Sudah tentu, sebagai seorang ibu tatkala hamil mengharapkan anak yang dikandung sentiasa selamat di dalam kandungan sepanjang kehamilan. Perasaan teruja pasti bermain di hati setelah mengetahui diri disahkan hamil.
Namun sebagai hamba-Nya kita akur jika sudah suratan anak yang dikandung keguguran tanpa “signal”. Sebagai ibu sudah tentu kita melakukan yang terbaik dalam menjaga kandungan yang diamanahkan.
Apatah ini merupakan pengalaman pertama buat Yatt Hamzah mengalami keguguran. Perasaanya sebak tak terkata apabila mengalami keguguran anaknya yang kelima ini selepas keracunan makanan.
Ikuti perkongsian pelakon dan selebriti, yatthamzah_suci di akaun instagramnya ini:
Bismillahirrahmanirrahim…
15 September 2020, wahai anak bonda yang ke-lima. Tiada rezeki bonda untuk mendakap dan membesarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain.
Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakap mu di akhirat nanti…
Allah lebih Menyayangimu.
Allah lebih Mengetahui..
.
Ingatkan Keracunan Sahaja, Rupanya Keguguran
Innalillahiwainnailaihirojiun. Mohon hadiahkan surah Al-Fatihah buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi (ketika posting ini ditulis).
.
Kenapa ada ubat cirit birit? Sebab sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Melaka pada malam sebelumnya.
Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan makanan sahaja. Rupanya ada (anak dalam kandungan) yang nak pergi tinggalkan bondanya.
.
Pengalaman Pertama Keguguran, Sebak
Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi.
Semoga Allah bagi kuat.
Semoga Bonda segera sembuh.. Doakan ya..
MW: Semoga Yatt Hamzah tabah mengharungi ujian ini dan jaga diri sebaiknya. Insyallah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Amin.
Sumber: yatthamzah_suci
.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI