Untitled design (1)

Polisi Baru Syarikat Di India, Ganggu Rakan Sekerja Bercuti Dikenakan Denda RM5,251. Waktu cuti sememangnya saat yang dinantikan untuk merehatkan diri dari sebarangan tekanan kerja disamping meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Namun demikian, terdapat juga rakan sekerja mahupun ketua di pejabat yang masih tetap ‘mengganggu’ meskipun ketika cuti. Ini pastinya menggangu emosi dan saat cuti tersebut.

Polisi Denda Ganggu Rakan Bercuti

Berita menarik, sebuah syarikat teknologi dari India mengamalkan polisi mengenakan denda sebanyak AS$1,200 (RM5,251) ke atas pekerja yang didapati mengganggu rakan sekerja yang sedang bercuti, lapor laman berita Wion News semalam.

Syarikat Dream11, memperkenalkan dasar ‘Dream11 Unplug’ bagi membolehkan semua pekerjanya berehat ketika bercuti.

IKLAN

Di bawah dasar baharu itu, para pekerja tidak akan terlibat dengan urusan kerja seperti sembang secara berkumpulan menerusi aplikasi pesanan ringkas atau e-mel.

Dua pengasas bersama syarikat itu, Harsh Jain dan Bhavit Seth semasa bercakap dengan stesen penyiaran CNBC berkata: “Sekali dalam setahun, selama seminggu, anda dikeluarkan dari sistem (syarikat). Anda tidak mempunyai Slack (sistem penerimaan mesej), e-mel dan panggilan (telefon). ”

Bercakap mengenai denda tersebut, Jain berkata: “Sesiapa yang menghubungi pekerja lain semasa (polisi) ‘Dream11 Unplug’ perlu membayar denda kira-kira AS$1,200.”

IKLAN

Beliau menambah bahawa polisi itu telah berjaya berfungsi setakat ini.

“Kami faham bahawa menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang atau hanya berehat semasa bercuti, boleh meningkatkan mood keseluruhan, kualiti hidup, produktiviti secara umum dan banyak lagi,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Mesti Baca: CUTI HAID Berbayar, Cuti Khas Hak Pekerja Wanita Yang Jarang Diperolehi
Baca Lagi Di Sini:Bilionair Ken Griffin, Belanja 10,000 Kakitangan Bercuti 3 Hari Ke Disneyland!
Artikel Menarik:“Cuti Tak Diganggu, Ibu Bersalin Dapat Duit Poket RM45K Setahun”, Bestnya Kehidupan Di Norway

IKLAN

Mingguan Wanita: Memang terbaik polisi baru yang diperkenalkan ini. Barulah bahagia saat cuti, apabila tak ‘diganggu’ dengan urusan kerja.

Sumber: Kosmo, Bloomberg

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.