“Please jangan panik!” Pesan lelaki ini, Hamdan Hashmuddin yang disahkan positif Covid-19 dan ketika ini sedang menjalani rawatan di dalam hospital.
Katanya lagi, bukan semua demam selesema mahupun batuk itu adalah Covid-19. Sebagaimana simptom yang dialami dirinya, berbeza dengan simptom ibu ayah yang turut disahkan positf Covid-19.
Hamdan berkongsi kisah di dalam laman sosial facebook miliknya, bagaimana dia boleh mendapat jangkitan ini dan tanda-tanda yang dialami.
Kongsinya,
Lupa mentioned pulak duk dalam hospital lama-lama sebab apa tadi.. Ya saya salah seorang yang terkena jangkitan Covid-19.
Ditempatkan di satu wad khas yang biliknya juga asing dari yang lainnya. Wad sama untuk pesakit TB.
Bagaimana saya boleh terkena jangkitan ini?
Saya terkena jangkitan dari ayah saya yang mendapat jangkitan dari satu mesyuarat bersama glc. Kedua ibu dan ayah saya juga telah dijangkiti covid-19. Namun mereka tidak mempunyai simptom sakit Covid-19. Berbeza pula untuk saya, saya mengalami semua simptom yang berkaitan.
Ads
Please jangan panik bukan semua demam selesema or batuk tu Covid-19.
Ini pengalaman saya sendiri.. Bila tarik nafas rasa tak boleh tarik dalam dan akan mula terbatuk. Ya means that paru-paru dah kena jangkitan. Batuk juga kering tidak berkahak.
Saya demam teruk semasa menunggu keputusan swab tekak dan hidung.. apabila mendapat keputusan yang saya positif saya terus dibawa dengan ambulans ke hospital dan dirawat sehingga ke hari ini.
Sehingga hari ini parents saya masih positif namun tiada apa-apa sakit. So one might get infected or positive Covid-19 but takde sakit apa-apa pun.. While ada yang kena lalui seperti saya.. shortness of breath and batuk yang sangat perit.
To all of my friends do take care of your family member. Keep yourself sanitize and stay indoors preferably at this moment.
Ads
Kredit foto : infosihat.gov.my
Kredit foto : infosihat.gov.my
Kredit foto : infosihat.gov.my
Ambil Langkah Pencegahan Covid-19 Ini
Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Suresh Kumar Chidambaram memberikan pesanan kepada orang ramai agar tidak seharusnya berasa panik, sebaliknya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.
Antaranya,
Jadikan amalan mencuci tangan dengan lebih kerap.
Jangan menggosok muka atau mata tanpa terlebih dahulu mencuci tangan
Kongsinya, disebabkan panik hinggakan ada yang meminta menjalani ujian saringan kesihatan di bahagian kecemasan walaupun tiada sebarang gejala jangkitan Covid-19.
Ads
Malah, ada yang pernah datang dalam bilangan yang ramai (satu bas) kerana dihantar majikan ke hospital untuk pemeriksaan.
Termasuklah mereka yang tak pernah berhubung dengan mana-mana kontak rapat, tetapi didorong kebimbangan kerana demam dan batuk.
MW :Semoga mak ayah semakin cakna, sentiasalah membasuh tangan dengan sabun. Sebaik-baiknya selama 20 saat. Dan fahamkan langkah pencegahan virus Covid-19 yang dikongsikan ini.
Datin Maria Arshad kehilangan suami tercinta Allahyarham Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Salam takziah diucapkan buat Datin Maria Arshad yang juga ibu kepada pelakon Ijoy Azahari dan juga ibu mertua kepada Sharifah Shahirah (Shiera) sekelurga atas kehilangan insan tersayang.
Suami kepada pelakon era 80-an Datin Maria Arshad menghembuskan nafas terakhir pada 20 Julai. Perkongsian tersebut diluahkan sendiri oleh Maria menerusi laman sosial Instagram.
Datin Maria Arshad Kehilangan Suami Tercinta
Pemilik nama sebenar Kamariah Arshad itu juga memohon warga maya menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham suami tercinta.
“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita memaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.49 tengah malam.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang tadi.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, InsyaAllah,” kongsianya.
Shiera Titipkan Doa
Pelakon Sharifah Shahirah juga turut berkongsi pemergian bapa mentuanya.
“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada emak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Datuk Rahman, al-Fatihah,” luah Shiera.
“Moga Datin Maria Redha Terima Dugaan Ini”
Pada masa yang sama rakan artis dan warganet menzahirkan takziah serta mendoakan semoga Allahyarhan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Perkongsian 7 zikir ini Diana Rafar tulis di status instagramnya. Bagus sekali jika diamalkan bacaan 7 zikir ini dalam kehidupan seharian. Tambahnya, in sha Allah kalau diamalkan anda akan terkejut rezeki datang tanpa disangka-sangka.
Saratkan hati dengan zikir adalah lebih baik daripada membiarkan hati dibelenggu perasaan iri hati dan dengki. Dari situlah kebahagiaan hati akan terserlah menerusi wajah indah berseri-seri. Jom semak cara menjemput rezeki suami isteri ini. Kalau diamalkan berdua tentu lebih murah dan lapang rezeki dan keberkatannya.
Gambar keluarga ketika sambutan hari lahir anak sulungnya, Kashfi Haikal, 7 tahun.
7 Zikir Yang Diana Rafar Amalkan
1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Bacalah Surah Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHFAR
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakkanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend yang sering dipaparkan oleh founder-founder produk di media sosial.
Namun semua itu hanyalah bersifat “wayang” bagi mengaburi mata masyarakat kerana di sebalik kemewahan, ada founder yang berselindung terlibat dengan pengedaran dadah jenis pil kuda.
Founder Wanita Ditahan Terlibat Pengedaran Pil Kuda Di Kelantan
Tangkapan semalam oleh pihak berkuasa ke atas pasangan suami isteri serta empat individu lain berjaya merampas sebanyak 35.493 kilogram dadah jenis pil YABA yang dianggarkan bernilai RM5,040,000.00.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, sindiket terbabit dikesan berselindung di sebalik operasi restoran makanan laut, perniagaan dalam talian dan salon kecantikan.
Kegiatan itu dipercayai menjadi helah untuk mencuci wang hasil jualan dadah dan mengaburi pihak berkuasa.
Dalam operasi yang sama, JSJN turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita pelbagai harta bernilai RM1,117,743.00. Antara aset yang disita termasuk sembilan buah kenderaan mewah seperti Mustang EcoBoost, Mercedes Benz, Honda Civic, Toyota Hilux, serta motosikal Honda EX5.
Turut disita ialah barang kemas, jam tangan mewah dan sembilan buah beg berjenama terkenal.
Memetik facebook page Jabatan Siasatan Jenayah Jenayah Narkotik PDRM, operasi yang bermula pada 27 Jun 2025, jam 11.15 pagi hingga 4.30 petang berjaya membawa kepada penahanan seramai enam orang suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita Melayu berumur antara 25 hingga 39 tahun.
Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai peranan tersusun dalam sindiket berkenaan, termasuklah sebagai koordinator, orang kanan sindiket, pengurus kewangan, transporter serta penjaga stor. Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak Julai 2022 dan menjadikan kandang lembu sebagai stor penyimpanan dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Nilai Rampasan RM6.16 Juta
Serbuan pertama telah dilakukan di Jalan Gajah Mati, Bangol Chica, Pasir Mas, yang membawa kepada penahanan suspek pertama berusia 34 tahun. Pemeriksaan ke atas kereta Perodua Axia yang dipandu suspek menemukan dadah jenis pil YABA seberat 115 gram, manakala pemeriksaan lanjut di rumahnya menemui 112 gram lagi.
Penahanan suspek keenam pula membawa kepada penemuan sebuah lokasi penyimpanan utama di sebuah kandang lembu di belakang rumah suspek pertama, di mana sejumlah besar dadah seberat 19.866 kilogram turut ditemui.
Seterusnya, serbuan di Wakaf Baru, Tumpat membawa kepada penahanan suspek kelima yang berusia 39 tahun. Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda milik suspek menemukan 15.4 kilogram pil YABA.
Beberapa lagi serbuan di kawasan sekitar Pasir Mas pula membawa kepada tangkapan suspek kedua, ketiga dan keempat, terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan, yang disyaki turut berperanan dalam rangkaian sindiket berkenaan.
Secara keseluruhan, pihak JSJN berjaya merampas 35.493 kilogram dadah jenis pil YABA yang dianggarkan bernilai RM5,040,000.00. Jumlah ini cukup untuk merosakkan seramai 177,465 orang, sekiranya tidak dibanteras.
Jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan dalam operasi ini mencecah RM6,157,743.00, menjadikan ia antara kejayaan besar JSJN bagi tahun ini. Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 28 Jun hingga 4 Julai 2025 dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.
Ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek negatif dari sebarang jenis dadah. Walau bagaimanapun, semakan rekod jenayah mendapati suspek kedua mempunyai dua rekod lampau melibatkan Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala suspek kelima mempunyai empat rekod di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Empat lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Himpunan solidariti buat Zara Qairina, bergema laungan tuntut keadilan. Ribuan orang membanjiri kawasan himpunan di Sandakan pada malam Jumaat bagi menunjukkan solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir.