Isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad, terkejut dan tidak menyangka perkara ini berlaku pada bulan Syawal.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata, sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar jam 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.
“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan),” katanya.
Suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.
Suspek yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu disahkan memiliki rekod jenayah lampau.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 38 tahun itu memiliki tiga rekod lampau.
Menurutnya, dua rekod ialah kes ugutan jenayah yang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan satu lagi kes babit curi dan menyamar sebagai penjawat awam yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Ads
“Isteri suspek sebelum ini ada buat dua laporan polis babit kes ugutan jenayah terhadapnya oleh suspek (suami) dan terbaharu kes dilaporkan pada Disember tahun lalu.
“Hasil laporan itu suspek telah ditahan polis dan kita sedang tunggu beberapa arahan lanjut (timbalan pendakwa raya).
“Susulan insiden akhir itu (Disember tahun lalu) itulah, dipercayai wanita terbabit membuat keputusan menggajikan pengawal peribadi,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Ketibaan KLIA di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi itu disyaki bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.
Menurut Mohd Shuhaily, ketika insiden itu, isteri suspek berada di Balai Ketibaan untuk menerima kepulangan jemaah umrah dan pasangan itu merupakan pemilik syarikat agensi pelancongan.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek mulanya telah melemparkan satu mercun dan telah mencederakan dua orang awam sebelum bertindak nekad hampiri ke arah isterinya.
Ujarnya, suspek kemudian telah melepaskan dua das tembakan jarak dekat sekitar tiga hingga empat meter.
“Satu das telah tersasar dan satu das lagi telah mengenai seorang daripada dua pengawal peribadi wanita itu. Mangsa (sasaran) sebenar dalam kejadian terselamat daripada tembakan itu.
Ads
“Suspek kemudian terus melarikan diri ke aras 2 blok C yang mana suspek datang dan meletakkan kereta di situ,” katanya.
Tambah Mohd Shuhaily, pengawal peribadi itu telah menjalankan tugasnya dengan baik. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan kritikal selepas peluru terkena di bahagian perut.
Pengawal peribadi yang koma itu akan menjalani pembedahan apabila keadaannya stabil. Tegas beliau, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi Ahad melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.
Beliau berkata, kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Raya hanya berbaki sekitar seminggu lagi. Dengan kelonggaran PKP, pastinya ada yang memasang niat untuk menziarahi keluarga (bagi yang tinggal berdekatan). Tetapi bila berpeluang untuk ziarah tu, jagalah adab dan tutur kata. Raya musim PKP ni, pastikan anda kekal menjaga penjarakan sosial, tak perlu adegan salam laga-laga pipi,bersentuhan tangan, pastikan anda memakai topeng muka serta sentiasa memastikan tangan dalam keadaan bersih. Bagi yang tak sihat, dinasihatkan batalkan saja keinginan nak berziarah atau menerima tetamu. Begitu juga menziarahi mereka yang baru menyambut kelahiran bayi. Jika tak ada keperluan, tak ziarah pun tak ada siapa yang berkecil hati. Sebab masing-masing aware dengan pandemik ini. Berziarah tetapi patuhi lah SOP PKP dan sentiasalah berjaga-jaga. Selain menjaga diri, diingatkan jaga juga perilaku dan tutur kata. Pesanan Dr Redza Zainol ni ada benarnya juga dan boleh dijadikan panduan.
Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe. Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30-40 bayi. Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak payah nak main cak cak dengan bayi tu. Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
Jangan tegur bayi tu mata dia juling. Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas umur 4 bulan. Kalau masih juling selepas umur 4 bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.
Kurangkan bagi tips itu dan ini pada ibu muda. Kalau dia tanya, bolehlah kita kongsi tips dan pengalaman. Yang lebih penting ialah sokongan moral dan mental. Kita ada di situ, dah cukup untuk buat dia rasa selesa.
Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).
Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Memang boleh bikin mak tu naik gila dan stress.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab excited sangat nampak baby kan.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang lebih prihatin masa pergi melawat rumah keluarga terdekat semasa Raya ni.
Kerana cinta, seeorang lelaki yang berusia 90 tahun telah berkahwin dengan wanita berusia 28 tahun. Malah, sebelum ini isteri yang dikahwini itu pernah menjadi kakak iparnya.
Dikatakan lelaki berusia 90 tahun yang bernama Paduai berasal dari Kolak Utara, Sulawesi Tenggara viral di media sosial kerana berkahwin dengan wanita, Shintia, berusia 28 tahun yang mungkin boleh dianggap sebaya anaknya.
Rupa-rupanya, Shintia ini adalah kakak kandung pada bekas isterinya bernama Shinta, 25 tahun yang pernah dinikahi pada tahun 2018.
Menurut bekas isterinya, Shinta, perkahwinan dengan Paduai pada tahun 2018 hanya bertahan 3 bulan saja. Dia langsung tidak mengetahui bagaimana kakaknya berhubungan dengan Paduai dan agak terkejut bila mendapat perkhabaran perkahwinan itu.
Perkahwinan Paduai dengan Shintia berlangsung baru-baru ini dan pasangan ini tinggal bersama di Desa Puumbolo, Kecamatan Wawo, Kolaka Utara.
Shinta juga mengakui turut bahagia dengan pernikahan bekas suami bersama kakak nya. Dia turut mendoakan yang buat mereka berdua.
Alasan perkahwinan antara Paduai dan Shintia ini adalah atas dasar kerana cinta dan hubungan mereka juga turut direstui oleh anak-anak Paduai.
Mingguan Wanita : Jarak usia 62 tahun bukan penghalang cinta. Moga berbahagia.
Sejak beberapa minggu ini, banyak sungguh laporan kehilangan wang di bank dilaporkan di media sosial. Wanita ini, Marlia Ramli juga pernah menerima transaksi 1 USD yang meragukan.
Biarpun nilainya kecil iaitu kira-kira RM4.55 saja. Namun, dari nilai yang kecil inilah pemilik akaun perlu lebih ‘alert’ dan ambil peduli. Segera ambil tindakan, hubungi pihak bank dan minta tukar kad bank segera.
Wanita ini berkongsi tip apa yang perlu dilakukan jika berdepan hal meragukan melibatkan wang di bank anda. Pesannya sentiasalah semak transaksi kewangan di bank setiap 2 ke 3 hari.
SENTIASA PANTAU
1) Masa orang heboh-heboh duit hilang di akaun bank, akak pun lalui jugak. Cuma cara akak, settle dulu baru bunyi.
2) Bukan hilang di akaun simpanan. Tapi ada kecurigaan transaksi kad kredit sebanyak 1 USD. Amaun kecik tetapi aneh.
3) Bila masa Kak Lopa buat belian 1 USD melalui kad kredit? Akak tertanya-tanya. Mai mana transaksi seciput 1 USD?
4) Jadinya akak bertenang. Call centre bank “tut”. Bank ni pun satu hal, lembab. Tiga kali call baru berjawab.
5) Kali ketiga of course akak dah mood tak baik. Akak komplen la nape susah sangat nak jawab call?
6) Tergagap-gagap officer minta maaf. Akak pun maafkan gitu je. Yelah, Nabi ampunkan umat apalagi kita kan?
7) Officer yang jawab terus bantu buat termination kad kredit. Jammed kejap! Akak ni orang business, bila tak de kad kredit ibarat tak de talian hayat. Jammed.
8 ) Akak terus cakap kalau replacement kad tak sampai dalam tempoh 10 hari akak terminate terus. Akak akan guna kad kredit bank lain.
9) Gelabah beliau. Dalam 5 hari kad kredit replacement dah sampai. Berserta notification di SMS dan email yang akak sekadar baca tapi tak reply sebagai langkah berjaga-jaga.
Jangan Pernah Anggap.. ‘Alah 1 USD Je Pun..’
10) Moralnya? 1 USD hanya RM4.55 je pun. Bagi orang bussiness anda mungkin tak perasan. Atau anda fikir “alah! 1 USD je pun!” Adapehal nak bising-bising kan? #apeni?
11) Tapi kalau fraud transaction dibiar, staff bank cakap ianya cuma trial. Scammer akan buat deduction lagi besar lepas tu. Dengan credit limit akak yang tinggi memang naya kalau kena.
12) Sebagai wanita yang cerewet soal duit ringgit akak memang sentiasa semak transaksi bank setiap 2-3 hari sekali. Setiap inci. Biar berhati-hati daripada makan hati.
13) Jangankan duit kat bank. Transaksi kad kredit pun berisiko tidak selamat. Jadinya SENTIASA PANTAU aliran keluar masuk wang anda.
Mingguan Wanita : Jangan pernah meremehkan apa-apa perubahan kecil sekalipun yang berlaku di bank. Sentiasalah ambil tahu dan ingat agar tidak terjebak untuk menekan mana-mana pautan link yang mencurigakan.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...