CUTI HAID Berbayar, Hak Pekerja Wanita Yang Jarang Diperolehi. Apabila pekerja wanita mengalami senggugut sewaktu datang haid setiap bulan, ia memang boleh mengganggu prestasi kerja. Namun jarang sekali wanita mendapat cuti khas untuk ini. Hanya beberapa negara dengan kebanyakannya di Asia membenarkan pekerja mengambil cuti sakit haid.

Bagaimanapun, perubahan itu sedang dan kini berlaku. Semalam, Ahli Parlimen Sepanyol, mula membahaskan rang undang-undang (RUU) mengenainya, sekali gus bakal menjadikan negara pertama di Eropah yang menawarkan cuti haid.

Cuti Haid Tanpa Peruntukan Undang-Undang

Di beberapa negara lain, ada syarikat sudah mula menawarkan cuti haid tanpa memerlukan sebarang peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Pada Mei lalu, kerajaan sayap kiri Sepanyol membentangkan RUU yang memberi wanita cuti bergaji tanpa had untuk sakit haid, dengan syarat mendapat pengesahan doktor.

Menteri Kesaksamaan negara itu, Irene Montero berikrar wanita tidak akan lagi bekerja dalam kesakitan atau mengambil pil sebelum tiba di tempat kerja serta menyembunyikan fakta bahawa wanita mengalami kesakitan hingga tidak dapat bekerja.

Cadangan itu mendapat kritikan daripada Kesatuan Sekerja Sepanyol yang memberi amaran langkah terbabit akan mendorong majikan untuk mengutamakan lelaki apabila mengambil pekerja jika wanita terlalu diberi ‘kebebasan’.

Indonesia Beri Hak 2 Hari Cuti Haid Berbayar

Sementara itu, pada 2003, Indonesia meluluskan undang-undang yang memberi wanita hak untuk dua hari cuti haid berbayar setiap bulan, tanpa memberi notis awal.

Tetapi peruntukan itu mengikut budi bicara. Ramai majikan membenarkan hanya satu hari dalam masa sebulan, manakala yang lain langsung tidak memberikan cuti haid, sama ada kerana mereka tidak mengambil berat mengenai undang-undang atau memilih untuk mengabaikannya.

IKLAN

Undang-Undang Jepun Setuju Beri Cuti Haid

Di Jepun, undang-undang sejak 1947 menyatakan syarikat mesti bersetuju untuk memberi wanita cuti haid jika mereka memintanya, selagi mereka memerlukannya.

Bagaimanapun, ia tidak memerlukan mereka membayar gaji ketika mereka cuti haid, tetapi kira-kira 30 peratus syarikat Jepun menawarkan gaji penuh atau sebahagian, menurut tinjauan Kementerian Buruh pada 2020.

Bagaimanapun, tidak ramai wanita mengambil cuti itu. Tinjauan ke atas sekitar 6,000 syarikat mendapati hanya 0.9 peratus pekerja yang layak mengambil cuti haid.

Korea Selatan Benarkan Cuti Haid Tanpa Gaji

Di Korea Selatan, wanita berhak mendapat satu hari cuti haid tanpa gaji setiap bulan. Majikan yang enggan mematuhi berdepan denda sehingga 5 juta won (AS$3,844 atau RM16,980.86).

Berdasarkan Tinjauan 2018, pengambilan cuti itu lebih tinggi berbanding di Jepun, dengan kira-kira lebih kurang 19 peratus wanita mengambil cuti terbabit.

IKLAN

Taiwan Benarkan 3 Hari Cuti Haid Setahun

Sementara di Taiwan pula, Akta Kesaksamaan Gender dalam Pekerjaan memberi wanita tiga hari cuti haid setahun, yang tidak ditolak daripada 30 hari cuti sakit biasa yang ditetapkan.

Ia bermakna, wanita hanya boleh mengambil satu hari dalam mana-mana bulan tertentu. Seperti cuti sakit, pekerja yang bercuti haid hanya menerima 50 peratus daripada gaji mereka.

Zambia meluluskan undang-undang pada 2015 yang membenarkan wanita mengambil cuti kerja sehari ketika haid, tanpa memberi notis atau pengesahan doktor.

Walaupun langkah itu diterima dan disokong secara umum, tidak semua majikan dengan rela hati mematuhi undang-undang mengenai apa yang secara diam-diam disebut sebagai ‘Hari Ibu’.

Tetapi, digalakkan oleh kesatuan sekerja, wanita mula menggunakan hak mereka, kata Pakar Komunikasi dan Peguam Bela Hak Wanita, Ruth Kanyanga Kamwi kepada AFP.

IKLAN

Bagaimanapun, ada sesetengah syarikat tidak menunggu peruntukan undang-undang untuk menawarkan wanita cuti haid.

Ia termasuk dana pencen Australia Future Super, syarikat pemula penghantaran makanan India Zomato dan firma perabot Perancis, Louis yang masing-masing memberi enam, 10 dan 12 hari cuti tambahan.

Di laman webnya, syarikat astrologi yang berpangkalan di Los Angeles, Chani juga menawarkan cuti haid tanpa had.

Mesti Baca:Senggugut Ketika Bekerja, Sepanyol Tawar ‘Cuti Datang Bulan’ 3 Hari Sebulan!
Baca Lagi Di Sini:Fahami 4 Fasa Kitaran Haid & 5 Sebab Kenapa Wanita Kena Konsisten Catat Hari Pertama Datang Bulan
Artikel Menarik:Sediakan ‘Period Kit’ Buat Anak Perempuan Bakal Datang Bulan KALI PERTAMA!

Mingguan Wanita: Bagusnya jika ada peruntukan cuti haid berbayar di Malaysia.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI