Tuntut mutaah. Berapa ramai yang tahu tentang tuntutan ini? Biasanya bagi pasangan yang sudah bercerai hanya akan ‘bersuara’ untuk tuntutan harta sepencarian dan nafkah untuk anak-anak.
Mungkin tak ramai yang tahu tentang tuntutan mutaah yang boleh dibuat olrah bekas isteri. Sampaikan ada yang berpendapat, tuntutan ini adalah sebagai dendam dari isteri pada bekas suaminya.
Tuntutan mutaah adalah saguhati pada bekas isteri untuk memulakan kehidupan baru selepas berlaku penceraian yang bukan berpunca darinya. Inilah antara perkongsian oleh Farahanani Amir Hamzah.
Saya dengar perkongsian dari Tuan Mu’izz Nor Ad-din, seorang peguam syariah tentang tuntutan mutaah yang boleh dilakukan bekas isteri kepada bekas suami selepas bercerai.
Ads
Mutaah ni, saguhati yang wajib diberikan dari suami kepada bekas isteri sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut untuk mereka memulakan hidup baru dan perceraian tersebut bukan berpunca dari isteri.
Jadi ada beberapa syarat bagi seorang bekas isteri yang boleh tuntut mutaah:
a) Wujud perkahwinan yang sah. b) Berlaku perceraian bukan berpunca dari isteri. c) Perceraian hidup. d) Dan berlaku persetubuhan.
Perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.
Indahnya Islam, berkahwin ada mahar, selepas bercerai pun ada mutaah. Semua ini ialah untuk memuliakan seorang wanita. Siapa kata nak kahwin je pakai duit, nak bercerai pun pakai duit juga.
Ads
Cuma lelaki tagune memanglah duit ada pun buat-buat takde duit. Apatah lagi yang spesis biawak hidup lagi lah tak ada duit nak bayar tapi lepas cerai pandai pula cari duit untuk beli rokok.
Buatlah Permohonan Mutaah
Jadi hukum tu dah cantik, tinggal lagi manusia nak laksanakan sahaja. Bagi perkahwinan yang telah didaftarkan di Malaysia, boleh buat permohonan mutaah.
Tak ada masalah nak buat walaupun iddah telah selesai lama dan ia tiada hak masa. Cuma satu saja, jangan nikah tanpa daftar. Lindungi hak anda.
Antara kes yang pernah berjaya atas tuntutan mutaah ialah kes Rita Rudaini, asalnya bernikah di Thailand kemudian daftar di Malaysia, RR buat tuntutan mutaah RM300 ribu daripada bekas suaminya. Walaupun dapat 10% sahaja daripada jumlah permohonan, tetapi kesnya dikira kemenangan di pihak Rita.
Penceramah tadi pun ada sebut juga tentang kes RR vs Aidil.
Tuntutan mestilah munasabah sebenarnya tetapi ikut lah juga bekas isteri itu rasa nak letakkan berapa. Nanti hakim akan nilaikan semula. Walaupun bekas isteri itu berduit dan berharta lebih daripada bekas suami, permohonan mutaah tetap boleh dilakukan.
Ads
Ingat tu, mutaah ialah hak wanita.
Mingguan Wanita : Sekadar info dan rujukan untuk wanita yang mungkin tiada jodoh yang panjang dengan suami.
Jangan nilai seorang wanita pada hantarannya tetapi tengok balik pengorbanannya sepanjang dia jadi teman hidup anda.
Nak-nak pula kalau dapat isteri yang rela beranak ramai dan gigih keluar bekerja mencari rezeki sama-sama, itu suami kena hargai!
Lagi bertuah kalau suami boleh jadikan wanita sebagai ratu dalam rumah tangganya, dan dan macam saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini yang golongan wanita ini terlalu mahal nilainya jika ditolak tambah dengan apa yang dia sanggup berkorban demi membahagiakan suaminya.
Sebelum Nilai Seorang Wanita
Nilai Seorang Wanita….10k? 15k? 20k?
“Nilai seorang wanita itu bukanlah terletak pada berapa tinggi wang hantarannya…”
Umumnya dari sudut pandangan lelaki, semakin tinggi nilai wang hantarannya, maka semakin tinggilah expectation mereka. Cuba kita fikir, adakah kita “membeli” seorang wanita dgn harga 10k,15k dan 20k untuk menyediakan dan menjaga makan minum kita selama mana kita bersamanya?
Untuk membasuh menjemur melipat baju kita selama mana kita bersamanya? Untuk menyapu mengemas rumah membersihkan bilik air selama mana kita bersamanya? Untuk menjaga menghantar mengambil membesarkan anak kita selama mana kita bersamanya? Untuk menjaga orang tua kita baik sihat mahupun sakit selama mana kita bersamanya?
Adakah kita “membeli”nya untuk menjadi “orang gaji” kita?
Itu yang menyebabkan cara dan pandangan kita selalu tersasar. Kita selalu letak expectation bahawa tugas seorang isteri itu macam tu sedangkan Rasulullah s.a.w sangat ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah bersama isteri-isteri baginda. Itu Rasulullah s.a.w, seorang pemimpin tertinggi pada ketika itu.
Kita ni siapa?
Hanyalah rakyat biasa, pekerja biasa, tapi adakah kita tolong isteri macam baginda buat? Kadang-kadang mungkin ya, kadang-kadang mungkin tak… kenapa? Itu tugas dia, biar dia je lah yang buat kan. Jadi berpatutankah nilai 10k,15k dan 20k untuk dia berbakti dan berkhidmat untuk kita seumur hidup dia?
Cukup atau tak cukup?
Itu belum kira zuriat-zuriat yang bakal dikandung nya, kesakitan ketika melahirkan anak untuk kita. Jika ada harga, berapa nilainya untuk mengandungkan seorang anak selama 9 bulan 10 ari? Berapa nilainya untuk melalui kesakitan ketika melahirkan seorang anak?
Itu juga belum kira lagi adakah kita sebagai suami akan setia? Tidak akan curang terhadapnya? Tidak akan meninggalkannya? Akan menghargainya? Akan menyayanginya, mencintainya, mengasihinya? Tidak sebarangan memukulnya, menzaliminya, menganiayainya?
Berapa pula “nilai jaminan” untuk semua itu?
Kita mengambil seorang wanita dari keluarganya untuk dijadikan isteri, untuk dijadikan ibu kepada anak-anak kita, untuk berada disisi kita, saat jatuh bangun kita. Dia amanah dari Allah, kita dipertanggungjawabkan untuk menjaganya, memuliakannya. Then ask ourself, berapakah pula nilai kita sebagai seorang lelaki? Sebagai seorang suami?
“Nilai seorang lelaki dan juga suami itu terletak pada cara dia menghormati seorang wanita, seorang isteri…”
Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah, jalan yang diredhai Allah? Cukup solat kita? On time? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita? Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Jadi, janganlah terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yang bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat cela.
Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berkorban demi anak-anak dengan melepaskan kerjaya tetap sebagai jururawat, sememangnya itulah keputusan yang drastik yang telah diambil oleh usahawanita berjaya Ayda Rashidah Abd Rahman, 32 yang juga Trainer Usahawan & Pemilik Butik Mamadil Pulau Pinang.
Wanita ini telah mengharungi turun naik dalam kehidupan. Secara realitinya, Ayda akui tidak lari pernah diuji hidup susah. Hingga satu saat dia dan suami terpaksa jual motor untuk meneruskan kehidupan dan supaya anaknya tak kelaparan.
Ayda Berkorban Demi Anak-Anak
Ternyata ujian demi ujian memberi banyak pengajaran berharga buat ibu muda ini, malah dia sama sekali tidak pernah lokek berkongsi perjalanan susah senangnya selepas berhenti kerja sebagai seorang jururawat atau pembantu pembedahan pergigian (DSA).
Sewaktu berkongsi kisahnya menerusi MW Live, Kisah Inspirasi & Sukses (KIS) menerusi tajuk “Pernah Susah Sampai Jual Motor Supaya Anak Tak Kelaparan”. Ayda merungkai mengapa dirinya begitu drastik mengambil keputusan berhenti kerja tetap semata-mata untuk anak, keluarga dan kini bergelar seorang usahawan.
Sememangnya bergelar seorang usahawan bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi buat mereka yang sudah punya kerjaya tetap dan berniaga sebagai pendapatan sampingan.
“Pada mulanya, saya tak minat pada bisnes. Disebabkan kami ada masalah kewangan, bila jadi tekanan, saya mula berjinak-jinak buat kek dan suami cari bisnes yang boleh membantu.
“Titik pertama kami buat bisnes. Bila mana saya diuji, fahamlah kan orang kerja kerajaan memang senang buat pinjaman. Disebabkan kesilapan yang saya buat dan tak boleh patah balik. Pada waktu itu saya tak ada pendapatan tambahan untuk membantu saya membayar pinjaman, jadi saya dan suami jadi terbeban,” ungkap Ayda yang pada masa itu sangat gigih mencari pendapatan sampingan bagi meneruskan kehidupan.
Pernah Sorok Kereta Di Kampung, Tak Mampu Bayar
Akui Ayda lagi sewaktu menghadapi masalah kewangan dia dan suami terpaksa menjual motor dan sorokkan kereta di kampung dari dikesan oleh pihak bank.
“Pada awal, saya dan suami buat bisnes tak ada ilmu dan mentor. Mujurlah suami, suka selongkar apa yang ada dalam Facebook. Buat marketing sendiri dan membuat penambahbaikan dalam bisnes.
“Malah kami terpaksa jual motor untuk meneruskan kehidupan. Kereta pula sebenarnya mama punya dan saya guna dan sambung bayar, kereta kami itu kemudia dihantar kat kampung selama enam bulan sebab tak ada duit nak bayar.
“Bank pihak bank telefon mama, kata nak tarik. Kami sorok kereta enam bulan di kampung. pada waktu itu, kami hanya guna motor. Suami akan hantar dan ambil saya untuk ke tempat kerja,” ungkap Ayda yang terpaksa mengharungi kehidupan yang getir sebelum berjaya.
Nekad Berhenti Kerja
Akui Ayda kini baru empat bulan menjadi suri rumah dan rasmi berhenti kerja.
“Sewaktu ambil keputusan, saya nekadkan hati berhenti kerja. Saya serahkan surat pada doktor yang menjaga klinik. Dalam hati saya berkata, “ini keputusan yang aku dah buat. Serahkan pada Allah, mungkin ini aturan dari Allah.”
“Untuk mengambil keputusan berhenti bukanlah satu perkara yang mudah. Saya fikirkan anak-anak.
“Anak-anak adalah anugerah dan hadiah. Saya sanggup lepaskan kerja sebab anak-anak. Sebelum ini, bila balik kerja memang tak ada masa untuk famili. Saya kena selesaikan tugas 12 tengah malam dan esok dah nak kerja.
“Pada waktu itulah, nak layan anak dan pelanggan. Memang penat jadi saya tak nak jadikan anak-anak sebagai mangsa. Kita tak nak kita punya masalah kita lepaskan pada anak-anak. Dalam hati saya berkata, “Tak apalah aku berkorban demi anak-anak. Lagipun anak-anak membesar cuma sekali saja depan mata kita.” Apa yang saya lakukan demi kebaikan mereka,” terang Ayda.
Terpaksa Guna Duit Simpanan Bayar Gaji Pekerja
Menyentuh tentang perniagaannya apatah lagi dengan Pandemik Covid-19, Ayda akui pada awal Pandemik bisnesnya juga turut terjejas.
“Masa awal dulu bisnes seperti biasa. Tak sangka bila Pandemik Covid-19 ni rasa terkejut dan menjejaskan juga kesihatan bisnes. Masa awal-awal bisnes jatuh teruk. Kita fokus pada ejen-ejen yang menjual. Kita utamakan orang yang memerlukan dulu. Kita bayar pekerja guna duit simpanan kita. Kami fikir macamana nak naikkan bisnes. Pada waktu itu saya sangat sedih, ditambah pula ayah pula meninggal dunia. Alhamdulillah segalanya kami daoat atasi dengan baik. Malah saya dan suami sentiasa berbincang macamana nak kembangkan bisnes dengan lebih baik.
“Matlamat utama saya dalam berbisnes nak bantu orang, bukan nak kaya seorang. Kalau boleh nak orang di sekeliling ada apa yang kita ada. Bila kita ada ilmu kita bantu orang lain, orang akan rasa seronok. Saya punya impian nak jadi pembayar zakat terbesar di Malaysia,” kata Ayda yang turut menasihati mereka yang ingin berniaga boleh saja memulakan berniaga walaupun dengan menjual barang terpakai di rumah.
Jangan Buat Keputusan Melulu Boleh Makan Diri
Ibu kepada tiga orang anak ini juga, menasihati pada wanita di luar sana yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan janganlah buat keputusan untuk berhenti kerja secara melulu.
“Saya nasihatkan pastikan perjalanan bisnes itu betul-betul kukuh. Jangan fikir majikan tak boleh bagi sokongan, terus ambil keputusan berhenti kerja. Jika bisnes yang anda rancang boleh pergi jauh tak ada masalah. Jika buat keputusan berhenti melulu kerana nak berbisnes, janganlah buat begitu kerana boleh makan diri. Untuk mulakan perniagaan, pilihlah bisnes yang punya modal yang rendah. Untuk yang bertanya nak jadi ejen Mamadil, saya akan bagi panduan,” akhiri Ayda.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Setiap mak ayah mendambakan anak bijak dan berjaya.Tipulah kalau mak ayah tak nak semua ini. Dah tentu mereka sangat mengharapkan kejayaan anak-anak.
Namun, jangan ingat anak bijak lahir dari mak ayah yang pandai. Bagaimana pula dengan mak ayah yang biasa-biasa saja.
Jangan terus merendah diri dan putus asa untuk mendapatkan anak bijak. Semua ini boleh berlaku dengan izinNya.
Inilah yang dikongsikan oleh Pengiran M. Nizam Rahman tentang kakaknya yang mempunyai anak bijak dan berjaya dalam akademik. Walaupun kakaknya biasa saja tapi ada amalan rahsia yang selalu diamalkan untuk anak-anaknya.
Aku ada seorang kakak. Kakak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak ke mana laa.
Caranya:
Setiap pagi baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Mingguan Wanita : Mudah-mudahan dengan usaha ini mampu melahirkan anak yang berjaya dan bijak. Insya Allah..aamiin.
Circle yang betul bukan sekadar rakan biasa. Mereka akan sentiasa ada untuk menyokong dan berperanan besar dalam kejayaan kita.
Circle yang betul juga percaya dengan...