Tidak dinafikan ramai yang membeli emas sebagai perhiasan diri serta pelaburan pada masa akan datang kerana ia boleh digadaikan mahupun dijual ketika waktu susah. Bahkan nilai emas yang semakin meningkat saban tahun, memang boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan kelak.
Susulan pengeluaran khas wang KWSP bermula 18 April baru-baru ini, menyebabkan pusat komersial dan beli belah di bandar raya ini menjadi sesak dan tumpuan orang ramai berbelanja.
Tinjauan di Pusat Komersial UDA, Tampoi mendapati kedai emas dan butik menjual pakaian raya antara premis yang menjadi tumpuan.Deretan kedai emas di pusat komersial di situ, dilihat dipenuhi orang ramai yang sanggup menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka jam 10 pagi tadi.
Bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, berkata beliau bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang meluluskan pengeluaran khas KWSP bermula kelmarin.
Beliau sekeluarga lega apabila mendapat wang tambahan bagi menyediakan persiapan Aidilfitri.
“Sebelum ini memang agak mencabar kerana saya mempunyai tanggungan besar, suami pula baru kehilangan kerja.
“Dengan pengeluaran khas KWSP ini dapatlah bernafas sikit beli apa yang patut. Separuh wang ini akan disimpan dan digunakan ketika kecemasan sahaja dan separuh lagi buat persiapan Aidilfitri.
Ads
“Saya memang dah berniat nak belikan dua anak perempuan berusia 15 dan 12 tahun barang kemas, sama ada gelang atau cincin emas dengan duit pengeluaran ini. Alhamdulillah niat ini tercapai hari ini,” katanya.
Juruteknik, Mohd Ashraf A Safar, 27, pula berkata beliau juga sangat bersyukur dan lega kerana permohonan mengeluarkan wang KWSP diluluskan.
“Alhamdulillah, saya hanya mengeluarkan separuh daripada jumlah had dibenarkan tetapi memang sangat lega dan bersyukur.
“Ada juga wang lebih selepas bayar hutang, bil dan keperluan lain. Hari ini saya bawa isteri, Nurul Nur Syafiqah Zuraimi, 26, beli barang kemas emas kerana banyak membantu saya ketika susah senang.
Ads
“Ini juga sebagai pelaburan juga ketika waktu susah kerana emas yang dibeli sama ada boleh dijual semula atau digadaikan ketika kami memerlukan wang nanti,” katanya.
Pertambahan Pelanggan Mendadak
Dalam pada itu, pemilik kedai emas De Aurora, Dayana Haironi, mengakui pelanggan ke kedainya bertambah secara mendadak bermula semalam.
“Sebelum ini, pelanggan ramai juga tetapi tidak seramai semalam dan hari ini. Rasanya pengeluaran khas KWSP memang mempengaruhi pertambahan pelanggan yang agak luar biasa.
“Saya jangkakan pelanggan akan terus bertambah dan memuncak pada hujung minggu ini berikutan pengeluaran khas akan mula dibelanjakan orang ramai dan kami sudah bersedia menambah stok barang kemas baharu selain menggunakan kakitangan sepenuhnya iaitu 30 pekerja pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini,” katanya.
Mingguan Wanita: Selain persiapan Aidilfitri, ramai rupanya yang membelanjakan pengeluaran khas KWSP untuk pembelian emas bagi tujuan pelaburan pada waktu terdesak. Apapun berbelanjakan dengan berhemah, utamakan keperluan dan manfaatkan sebaiknya pengeluaran khas KWSP ini.
Pakai bengkung, mungkin ini salah satu cara wanita di luar sana yang sanggup pakai untuk cepat kurus. Bila pakai dah tentu nampak langsing dan ‘terletak’ cantik.
Selalunya, pakai bengkung bila lepas bersalin dan lepas itu sambung pakai yang yang moden. Dengan harapan badan kurus dan langsing. Sampaikan sanggup berhabis duit untuk beli bengkung yagn harga beratus ringgit dan ada juga beribu-ribu ringgit.
Ini pendapat daripada Dr Say tentnag pemakaian bengkung. Jangan ingat, pakai bengkung untuk kurus tapi sebenarnya nak sorok lemak yang melekat kat badan.
Well Sujut & Shushi slim sebab depa jaga pemakanan & buat senaman maka slim lah mereka. Saya bagi contoh kalau saya post story hari2-hari, saya gi workout & makan sihat-sihat.
Lepas itu, saya buat SATU POST transformation dari badan bapak-bapak jadi badan adik-adik dengan topik “Fat Burner Mencairkan Badan Kebapakan Saya” Agak-gak korang beli tak fat burner tu?
Saya gerenti 100% korang beli. Padahal story sy hari-hari dah menunjukkan kegigihan saya tapi in the end korang amik yang SATU POST tu je. Kita dah di train untuk cari SHORTCUT walhal yang longcut tu kita tapis buang.
.
Sorok Lemak Badan
“Jadi apa yang okaynye pakai bengkung ni doc?”.
Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ade function nak pakai kebaya ke, dress ke ITU SAHAJA. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakai la 24 jam pun takkan nampak hasilnya.
“Dah tu macam mana doc?”.
Korang tau dah jawapannya cuma macam saya cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni EAT HEALTHILY, EXERCISE REGULARLY & THINK POSITIVELY.
Jadi peeps daripada korang bazir duit beli bekung tu apa kata korang beli sayur-sayuran & buah-buahan segar kan lebih bagus. There is no shortcut in losing weight. Ini juga termasuk pakai bengkung lepas bersalin untuk slimming, TAKDE FUNCTION JUGA.
.
Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka takyah berbelit-belit kat pagar macam mummy.
.
P/S : Ini tali pinggang untuk jaga lower back semasa heavy lifting, bukan untuk jadi kerengga.
Mingguan Wanita : Masing-masing ada pendapat sendiri. Senang cerita, nak kurus senaman dan ambillah makanan sihat.
Bagaikan plot drama siapa sangka bayi perempuan ditemukan di belakang rumah di Kampung Geting, di sini, dipercayai baru dilahirkan oleh seorang remaja.Bayi itu disyaki dilahirkan jam 9.30 pagi oleh remaja berusia 18 tahun secara bersendirian tanpa pengetahuan keluarga.
Jumpa Bayi Belakang Rumah
Ibu remaja itu yang mahu dikenali sebagai Liza, 37, berkata, dia dihubungi anak perempuannya itu memaklumkan terdengar jeritan bayi dari belakang rumah dan mendakwa ada individu membuang bayi.
“Saya ketika itu sedang bekerja di kedai kopi dan selepas menerima panggilan anak, saya tidak terus pulang kerana sedang membungkus nasi untuk pelanggan.
“Tidak lama kemudian, anak menelefon sekali lagi dan saya meminta seorang saudara ke lokasi yang diberitahu untuk memastikan kesahihan berita itu.
“Selepas keadaan di tempat kerja sedikit tenang, saya pulang ke rumah dan melihat jiran sedang memangku bayi perempuan dan saya terus bertanyakan anak perempuan adakah bayi itu anak dia namun dia nafikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Liza yang berasal dari Sungai Golok, Thailand berkata, jiran memberitahu bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan berbogel dan sudah kebiru-biruan manakala tali pusat sudah dipotong dan uri pula siap ditanam tidak jauh dari tempat bayi itu ditemukan.
Tak Mengaku Lahirkan Anak
Menurutnya, anaknya masih belum berkahwin dan tidak tahu jika remaja itu mengandung kerana fizikalnya yang memang semula jadi berisi.
Dia berkata, anaknya itu baru menetap bersamanya sejak Ramadan lalu selepas bapa kandung yang juga bekas suami Liza meninggal dunia akibat serangan strok.
“Saya mendesaknya untuk mengaku bahawa bayi perempuan itu anaknya tapi dia enggan sebaliknya mendakwa lelehan darah yang turun di betisnya adalah kerana datang bulan.
“Buntu memikirkan perkara itu menyebabkan kami terpaksa menghubungi polis dan anak serta bayi perempuan itu dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya yang sedang hamil enam bulan bersama suami baru.
Anak Kurang Sihat
Liza berkata, anaknya itu tidak menunjukkan perubahan ketara sebaliknya memberitahu rasa kurang sihat dan terasa lapar ketika bangun dari tidur kira-kira jam 1 pagi tadi.
Menurutnya, sebelum turun bekerja ke kedai kopi jam 4 pagi, Liza sempat memasak untuk remaja perempuan itu yang dikatakan demam tanpa memikirkan apa-apa yang pelik.
“Beberapa jam selepas itu saya dikejutkan dengan berita penemuan bayi perempuan oleh anak dan lebih mengejutkan ia mungkin dilahirkan anak saya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan itu dan siasatan lanjut sedang dibuat.
Menjadi kewajipan dalam norma baru ini, jika kita datang ke mana-mana premis perlu scan QR Code, daftar di aplikasi sistem mysejahtera dan patuhi setiap SOP yang telah ditetapkan.
Raya tak lama lagi, tak salah kita sebagai tuan rumah sediakan QR Code untuk tetamu yang datang beraya. Caranya pula memang mudah, boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Puan Normazila Miela ini.
Kepada rakan-rakan yang nak buat QR Code untuk raya/majlis kahwin/apa-apa majlis/kedai makan/apa-apa jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi.
Disini, saya nak share cara macam mana nak sign up. Senang sangat tau.
Dengan QR Code ni juga, kita dapat memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis / kedai terus scan je dengan menggunakan sistem My sejahtera !
Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yang kita nak update.
MW: Nak raya nanti tuan rumah boleh buat QR code sendiri, print dan tampal di depan pintu supaya mudah tetamu nak daftar kalau datang berziarah. Pastikan kita ikut SOP dan had tetamu yang ditetapkan di kawasan PKP, PKPB & PKPP.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...