Sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, kian terasa kehambarannya. Syawal yang dinanti bakal diraikan sekali lagi di rumah sendiri, susulan peningkatan angka kes jangkitan Covid-19 yang masih tiada tanda penurunannya.
Seperti jangkaan ramai, larangan rentas negeri masih kekal selaras dengan status baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, Pemulihan dan Diperketatkan bagi negeri-negeri terlibat yang berkuat kuasa 29 April sehingga 17 Mei depan.
Pengumuman itu bermakna sebarang pergerakan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 13 Mei juga dipercayai adalah tidak dibenarkan.
SOP Aidilfitri Diperhalusi
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidilfitri masih diperhalusi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“SOP bagi sambutan perayaan Aidilfitri akan diumumkan dalam waktu terdekat, “ katanya ketika sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Penilaian Risiko KKM
Jelas beliau, bagi status baharu PKP, mesyuarat penilaian risiko oleh KKM telah membuat keputusan bahawa kesemua 10 daerah di Kelantan akan terus kekal dengan status PKP kerana menunjukkan kadar insiden yang semakin meningkat.
Sementara itu lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak dikekalkan status PKP Bersyarat (PKPB).
“Oleh kerana zon hijau semakin berkurangan dan zon merah meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD), maka status negeri Sabah bertukar daripada PKP Pemulihan (PKPP) kepada PKPB.
Ads
“Manakala sembilan negeri iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dikekalkan status PKPP,” katanya.
Aktiviti Pelancongan Diantara Negeri PKPP
Tambahnya, sebagaimana SOP terdahulu, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep ‘green travel bubble’ menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).
“Pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri,” katanya.
MW: Semoga kita terus tabah bersama-sama, sekali lagi menyambut Aidilfitri di rumah sendiri. Semoga ‘pengorbanan’ ini dapat mengurangkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 setiap hari.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
1 Julai lalu bersamaan 17 Syawal 1439H menjadi detik bersejarah buat puteri sulung Datuk Ziela Jalil, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Dr Dziya Faqhran Bin Dato’ Mahmod Fauzi.
Manisnya Julia sepanjang majlis yang mengubah statusnya menjadi seorang isteri. Sama cantik sama lawa, sama padan. Rata-rata tetamu terpesona melihat pengantin baru yang juga seorang doktor ini. Tambah cantik apabila henna putih yang dikenakan pada jari jemari halus Julia itu memukau sungguh corak malah seni ukirannya. Ramai yang memuji ukiran henna putih hasil kerja seni Sheema Henna
Bak kata Julia ketika membalas posting instagram sheemahenna, “Thank you kak Sheema! Semua orang kata cantikk sangat sangat henna tadi. Sedih kena kopek.”
“Hati tisu la baby kak Sheema ni. Tak mo sedih sedih. Awak dah ada babybear kat sebelah tu.” seloroh Sheema Henna membalas komen Julia.
Ukiran henna putih waktu majlis malam berinai.
Siapa pun tak nafikan memang cantik sungguh henna putih di jari jemari Julia waktu majlis pernikahannya itu. Malah ketika majlis berinai pada Jumaat malam Sabtunya pun Julia mengenakan henna putih. Namun, ukirannya lebih ringkas.
Pada majlis akad nikah itu, Julia mengenakan busana rekaan Nurita Harith dan dirias cantik oleh jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin. Sebelumnya, Julia dan suami telahpun mengikat tali pertunangan tanggal 12 Mei yang lalu.
Lunak Merdu Suara Dr Julia Alunkan Bacaan Al-Quran
Jumaat paginya, Julia menyelesaikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di majlis khatam Al-Quran. Lunak merdu suara malah bacaan tajwidnya juga lancar. Ketika berlangsungnya acara, Julia ditemani qariah ternama negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya.
Majlis tersebut dihadiiri keluarga dan saudara mara, malah turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Erra Fazira, Nina Juren, Umie Aida, Azrinaz Mazhar Hakim dan lain-lainnya.
Tahniah! Kerana Mendidik Anak Dengan Baik
Kata Erra Fazira dalam instagramnya, “Alhamdulillah.. majlis khatam Quran julia berlangsung dengan baik dan lancar. Semoga Al-Quran menjadi pendamping hidupmu hingga ke jannah.”
“Tahniah kakakku Datuk Ziela Jalil kerana berjaya mendidik anakanda hingga menjadi anak yang berjaya hingga ke hari ini. Mudah-mudahan Julia terus menjadi anak yang solehah hingga kalian bertemu kembali di syurga kelak.
Ini pula doa yang dititipkan oleh pelakon Umie Aida, “Esok detik bersejarah dalam hidup Dr Julia M Junid & Dr Fakran. Selamat melangkah ke alam rumahtangga yang berkekalan hingga ke jannah. Aamin..”
“Tahniah Angah @zielajalil kerana mendidik anak-anak dengan baik dan berjaya. Kejayaan itulah anugerah yang terindah dalam hidup seorang ibu. Semoga sentiasa dalam rahmatNya dan diberkatiNya. Aamin.” tulis Umie Aida ketika merai majlis malam berinai anak rakannya itu.
Selepas bertahun-tahun menanti, wanita ini bertemu cinta sejati pada usia 55 tahun. Inilah dikatakan jodoh dari Allah.
Lambat atau cepat, jika itu yang tertulis maka ia akan berlaku dengan kehendak Allah SWT. Malah usia bukanlah penghalang untuk seseorang bertemu cinta dan memilih untuk bahagia.
Wanita Ini Bertemu Cinta Sejati
Seorang wanita yang baru menemui cinta sejatinya menjadi tular di media sosial selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 55 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaunTikTok @purpleshina0625.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mengenakan gaun pengantin sambil berjalan memasuki sebuah dewan yang sudah siap dihias cantik.
Cinta Sejati Pada Usia 55 Tahun
“Wanita ini akhirnya menemui cinta sejati pada usia 55 tahun, selepas menanti selama bertahun-tahun untuk bertemu jodoh.
“Majlis pernikahannya berlangsung secara maya kerana suaminya sedang berada di Auckland, New Zealand,” demikian kenyataan yang ditulis pada hantaran tersebut.
Jangan Mengeji Wanita Jodoh Lambat
Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan netizen supaya tidak mengeji wanita yang berkahwin pada usia melebihi 30 tahun kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen.
“Tolong jangan kahwin kerana umur, nikahlah dengan pasangan terbaik,” komen seorang netizen.
“Bagi yang sering bertanya bila mahu kahwin, bila mahu hamil, percaya saja dengan kuasa Allah,” komen netizen laim. – AGENSI
Mingguan Wanita : Jodoh itu rahsia Allah. Bersyukurlah jika mak-mak dikurniakan jodoh awal. Bagi wanita yang masih belum bertemu jodoh, insyallah pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku.
Macam-macam cara boleh dilakukan untuk menghangatkan rumahtangga yang dibina. Walaupun dah beranak pinak, meskipun dah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, jangan pernah jemu menyemarakkan hubungan suami isteri. Semalam, pelakon Amar Baharin,32, ada memuat naik dan berkongsi video, titipan pesanan ringkas daripada isteri tersayang Amyra Rosli,26, dilaman sosial instagram beliau.
Meskipun video pendek tersebut cukup ringkas namun ia penuh bermakna. Video yang mendapat views hampir 600 ribu ini tertulis;
“Balik ni nak kiss lama, nak hug kuat-kuat, I Love You Daddy”
“Buat para isteri yang nak hubby dia balik cepat, cuba try ni, insyaallah mujarabbb… Sebab sekarang ni pun saya rasa macam nak balik tinggalkan set #CintaYangKurasa ? urmmmm ?
Sweetnya lah, luahan perasaan amyra pada suami tersayang, siap tulis dekat kertas. Mesti rindu sangat ni pada suami yang tengah sibuk bekerja.
Jadi buat para isteri,kalau nak suami balik rumah cepat, sesekali bolehlah tiru cara amyra ni. Apa salahnya untuk menambah kemesraan suami isteri kan!
Selamat Mencuba!
Terdahulu, pasangan pelakon yang mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016, telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang comel Aqeef Anaqi,5 bulan.Semoga kebahagian milik pasangan ini selama-lamanya.
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.