hari raya

Bila hari raya, biasanya seluruh ahli keluarga dan sanak saudara yang jauh datang berkumpul dan pastinya anak kecil akan jadi tumpuan ramai untuk didukung, cium dan digomol.

Maklumlah, siapa yang tak geram tengok pipi gebu dan badan montel si kecil. Anak-anak yang tak tahu apa, hanya mampu tersenyum atau menangis jika mereka rasa tak selesa.

Haa… jangan nak kata, “biarlah” sangat sebab sebenarnya tindakan ini boleh mengundang bahaya pada si kecil dan mendedahkan bayi dengan jangkitan kuman dan penyakit. Itu baru bab gomol bayi, ada lagi yang perangai pelik siap suap anak orang tanpa mak ayahnya tahu. Tolong ya, kalau geram pada si bayi pun, jemput baca pesanan Doktor Taufiq Razif ini dulu. In shaa Allah kita mampu berubah dan menghormati hak orang lain…

Bahaya Bila Berkumpul Ramai-ramai

Pernah sekali tu saya nampak tuan rumah duk suap suap anak tetamu dia. Ya Allah. Bahaya betul!

Ni ada 5 benda yang kita tak boleh buat kat anak orang terutama sekali bila ziarah ataupun beraya kat rumah orang nanti.

1. Jangan Suap Anak Orang

▪ Kita tak tahu penyakit dan background anak orang. Entah-entah anak orang tu ada alergik teruk ke, eczema ke, G6PD deficiency ke

IKLAN

▪ Tahu tak kalau tersalah suap kacang parang kat anak yang ada G6PD deficiency ni anak tu boleh tiba-tiba jadi lemah, kencing jadi pekat, pernafasan jadi laju dan sampai tahap kena admit ward tau

2. Jangan Bandingkan Result Peperiksaan Anak-anak

▪ Tanya result sambil puji dan bagi semangat ok lagi tapi kalau kita banding bandingkan tu memang boleh membuatkan tuan rumah ataupun tetamu berkecil hati

▪ Ada anak tu memang jenis Late Boomers. Banyak je anak-anak yang UPSR, PMR/PT3 dan SPM cukup cukup makan je pun tapi bila masuk Universiti dia lah yang jadi top student.

IKLAN

3. Jangan Perlekehkan Tetamu Kecil

▪ Walaupun anak-anak ni mungkin datang beraya hanya untuk dapat duit raya jangan sekali kali kita rendah rendahkan mereka

▪ Anak kecil juga ada harga diri dan maruah yang perlu kita jaga. Inilah nanti yang membentuk ‘self confidence’ dan ‘self esteem’ mereka suatu hari nanti

4. Jangan Marah Anak Orang Secara Berlebihan

▪ Kadang kala tu memang ada anak yang hyperactive meloncat ke sana ke sini sampai tahap pecahkan dan rosakkan barang tuan rumah

IKLAN

▪ Kita minta secara berhikmah kepada mak ayahnya untuk kawal anak anaknya sendiri kerana memang adab bertetamu adalah mak ayah kena kawal anak-anaknya sendiri daripada membuat tuan rumah gelisah dan marah

5. Jangan Cium Anak Orang Terutamanya Bayi Baru Lahir

▪ Sistem imun bayi baru lahir ni tak macam orang dewasa. Bayi cuma ada sistem imun yang sangat basic je

▪ Banyak kuman seperti herpes simplex virus pada orang dewasa yang boleh mengancam nyawa si bayi.

▪ Banyak je kes bayi dicium orang dewasa sampai kena mouth sore, masalah pernafasan hinggalah kepada jangkitan otak!

Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah dan orang luar sana yang belum tahu ye.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI