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 8 Disember ini.
PU Azman yang ditemui di mahkamah juga mengucapkan terima kasih dan menghargai doa semua pihak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sanggup menjual rumah, mendermakan sebelah buah pinggang dan berkahwin semula dengan bekas isteri. Pengorbanan lelaki ini mungkin hanya satu dalam berjuta kisah manis selepas episod perceraian berlaku. Kebiasaannya, apabila berlakunya perceraian, jarang pasangan yang sanggup berbaik-baik, masih mengambil berat diantara satu sama lain.
Kahwin Semula Bekas Isteri
Seorang lelaki dari wilayah Henan, China sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya walaupun mengetahui wanita itu kini sakit tenat.Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.
Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.
Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan. Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.
Isteri Sakit Tenat
Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia. Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.
Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.
Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya. Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya.
Mingguan Wanita: Terharu kisah percintaan seperti ini. Terbaiknya bekas suami begini. Masih menjaga hubungan baik, mengambil berat dan sanggup menjaga bekas isteri yang sakit tenat.
Ibu dan anak lelaki maut disyaki keracunan makanan selepas pulang kenduri kahwin. Seorang wanita bersama anak lelakinya dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di sebuah dewan di Jalan Apas pada 9 Ogos lalu.
Ibu Dan Anak Lelaki Maut Disyaki Keracunan Makanan Selepas Pulang Kenduri Kahwin
Mangsa, Nazuah Pili, 36, dan anak sulungnya, Mohd Amran, 9, mula mengalami simptom muntah serta cirit-birit hanya beberapa jam selepas pulang daripada kenduri tersebut kira-kira jam 11 pagi, sebelum akhirnya tidak sedarkan diri.
Suami mangsa, Masran Mohd Amin, 43, berkata beliau yang baru pulang dari kerja sekitar jam 3 petang mendapati kedua-duanya terbaring di atas tilam di ruang tamu.
“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa namun saya lihat isteri kerap berulang-alik ke tandas, dengar dia muntah-muntah dan kemudian baring semula dalam keadaan lemah.
“Saya cuba bangunkan isteri kerana melihat ada kesan najis pada kain sarung yang dipakainya sebelum dia masuk semula ke tandas untuk membersihkan diri.
“Ketika itu, saya tengok si Abang (nama panggilan Mohd Amran) masih terbaring di ruang tamu dan tidak bergerak,” katanya.
Masran turut memaklumkan bahawa beliau sendiri mengalami muntah dan sakit perut selepas memakan lauk kenduri yang dibawa pulang isterinya. Dua lagi anak mereka, Naziah Insyirah, 6, dan Mohd Azran, 18 bulan, sempat mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan hasil bantuan ahli keluarga lain.
Menurutnya, jenazah kedua-dua mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu 4 sekitar jam 10 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat. Beliau reda dengan kehilangan insan tersayang itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Katanya, siasatan sedang dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Hafidz Roshdi akui masih mencintai isteri, mahu berbaik kembali & harap ruang perdamaian masih ada. Kontroversi perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi yang dikaitkan dengan hubungan orang ketiga menjadi bualan ramai. Menambah kontroversi apabila dirinya menghadapi tuduhan mencederakan isterinya hingga mengakibatkan parut di bahagian muka menjadi kekal.
Hari ini, dirinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu. Namun dirinya diperintahkan menjalani menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz Roshdi Akui Masih Mencintai Isteri
Dalam pada itu, dalam temubual bersama wartawan yang menunggu di luar mahkamah, dirinya mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hafidz berkata, beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Mahu Berbaik Kembali & Harap Ruang Perdamaian Masih Ada
“Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka.
“Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada,” katanya kepada pemberita selepas diikat jamin pada Isnin.
Hafidz terdahulu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.
Bagaimanapun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang sebelum kesnya itu lebih panas apabila dia bertindak mencederakan isterinya. Sumber :- Sinar Harian
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam...