Petua halau serangga. Lipas, lalat, cicak dan nyamuk, inilah serangga yang selalu datang dan turut ‘jadi penghuni’ dalam rumah. Bukan seekor dua tapi siap beranak pinak lagi.
Setakat menggunakan racun serangga saja tidak cukup. Nanti, akan ada lagi yang datang menyinggah. Selalunya, lipas-lipas ni suka duduk dalam almari dapur dan kawasan gelap.
Ada petua terbaik untuk halau serangga ini datang ‘penumpang’ di rumah kita. Tak perlu beli racun serangga yang mahal, ukup dengan penggunaan bahan dapur saja. Murah dan jimat lagi.
Trik yang bagus sebab bila menggunakan petua ini, terus serangga kecil ini tak ada dalam rumah. Walau bagaimana pun, bahan ini bukan saja digunakan dalam rumah tapi boleh disemburkan di luar rumah juga.
Bahan-bahan:
Kulit bawang merah, bawang putih dan bawang besar
2 sudu cuka/alkohol
200ml air
2 sudu cecair pencuci
Caranya:
1. Kupas bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Ambil kulitnya.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
Ads
3. Biarkan ia mendidih.
4. Selepas itu, tapi air tadi.
5. Dalam bekas lain, masukkan cuka atau alkohol, kacau.
Ads
6. Masukkan juga cecair pencuci.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam bekas spray.
8. Bolehlah sembur 2 kali seminggu di bahagian penjuru, kawasan yang selalu dikunjungi serangga atau bahagian luar rumah.
Ads
.
.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini, semua jenis semburan tak menjadi, boleh cuba buat macam ini pula.
Nak simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu.Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mudah rosak. Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.
Jika dah cuba macam-macam cara tak berjaya, boleh cuba guna Aluminium Foil pula. Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Eyfa Emir ini.
Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu
Saya dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.
Keluarkan dari plastik la. Potong masuk dalam bekas la. Tapi kalau sayur hijau selalunya tak tahan sangat. 2-3 hari dah busuk.
So far, cara ni paling berkesan untuk saya. Cuma perlu aluminium foil dan ada juga yang letak tisu. Tapi saya tak guna tisu pun. Hehe.
1. Sayur baru beli, jangan basuh.
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur.
3. Lipat elok-elok dan labelkan.
4. Simpan dalam peti ais bahagian bawah.
5. Bila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu.
Insyaallah tahan lebih seminggu dan segar. Cuba lah. Semoga bermanfaat!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat agar sayur-sayuran yang dibeli kekal segar, tahan lama dan tak mudah rosak. Sekaligus mengelakkan pembaziran dan jimat belanja dapur. Selamat Mencuba!
Bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kucai. Kalau tak kena gaya, memang tak hiduplah. Ada dua cara, satu semai benih. Satu lagi cara tanam dari ubinya.
Pekebun kecil ini, Siput Lala berkongsi cara beliau menanam pokok kucai atas batas. Cara ini lebih teratur dan nampak kemas. Pokok kucai pun dapat hidup subur nanti.
Cara Tanam Kucai Atas Batas Tanah Berbaja
“Ni saya nak kongsi tip cara tanam sayur. Tapi ni untuk projek kucai saya.”
1. Buat batas. Biasanya batas saiz dalam 3 kaki. Kalau kecik dalam 2 kaki pun takpa. Sediakan lorong untuk keluar masuk. Biarkan dalam 3 kaki jugak. Sebab senang nak lalu lalang wat keja nanti. 2. Dah siap batas boleh letak baja organik. Tak Kira tahi ayam ke tahi kambing ke.. tak kisah. Saya pakai tahi ayam proses jenis halus. Sebab senang buat kerja. Tabur je atas batas. Untuk 8 batas saya ni boleh guna dalam 1 guni baja tahi ayam. Proses ni.. kalau guna yang dari kandang kena biarkan dalam 2 minggu baru boleh becucuk tanam.. macam baja proses ni dalam 3 hari boleh pakai dah. 3. Ok, dah siap tabur semua baru perata tanah bagi kemas-kemas balik batas kita. Kukuhkan tebing batas supaya hujan tak runtuh. Saya kepung bata ja. Dah siap biar 3, 4 hari baru lah masuk benih apa yang kita nak tanam.
Hasil Pokok Kucai Yang Sudah Membesar
√ Kucai ini boleh disemai dari biji atau ubi dia. Kalau pakai biji kena ada rumah semaian. Percambahan dia makan masa. Kalau uni boleh tanam terus dalam sebulan lebih boleh dapatkan hasil.
√ Jadi cepat dan pertumbuhan sekata.
√ Ubi kucai yang banyak boleh dipecahkan kepada beberapa pasu. Dapatlah hasilnya yang banyak nanti.
MW : Memang benar, tanam kucai dari ibu lebih senang. Malah, pokok kucai lebih tahan lama malah boleh cecah bertahun-tahun. Lebih mudah nak tumbuh anak baru. Ini daripada pengalaman wartawan sendiri yang pernah menanam pokok kucai dari ubinya.
Kebiasaannya jika nak tanam pokok cili, boleh semai dari bijinya atau anak pokok.Rupanya kita boleh juga tanam pokok cili menggunakan keratan pucuk, malah elok subur berbuah.Ikut cara yang dikongsikan ini.
1. Cari pucuk yang agak keras sikit, selepas itu cucuk je dalam bekas semaian.Boleh guna peatmoss atau tanah merah atau tanah selut pun boleh.Saya guna tanah pasir kampung je.
2. Letakkan di tempat teduh sehingga keluar akar dan pucuk baru beserta buah.
3. Kalau ada penggalak akar boleh guna (celup penggalak akar sebelum tanam), kalau tak ada pun tak apa dan jangan lupa siram setiap hari atau 2 ke 3 hari sekali.
Mingguan Wanita: Baru tahu, rupanya nak semai cili selain biji benih dan anak pokok, boleh juga gunakan keratan pucuk. Memang lebih mudah, elok pokok subur malah berbuah merimbun.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...