'10 Sebab Ini Buat Anak Darjah Satu Seronok Ke Sekolah Kerajaan’ Dari Pengalaman Ibu Yang Sambung PhD Di Korea

Ibu bapa sering saja susah hati bila anak mula buat bermacam alasan bila dikejut bangun ke sekolah. Nampak sangat kaki anak itu macam diseret ke pintu pagar sekolah. Punyalah tak happynya nak melangkah ke sekolah.

Buat hati mak tertanya-tanya, ‘kena bulikah anak aku kat sekolah ini? Cikgu marahkah kerja sekolah tak siap?’ Macam-macam.. bila diselidik puncanya anak bosan ke sekolah. Cuba loceng balik dibunyikan, cergasnya anak lain macam. Siap boleh saie 3 bangunan sekolah sebab seronok boleh balik.

Subjek darjah satu dan buku teks yang berat, buat anak bertambah-tambah terbeban. Bukan anak saja, mak ayah pun hairan. Macam mana anak yang kecil ini kena bawa punyalah banyak buku sampai senget bahu.

Membaca perkongsian ibu dua orang anak yang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Hankuk University of Foreign Studies, Dr Ummuhani Abu Hassan akan membuka mata mak ayah.

Ketika keluarga kecil ini menetap di Korea, anak sulung mereka, Darda telah di sekolahkan di Korea. Bermula tadika sampailah menjejakkan kaki ke darjah satu di Korea. Dan ini catatan yang sangat menarik tentang sistem pembelajaran di negara maju, Korea Selatan.

 

’10 Sebab Ini Buat Anak Darjah Satu Seronok Ke Sekolah Kerajaan’ Dari Pengalaman Ibu Yang Sambung PhD Di Korea

Ini 10 Perkara Tentang Sistem Darjah Satu Di Korea

Darda’ sudah masuk darjah satu di sekolah kerajaan Korea. Sedikit perkongsian tentang sistem darjah satu di sini. Saya catatkan 10 perkara dulu.

1. Tiada pakaian seragam. Semua pelajar pakai pakaian harian sehingga masuk sekolah menengah baru ada pakaian seragam.

IKLAN

2. Waktu sekolah bermula jam 9 pagi sehingga 1 petang. Ada kelas petang untuk anak yang ibubapanya sibuk. Kelas petang lebih merupakan kelas aktiviti seperti seni, kemahiran diri dan permainan. Waktunya dibuka sehingga jam 10 malam. Darda’ hanya sampai jam 4.30 petang.

3. Tiada yuran sekolah. Percuma untuk semua termasuk warga asing macam Darda’

4. Satu kelas dengan satu guru. sekitar 22 orang pelajar. Guru ajar semua subjek untuk kelas yang dipegangnya.

5. Bahasa utama adalah bahasa Korea. Ramai guru tidak tahu bahasa asing termasuk Bahasa Inggeris. Jadi ketika bertemu guru, saya bawa kawan Korea jadi penerjemah.

6. Kantin hanya sediakan makanan percuma. Tidak dijual makanan lain. setiap menu sudah diberitahu kepada ibubapa setiap hari. Menu selalunya nasi, sayur yang banyak, protein dari haiwan spt ayam, daging lembu atau babi dan ikan, telur, buah dan susu. Juga diberitahu khasiat makanan kepada ibubapa. Saya bekalkan makanan untuk Darda’ setiap hari.

 

IKLAN

’10 Sebab Ini Buat Anak Darjah Satu Seronok Ke Sekolah Kerajaan’ Dari Pengalaman Ibu Yang Sambung PhD Di Korea

 

7. Tiada peperiksaan untuk darjah 1 hingga 3. Sistem pembelajaran serius bermula darjah 4 ke atas. Anak darjah satu hanya didedahkan dengan aktiviti yang melatih disiplin, kemahiran diri, seni, Sains dan teknologi.

8. Setiap pelajar darjah satu diberikan alatan kelas yang sama dan percuma seperti bakul kecil, gunting, penyapu meja, pensil warna dan pensil. Semua barang perlu letak nama dan disimpan baik-baik dalam kelas. Hal ini melatih anak supaya pandai jaga barang dan tidak iri pada kawan kerana barangnya sama.

9. Ibubapa perlu install aplikasi Classting di hp kerana dari aplikasi itu guru akan memberitahu apa yang diajar dan hasil pembelajaran setiap hari. Guru juga akan masukkan gambar pelajar dan makanan yang mereka makan pada hari itu. Dalam bahasa Korea.

IKLAN

10. Sesi kaunseling guru dan ibubapa secara personal diadakan setelah sebulan anak mulai kelas mereka pada setiap semester. Guru memberitahu apa kelebihan dan kekurangan anak dalam kelas juga meminta pandangan ibubapa untuk anak mereka lebih fokus dan seronok datang sekolah.

Alhamdulillah, setakat ini Darda’ seronok ke sekolahnya. Saya kongsikan gambar yang cikgu hantar setiap hari, jenuh simpan. Tak susah cari Darda sebab boleh kenal ‘lebai’nya.

Aktiviti Di Sekolah Outdoor Indoor

Cara Ini Boleh Didik Jiwa Murid Cintakan Alam Sekitar

 

 

Makanan Percuma Yang Diberikan

 

 

Carta Untuk Pelajar

 

Sumber/Foto : Ummuhani Abu Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI