Sejak seminggu ini hangat diperkatakan tentang lakonan hebat Dian Sastrowardoyo dalam drama bersiri Gadis Kretek yang disiarkan melalui saluran Netflix. Mana tidaknya, demi menghidupkan watak Dasiyah, wanita berjiwa patriotik pada era industri tembakau di Indonesia pada 1960-an Dian Sastrowardoyo mengelak menonton televisyen (TV) dan melayari internet.

Pengorbanan Dian Sastrowardoyo untuk watak Dasiyah

Pengorbanan Dian Sastrowardoyo untuk watak Dasiyah dalam Gadis Kretek berbaloi. Beri kesan mendalam buat penonton!

Komitmen yang ditunjukkan oleh pelakon hebat ini bukan calang-calang. Dian sanggup mengetepikan kehidupan sosial termasuk berhenti melakukan aktiviti yang digemari sepanjang enam bulan demi menghayati watak Dasiyah dalam siri tersebut.

“Saya berhenti berjumpa teman dan tidak bersosial. Saya tidak lakukan aktiviti olahraga, berlari atau bermain tenis yang sangat digemari.

“Semuanya kerana saya mahu latih badan bergerak mengikut kehidupan wanita pada zaman itu.

Watak Dasiyah atau Jeng Yah yang dibawakan oleh Dian dalam drama Gadis Kretek menjadi sebutan ramai kerana meninggalkan kesan sangat mendalam buat penonton.

Watak Dasiyah dalam Gadis Kretek berbaloi!

Pengorbanan Dian Sastrowardoyo untuk watak Dasiyah dalam Gadis Kretek berbaloi. Beri kesan mendalam buat penonton!

IKLAN

Dian juga dikatakan berhenti mendengar muzik moden dan hanya mendengar irama gamelan dan  klasik selama beberapa bulan untuk memberi tumpuan terhadap  watak Dasiyah.

“Saya banyak berlatih sendirian di rumah dan berdisiplin. Saya tidak buka TV dan tidak pegang telefon bimbit ketika berlatih,” katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama bersiri Gadis Kretek baru-baru ini.

Pengorbanan Dian Sastrowardoyo untuk watak Dasiyah dalam Gadis Kretek berbaloi. Beri kesan mendalam buat penonton!

Dian mengaku bukan mudah memasukkan karakter Dasiyah dalam diri, di mana banyak kesabaran dan persiapan perlu dilakukannya.

IKLAN

“Saya dapat banyak arahan daripada sutradara yang merancang karakter Dasiyah dengan teliti. Karakternya sangat jauh daripada diri saya hingga merasa sangat tercabar.

“Namun, saya cuba tengok bagaimana boleh teroka karakter ini, biarpun bicara, gerak tubuh dan ekspresi Dasiyah sangat berbeza.

“Saya pernah bawa watak patriotik tetapi kali ini karakter dilakonkan sangat berbeza dengan diri saya,” katanya yang mendapat bimbingan daripada pengarah merangkap jurulatih lakonan, Kamila Andini.

IKLAN

Disebabkan watak Dasiyah yang tidak banyak berinteraksi dengan ramai orang, Dian mengaku tertekan menjiwainya.

“Pada mulanya, saya sangat tertekan. Saya belajar bahawa seorang pelakon perlu pasrah, berserah dan ikhlas kerana tugasnya adalah menyerahkan diri kepada karakter. Kalau watak perlukan dia lakukan semua itu, kita harus jalani dengan baik,” katanya.

Pengorbanan Dian Sastrowardoyo untuk watak Dasiyah dalam Gadis Kretek berbaloi. Beri kesan mendalam buat penonton!

Drama bersiri Gadis Kretek arahan Kamila dan Ifa Isfansyah diadaptasikan daripada novel tulisan Ratih Kumala terbitan 2012 oleh Gramedia Pustaka Utama. Drama bersiri itu juga mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan mengumpul fakta mengenai industri kretek di Indonesia. Selain itu, secara keseluruhannya, terdapat lebih 100 set di 20 lokasi digunakan untuk penggambaran drama bersiri itu!

Pengorbanan Dian Sastrowardoyo untuk watak Dasiyah dalam Gadis Kretek berbaloi. Beri kesan mendalam buat penonton!

Gadis Kretek berkisar percintaan epik berlatarkan industri tembakau pada era 1960-an di Indonesia. Siri TV itu turut menampilkan pelakon Ario Bayu, Arya Saloka, Putri Marino, Tissa Biani, Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara, Ibnu Jamil, Rukman Rosadi, Nungki Kusumastuti, Dimas Aditya, Pritt Timothy dan Tutie Kirana.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI