Pilihan Masing-masing, Tapi Inilah ‘Me Time’ Terbaik Untuk Kaum Mak-mak Sebenarnya

Share

Ada sesetengah suami, cukup memahami kaum isteri. Tengok isteri macam marah-marah dan diam, terus dibaginya ‘me time’ kepada isterinya yang telah banyak buat kerja seharian.

Nilai ‘me time’ bagi kaum mak-mak tak sama, ada yang dapat guling-guling kejap di rumah tanpa di ganggu pun dah OK. Dan ada yang nak ‘me time’ dengan cara keluar shopping bersama kawan-kawannya.

Terpulang.

Namun kali ini ada cara ‘me time’ yang lebih manis andai dipratik, cuma di rumah dan perlu dihayati. Jom godek perkongsian saudara Muhammad Ahmad

Inilah ‘Me Time’ Yang Cukup Mudah Buat Isteri

‘Me time’ yang terbaik buat seorang isteri adalah dapat baca Al-Quran, zikir, solat tanpa gangguan dari suami dan anak-anak. Saya ambil peluang ini jaga anak sementara isteri habiskan amalan dia.

Prinsip saya. Untuk isteri taat suami, berusahalah agar isteri taat الله dan Rasul terlebih dahulu. Sibukkan isteri dengan amal ugama, bukan sibukkan mereka dengan drama TV dan jangan sibokkan mereka dengan kerja rumah yang takpernah habis.

Percayalah. Isteri itu anugerah terhebat dari الله. Dialah penyeri hidup seorang suami, dialah sumber pahala buat suami, dari dia jugalah akan lahirnya anak yang soleh solehah.

Suami Kena Selalu DOA

Kita suami jangan lupa doa;
“ ya Allah jaga isteri saya, ampunilah dosa-dosa dia, jauhkankanlah dia dari fitnah akhir zaman, kurniakan dia syurga tanpa hisab…”

Hah, macam mana? Hakak-hakak nak pilih jalan ‘me time’ yang mana satu untuk tenangkan emosi yang penat? Moga pilihan itu terbaik dan membahagiakan.

IKLAN