Dalam dunia yang semakin bergerak pantas, wanita hari ini bukan sekadar mengejar impian, malah mereka menciptanya. Sama ada menguruskan mesyuarat di pagi hari, menghantar anak ke sekolah, atau memenuhi jadual sosial hujung minggu, wanita moden memerlukan kenderaan yang bukan sahaja bergaya, tetapi cekap, pintar dan selamat.
Itulah gambaran terbaik buat varian terbaharu Proton e.MAS 7. Bukan sekadar pembaharuan dari segi reka bentuk, tetapi juga penyelesaian kepada realiti hidup wanita moden yang sentiasa sibuk dengan tugasan di pejabat, tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Diilhamkan daripada maklum balas sebenar pengguna, PRO-NET mendengar setiap luahan rasa para penggunanya. Maka lahirlah satu inovasi pintar menjadikan e.MAS 7 bukan sekadar EV, tetapi teman perjalanan yang memahami rentak hidup anda.
Wanita hari ini tahu apa yang mereka mahu dan penampilan sering menjadi refleksi karakter diri.
Ads
Untuk wanita berjiwa elegan dan yakin, PRO-NET memperkenalkan warna baharu iaitu Obsidian Black , pilihan premium yang menawan, sesuai untuk mereka yang sukakan gaya mewah tanpa perlu terlalu menonjol.
Bagi yang gemarkan sentuhan lembut di ruang dalaman pula, edisi terhad dengan kemasan Alabaster White ditawarkan eksklusif kepada varian Quartz Rose dan Turquoise Green Premium. Hanya 250 unit untuk kedua varian cukup untuk anda rasa istimewa dan eksklusif setiap kali melangkah masuk ke dalam.
Penulis sendiri berkesempatan memandu uji EV kebangaan negara ini dan dari pandangan pertama, sememangnya kagum dengan kehebatan jenama tempatan ini bersaing dengan pelbagai jenama EV yang berlumba-lumba memenangi hati rakyat Malaysia.
Ads
Sistem Lebih Pintar, Hidup Lebih Terurus
Pelbagai maklum balas diterima mengenai penggunaan Flyme Auto OS yang kini telah dikemas kini dengan prestasi lebih lancar.
Yang paling dinanti, Apple CarPlay kini boleh digunakan secara wired & wireless! Android Auto pula bakal menyusul akhir tahun ini, memastikan semua pengguna mendapat pengalaman menyeluruh, tidak kira sistem telefon anda.
Untuk ibu-ibu yang selalu memandu di kawasan sekolah atau pasar, PRO-NET memperkenalkan Low-Speed Pedestrian Warning System dengan 3 bunyi amaran pilihan iaitu Classical, Galactic Note dan Space Walk. Lembut, tapi cukup jelas untuk memberi isyarat keselamatan pada pejalan kaki.
Ads
PRO-NET memahami betapa pentingnya privasi dan keselamatan barangan lebih-lebih lagi untuk wanita yang sering menyimpan beg, barangan dapur atau keperluan anak di dalam kereta. Kini, semua varian Proton e.MAS 7 didatangkan standard dengan tonneau cover, untuk memastikan ruang belakang anda lebih kemas dan selamat.
Bukan Sekadar EV Biasa!
Proton e.MAS 7 bukan sekadar EV biasa. Ia kini disertakan dengan pakej Power Pack+, direka untuk menjadikan pengalaman memiliki EV lebih berbaloi dan bebas perasaan kerisauan.
Proton e.MAS 7 turut didatangkan dengan alat pengecas rumah 7kW secara percuma, adaptor V2L percuma (guna elektrik dari kereta semasa kecemasan), 5 tahun internet tanpa had, waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan, waranti bateri 8 tahun / 160,000km dan lebih menarik didatangkan dengan rebat tukar beli sebanyak RM5,000.
Dengan lebih ciri pintar, sentuhan eksklusif dan sokongan pemilikan yang menyeluruh, Proton e.MAS 7 varian terbaharu bukan sekadar sesuai untuk wanita, malah ia dicipta dengan mengambil kira realiti hidup wanita hari ini, bijak, berdikari dan serba pantas.
Jika anda sedang berkira-kira untuk beralih ke kenderaan elektrik, inilah waktunya. Kerana PRO-NET tahu, wanita hari ini bukan sekadar pemandu, wanita memegang pelbagai peranan dalam aspek kehidupan. Dan e.MAS 7 dicipta untuk menjadi pendamping paling setia dalam setiap perjalanan itu.
Aduh rimasnya jika setiap kali memasuki kediaman, bau asap rokok melekat di baju dan fabrik yang ada di dalam rumah. Ya, itulah ‘kesengsaraan’ yang perlu dihadapi oleh suri rumah yang mempunyai suami yang dikategorikan sebagai perokok tegar.
Bayangkan, anda baru tiba di rumah selepas penat di pejabat, dijamu pula dengan bau yang kurang menyenangkan di rumah. Memang boleh merosakkan mood!
Wanita sememangnya memainkan peranan yang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tidak kira sama ada Wanita tersebut berkerjaya atau seri rumah, mereka memainkan peranan utama dalam membentuk persekitaran dan Kesihatan yang baik untuk keluarga dan kediaman.
Tidak dinafikan, sebagai isteri dan ibu, pilihan mereka memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan keluarga. Salah satu keputusan yang perlu diberi perhatian khusus terutamanya jika suami adalah seorang perokok adalah sama ada membenarkan merokok dalam rumah di mana pilihan tersebut bakal memberi impak jangka panjang.
Wanita dan kanak-kanak merupakan golongan paling ramai menderita diserang penyakit berkaitan rokok akibat pencemaran asap rokok daripada perokok tegar yang berada di sekitar mereka. Laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya mendapati pencemaran asap rokok antara penyebab utama 80 peratus risiko serangan penyakit membabitkan golongan berkenaan.
Kedua-dua golongan ini bukan perokok, namun terdedah asap rokok terutama daripada perokok di kalangan ahli keluarga. Walaupun wanita tidak merokok, tetapi jika terdapat ahli keluarga mereka masih mengamalkan tabiat merokok, risiko mereka sekeluarga diserang penyakit berkaitan rokok adalah tinggi.
Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bently, berkata apabila seseorang menyalakan sebatang rokok, asap rokok yang dilepaskan mengandungi lebih 6,000 jenis bahan kimia dengan sekurang-kurangnya 100 telah diklasifikasikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, yang mana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok. Antaranya termasuklah masalah pernafasan, kanser paru-paru, emfisema, dan lain-lain lagi.
Aktiviti merokok adalah pertaruhan terhadap kesihatan. Malah, wanita menghadapi risiko unik seperti komplikasi semasa kehamilan dan potensi kesuburan yang berkurangan.
Oleh yang demikian, amat penting bagi wanita memastikan persekitaran kediaman bebas dari asap. Beberapa langkah boleh diberi perhatian antaranya termasuklah menetapkan peraturan jelas tentang larangan merokok di dalam rumah, mendidik ahli keluarga tentang bahaya merokok dan asap rokok kedua serta mengamalkan pengudaraan rumah yang baik.
Namun, apabila diminta untuk berhenti merokok, ramai yang sukar melakukannya. Ini disebabkan oleh nikotin yang terdapat dalam tembakau yang menyebabkan ketagihan. Namun, nikotin tersebut bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan merokok. Penyebab utama penyakit tersebut adalah disebabkan oleh asap rokok.
Sememangnya merokok mendatangkan lebih banyak kemudaratan dari aspek kesihatan dan kehidupan seharian. Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti kehidupan si perokok, malah ia memberi impak terhadap individu di sekelilingnya.
Oleh yang demikian, tabiat merokok perlu dihentikan untuk menjadikan kualiti hidup lebih bermakna dan bebas dari pelbagai gejala penyakit yang boleh memberi impak negatif terhadap gaya hidup secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, tidak semua perokok boleh ataupun mahu berhenti merokok, jadi bagaimana nak kurangkan kemudaratan tersebut?
Sebagai alternatif, produk seperti snus, vape, tembakau yang dipanaskan (HTP) dan e-rokok dilihat sebagai antara kaedah untuk mengurangkan kemudaratan merokok. Ini disebabkan produk alternatif ini tidak melibatkan proses pembakaran. Contohnya, produk tembakau yang dipanaskan cuma memanaskan tembakau manakala vape pula memanaskan cecair nikotin. Walaupun ia tidak bebas daripada risiko, namun ia merupakan suatu usaha yang kurang berbahaya berbanding dengan rokok tradisional.
Sebagai usaha mengurangkan tabiat merokok, negara-negara seperti Jepun yang telah merangkul produk bebas asap rokok telah menunjukkan penurunan yang ketara dalam jumlah perokok. Pada tahun 2016, Jepun mencatatkan 43.6 bilion batang rokok yang dijual dalam negara telah merosot sebanyak 43 peratus kepada 25 bilion batang pada tahun 2021.
“Walaupun tumpuan di sini adalah pada Jepun, ia bukan satu-satunya negara itu menerima pengurangan bahaya tembakau. Contohnya, Public Health England telah menyatakan bahawa “peranti penghantaran nikotin alternatif, seperti produk vape nikotin, boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan beban kesihatan yang besar disebabkan oleh tabiat merokok.” – Tomoko Lida, Pengarah, Penglibatan Saintifik Serantau Asia di PMI
Apa-apapun, paling baik adalah untuk seseorang berhenti merokok sepenuhnya. Seseorang yang mahu berhenti merokok bolehlah mendapat nasihat atau dapatkan bantuan professional. Tetapi kalau usaha ni pun gagal, maka perokok tegar bolehlah menggunakan pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau (THR) dimana mereka boleh beralih kepada produk alternatif seperti produk bebas asap yang kurang mudaratkan kesihatan walaupun ia tidak bebas risiko.
Anugerah penghargaan jenama tahunan, Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 pasti menjadi sebutan di kalangan pelanggan setia guardian yang mementingkan produk penjagaan diri yang berkualiti sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.
Mana tidaknya, ianya menjadi lubuk menampilkan barisan jenama kecantikan dan kesejahteraan paling digemari oleh para pelanggan.
Guardian sememangnya menghargai para pelanggannya dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan terhadap Guardian Awards Beauty & Wellness 2024. Antaranya termasuklah memperkenalkan dua kategori baharu iaitu kategori Best Sellers 2024 serta kategori Produk Pilihan Pakar yang menampilkan lima pakar industri terkemuka yang ditugaskan untuk menilai 54 produk terkini yang terdapat di pasaran.
Bukan calang-calang pakar yang dipilih oleh guardian kali ini demi memastikan produk yang disenaraikan menepati keperluan dan kegunaan para pelanggan di guardian.
Pakar-pakar ini terdiri daripada Pakar Dermatologi Estetik dan Pencipta Kandungan Dr Lim Ing Kean, Doktor Perubatan dan Pencipta Kandungan Kecantikan Dr Amanda Elli, Personaliti Kecerdasan dan Kesejahteraan Joanna Soh dan Jurusolek Japhet Bong.
Penolong Editor Mingguan Wanita, Rosmah Idayu Abu Samah antara panel terpilih untuk menilai produk pada tahun ini.
Penolong Editor Mingguan Wanita, Rosmah Idayu Abu Samah turut terpilih sebagai juri untuk menilai 54 produk tersebut berdasarkan beberapa kategori antaranya termasuklah Produk Baharu Terbaik, Jenama Korea Terbaik, Kosmetik Vegan Terbaik dan Inovasi Kesejahteraan Terbaik.
“Sebagai seorang Penolong Editor yang telah bertahun-tahun meneroka dunia produk kecantikan dan kesihatan, Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 memberikan saya peluang luar biasa untuk menyelami pelbagai produk yang menjanjikan untuk meningkatkan rutin harian.
Selepas mencuba dan menguji pelbagai produk, saya teruja untuk berkongsi pilihan terbaik saya dan sebab-sebab di sebalik pilihan tersebut,” ujar Rosmah Idayu Abu Samah yang diberi kesempatan mencuba pelbagai produk yang memasuki ranking pilihan pengguna.
Tambahnya lagi, memilih produk terbaik bukanlah tugas yang mudah, memandangkan pelbagai produk yang mengagumkan tersenarai untuk dipilih.
“Pilihan saya dipacu oleh gabungan keberkesanan, inovasi, dan keupayaan untuk memenuhi pelbagai keperluan. Guardian menawarkan pelbagai koleksi produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang luas, masing-masing memainkan peranan penting dalam mewujudkan rutin kecantikan yang menyeluruh.
Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 menonjolkan pelbagai produk terbaik dalam kecantikan dan kesihatan. Selain itu, ia mempamerkan produk yang benar-benar membuat perbezaan.
Setiap produk dipilih telah membuktikan keberkesanannya melalui prestasi yang luar biasa dan keupayaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pengguna. Sebagai pengguna, jangan lepaskan peluang untuk meneroka produk-produk hebat ini dan merasai sendiri manfaatnya melalui proses undian yang dijalankan.
Bukan hanya memilih pemenang jenama di kalangan pakar, Guardian Awards Beauty & Wellness 2024 turut melibatkan penglibatan para pelanggan untuk mengundi jenama kesayangan mereka daripada 85 subkategori merentasi segmen kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan peribadi dan penjagaan kesihatan dalam bahagian kegemaran peminat.
Melalui proses undian, para pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik berjumlah sehingga RM50,000 termasuk dua hadiah utama berupa Samsung Galaxy S24+ beserta baucer guardian bernilai RM500 setiap seorang. Selain itu, semua penyertaan yang berjaya juga akan menerima e-baucer guardian bernilai RM10.
Sepanjang tempoh peraduan hingga 2 Julai ini, guardian mengadakan pelbagai promosi menarik di stor dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk beberapa barangan.
Cara membuat undian juga amat mudah. Para pelanggan hanya perlu log masuk ke laman web peraduan https://guardianawards.com.my/fan-favourites dan mula mengundi. Inilah masa terbaik untuk memilih jenama yang dekat di hati anda, dan dikongsi bersama pelanggan guardian yang lain!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, jumlah kematian kini meningkat kepada lebih 40,000 di kedua-dua negara. Sejumlah 35,418 mangsa terbunuh di Turkiye, manakala lebih 5,800 lagi di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Paling menyedihkan, kata jurucakap agensi kanak-kanak PBB UNICEF James Elder kepada pemberita di Geneva lebih tujuh juta kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat dan gempa susulan besar yang memusnahkan Turkiye dan Syria minggu lalu.
PBB turut menganggarkan sehingga 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal susulan gempa bumi yang meranapkan lebih 5,000 bangunan termasuk tempat kediaman.
Kanak-Kanak Tersepit Di Celah Runtuhan Batu, SedihnyaSekadar Minum Melalui Penutup Botol
Turkiye yang dilanda gempa bumi 7.8 magnitud, kekuatannya bersamaan 472.4 biji bom atom yang dilepaskan serentak. Begitulah gambaran gempa yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Banyak kisah yang menjadi teladan antara yang menarik perhatian menerusi sebuah video yang dikongsi oleh wartawan berasal dari Palestin @Muhammad Smiry mengundang simpati ramai.
Ia mengenai seorang kanak-kanak yang tersepit di celah runtuhan batu. Sementara menanti untuk diselamatkan untuk menyambung nyawanya, air hanya dapat diberi melalui penutup botol kerana hanya bahagian mukanya saja yang kelihatan sementara tubuhnya yang lain tersepit di celah runtuhan batu besar.
Namun di sebalik ujian menimpanya, dalam memastikan keadaan kanak-kanak berasal dari Syria dan menetap di Turkiye ini terus sihat, mereka yang berdekatan dengannya terus bertanyakan situasinya. Jelas, dirinya nampak berani walau dirinya mungkin tidak menyedari bahaya terus menantinya jika bantuan lambat sampai kepadanya.
Bayi Yatim Piatu Lahir Di Bawah Runtuhan, Rezeki Disusukan Isteri Pengarah Hospital
Kisah lain yang turut menyentuh jiwa seperti mana yang dilaporkan Agensi Anadol pula, anggota penyelamat di bandar Jinderis di utara Syria menemukan bayi perempuan berambut gelap lebih 10 jam selepas gempa bumi 6 Februari lalu ketika mereka sedang menggali serpihan bangunan pangsapuri lima tingkat didiami ibu bapanya.
Bayi itu ditemukan tertimbus di bawah runtuhan dalam keadaan masih bertali pusat dan kemudiannya dikejarkan ke hospital di Afrin untuk mendapatkan rawatan. Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim piatu.
Rezeki buat bayi perempuan bertuah ini, meskipun dilahirkan di bawah runtuhan rumah keluarganya selepas gempa bumi dahsyat dilaporkan dalam keadaan sihat dan kini disusukan oleh isteri pengarah hospital.
Ibu Aya, Afraa Abu Hadiya meninggal dunia selepas melahirkannya. Bapa dan empat adik-beradiknya turut terkorban dalam gempa itu.
“Dana Bantuan Kemanusiaan Malaysia Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria Setakat Ini Berjumlah RM50 Juta” Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang di tanah air selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi memberikan sokongan kepada pasukan penyelamat serta menzahirkan komitmen Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi. Beliau melawat Ground Zero (kawasan bencana) dan menyifatkan kemusnahan akibat gempa bumi itu “amat dahsyat dan di luar jangkaan.”
Menerusi pesanan di akaun Facebooknya, Anwar maklumkan bahawa dana bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini berjumlah RM50 juta.
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Prihatin Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye & Syria
Turut mengorak langkah menghulurkan bantuan, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan telah berlepas menuju ke Lubnan pada 15 Febuari lalu bagi menggerakkan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu.
Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di Wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut membawa Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye. Kehadiran pasukan Peduli Insan di Lubnan bertujuan bagi menyantuni dan mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria yang menjadi pelarian di negara itu sebelum bertolak ke wilayah Gaziantep, Turkiye dan utara Syria.
Pasukan Peduli Insan di KLIA sebelum berlepas menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, perancangan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu.
“Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini” ujar Mohd Luqmanulhakim.
Pada masa yang sama Mohd Luqmanulhakim turut memberitahu, Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan.
Fokus utama bantuan kecemasan gempa adalah untuk diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye.
Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).
“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa.
“Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini.
“Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000,” ungkapnya lagi.
Peduli Insan juga turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria.
Selain daripada itu, 14,000 liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan.
“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang” sambung Mohd Luqmanulhakim.
Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah pula memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil.
Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak Liga Wanita Nasional (LWN) diperkenalkan pada 2017 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), wanita Malaysia kini punya gelanggang sendiri untuk membuktikan kebolehan. Dari sekadar...