Memang risau bila mempunyai pelbagai masalah rambut seperti kelemumur, rambut gugur, berminyak dan sebagainya. Bagi wanita yang bertudung pula, kulit kepala sering rasa gatal-gatal, berpeluh dan tidak selesa terutama jika pada waktu panas.

Jika selalu cengkih digunakan untuk menambah aroma dalam masakan, rupanya ia juga boleh dijadikan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah rambut.

Petua kecantikan dan rambut sihat menggunakan cengkih ini dikongsikan oleh Puan Najwa Qadah. Menurut wanita ini, dia mendapat petua tersebut daripada orang Arab, ketika menetap di Arab Saudi dahulu.

Berikut perkongsian petua mudah ini;

“Bunga cengkih banyak kegunaan dia selain digunakan dalam masakan.Salah satu Najwa gunakan dia untuk hilangkan masalah Najwa alami lama dah, iaitu kelemumur, rambut berminyak dan rambut gugur”

“Najwa ambil petua ni dari orang Arab. Hanya ambil bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo. Selamat digunakan. Najwa dah kali kedua guna petua ni..memang puas hati❤ Alhamdulilahhh.”

“Mana-mana shampoo pun boleh.. tapi Najwa beli shampoo baby sebab anak-anak pun boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit.Sebenarnya petua ni untuk lebat kan rambut tapi kesan dia banyak lagi.”

“Najwa takdak gatal-gatal, lagi-lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu. Alhamdulilah rambut tak gugur berkilo.”

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah rambut. Jika mak-mak dah cuba macam-macam cara tapi tak berjaya, boleh cuba rawat rambut dengan petua tradisional dan bahan semulajadi ini pula.Petua yang cukup mudah, jimat kos malah berkesan! Kena cuba.

Sumber: Najwa Qadah

Jangan Lupa Komen

komen