Buah Avocado memang banyak khasiatnya. Namun kalau beli, susah nak jumpa yang dah masak ranum, biasanya mesti masih muda dan isinya keras.Kalau salah cara peram, buahnya jadi busuk dan rosak pula. Sayang sungguh, buah ni dah lah agak mahal.
Rupa ada cara tersendiri untuk peram buah avocado ni. Barulah buahnya masak ranum, lembut dan cantik elok isinya.
Boleh ikut petua peram buah avocado yang dikongsikan oleh Puan Ummu Aiman ini.
“Buat yang tertanya macamana cara saya peram buah avocado. Saya kongsi disini ya.”
“Sebelum ni selalu jumpa buah avocado yang keras-keras.Jarang jumpa yang masak ranum.Kalau jumpa pun buruk selalunya.Pernah balik cuba peram sendiri.Biar ja di atas meja tanpa buat apa-apa. Dalam 4, 5 hari lepas tu buah memang masak.Tapi semua buruk, tak dapat makan langsung.”
“Dapat petua ni, saya cuba buat dan alhamdulillah semua masak ranum dan buah pun elok semuanya. Cantik aja warnanya.”
Cara-Caranya:
1. Potong, buang bahagian tangkai dia macamtu. Buang nipis ja ya. Jangan banyak sangat.
2. Balut bahagian yang dah dihiris tu dengan sehelai tisu. Kemudian salotepkan kemas-kemas.
3. Simpan di tempat gelap.Dalam 2 – 3 hari dah lembut dan boleh makan. Ni saya peram dah 3 hari.Alhamdulillah hari kedua dah boleh makan dah.
Info Ekstra!
Buah ni agak tawar-tawar lemak. Saya tak suka makan saja. Saya suka buat jus.Susu segar+avocado+kurma+badam. Nak letak madu sikit pun boleh.
Kena pastikan buah dah masak baru sesuai buat jus.Kalau tak, tak sedap.
Dulu saya tak suka. Tapi bila fikir khasiat dia sangat banyak, jadi cuba cari resepi yang kena dengan tekak.Buah ni kan sangat baik untuk elak penyakit jantung dan rendahkan kolestrol jahat.
MW: Begini rupanya cara nak peram buah avocado. Barulah buahnya masak ranum, warna cantik dan elok lembut. Sesuai dibuat jus, dicampur dalam salad atau dimakan begitu sahaja.Malah banyak khasiatnya.
Comel-comel sungguh ‘labu’ yang dibuat bubur ini.Sangat memerlukan kerajinan dan ketelitian yang tinggi. Ia merupakan air tangan daripada Puan Noor Ain Umairahariz Baba yang telah mendapat perkongsian lebih 15 ribu shares di page Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Menurut wanita ini, bubur labu viral ini bila di makan sejuk letak ais rasanya seperti cendol.Sesuai sangat buat mak-mak yang nak buat untuk hidangan minum petang.
Berikut perkongsian resipi yang disertakan sebagai panduan.
“Terjebak jugak buat bubur labu nie.Resipi saya follow ahli dalam group (MAHN) ni jugak.Terima kasih pada penyumbang resipi.Makan letak ais dah rasa macam makan cendol dah.Lebihan labu tu boleh jugak campur dalam bubur ni”
PUMPKIN BUA LOY @ BUBUR LABU
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum daripadanya jika tak nak liat)
pewarna oren & hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan air
*1 cawan gula @ ikut suka manis
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan – disimpul
sedikit sagu yang telah dimasak
1.Satukan labu dan tepung pulut. Gaul hingga jadi doh. Asingkan dalam 2 sudu besar & campur dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu. Doh selebihnya campur dengan pewarna oren.
2.Ambik sedikit doh oren, gentel bulat. Tekan & gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk buat corak labu. Buat lubang di tengah-tengahnya. Kemudian, ambil doh hijau & gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi & kemaskan. Buat sampai habis adunan.
3.Dalam periuk, didihkn air dan masukkan bebola labu. Bila ia dah timbul, angkat & toskan. Masukkan ke dalam air sejuk supaya ia tak melekat antara satu sama lain.
4.Masak santan bersama air, gula, garam & daun pandan. Bila dah hampir mendidih, masukkan bebola labu & sagu. Kacau rata.
Siap!
Jadi buat mak-mak bolehlah cuba kelaianan buat bubur labu yang sedang viral ni untuk minum petang nanti.Mesti anak-anak suka!
Khas buat mak-mak penggemar rasa coklat dan keju, boleh cuba resipi kek batik cheese lemak berkrim yang sangat sedap ini. Gandingan rasa pahit coklat dan lemak manis keju, menjadikan rasa kek ini cukup sempurna! Dimakan pula waktu sejuk-sejuk memang terbaik! Paling penting cara membuatnya cukup mudah, malah lebih jimat berbanding jika dibeli.Boleh lah mak-mak nak buat untuk hari istimewa ketika harijadi, kenduri, jamuan dan sebagainya nanti.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ain Aziz ini;
Bahan-Bahan (Kek Batik):
250g Butter
1/2 Tin Susu Pekat (Kalau tak suka manis sangat letak suku, ikut pada tahap kemanisan anda) @malaysiamarigold
1 Paket Milo 200gm (Paket paling kecik) @milo_malaysia
1 Sudu kecik Esen Vanila
1 Paket Biskut Marie (Dipatah-patahkan)
Bahan-Bahan (Cream Cheese):
250g Cream Cheese tatura
Sedikit Susu Dutchlady @dutchladymy
3 Sudu Besar Susu Pekat (ikut pada tahap kemanisan anda)
Sedikit Perahan Lemon (Dalam video takde,terlepas pulak)
Bahan Lain
* Loyang 8×8 & Baking Paper
* Koko Powder (Untuk atas Cream cheese)
** Kena pandai adjust manis ikut rasa anda. Kalau kek batik dah manis, kurangkan sikit manis cream cheese. Untuk rasa balance, atas hiasan cream cheese letak koko powder. Kek batik cheese kena letak dalam peti ais belah bawah selama 3-4 Jam. Untuk senang potong & cheese tak cair.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak boleh buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati, anak-anak pun mesti suka!
Kemas sungguh bahagian dapur tambahan Zaza Zalina ini. Susun aturnya pun teratur dan boleh dijadikan inspirasi kemas rumah untuk geng mak-mak yang lainnya. Sentuhan klasik itu yang buat mudah jatuh hati.
Kata Zaza, “ni cara saya mengemas di dapur. Rak kayu dan rak rotan lama tu pun masih elok. Boleh digunakan untuk letak bawang dan periuk-periuk.”
Yang penting, dapur klasik Zaza ini mengamalkan penjimatan ruang dan barang dapur yang masih boleh digunakan tak dibuang, tapi digunakan semula.
Dapur Tambahan Pandangan Dari Luar Kediaman
Kemas Idea Susun Atur Dapur Tambahan Ini
Orang lama yang masih gunakan periuk lama.
Dulu-dulu rotan ni tempat letak suratkhabar dan majalah. Sekarang akak gunakan untuk letak dulang-dulang.
Bakul yang isi bawang tu pun dulu-dulu mak kita pakai untuk alas kuali dan periuk panas. Bukan sekadar panas aje tau….untuk selamatkan meja comot sebab masak dapur kayu, bawah kuali tu jadi hitam legam hehee. Dipanggil lekar.
Kicap dan sos selalu guna, tak sempat simpan esbok dah habis.
Sekarang musim durian kan… memang sesuai gunakan dulang ni tau.
Ni tempat letak hanger dan sepit baju, kuali, besen-besen dan lain-lain peralatan dapur.
Penyapu dan mop akak sangkutkan di grill ujung tu. Bahan pencuci dalam bakul.
Area Tempat Makan
Di dapur pun kena ada cermin. Senang tengok tudung senget ke tak bila tiap kali bunyi pin pin pos laju hantar barang shopee yang anak-anak order. Belah kiri tu rotan tepuk-tepuk karpet… gantung aje la senang nak capai.
Saya biar lapang terbuka gitu sebab senang nak kemas dan sapu-sapu habuk. Satu lagi akak ni jenis takut binatang merayap macam cicak ke lipas ke lain-lain tu. Bila lapang tak risau dah.
Sumber/Foto : Zaza Zalina *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.