Penat ambil jubah konvo, alasan mahasiswi ditangkap khalwat bermaksiat dalam hotel. Manusia akan memberikan seribu alasan asal dapat melepaskan diri. Bahkan lidah akan lancar menipu dan kata berbelit untuk orang lain mempercayai kata-kata mereka. Tak hairanlah, ramai menipu asalkan selamat. Namun agama tidak mengajar kita untuk terus menipu.
Tindakan beberapa pasangan bekas pelajar universiti yang mengambil kesempatan melakukan maksiat akhirnya menemui titik noktah seketika apabila ditangkap khalwat denagn pasangan masing-masing di hotel budget di Melaka semalam.
Terpaksa berehat di hotel kerana ingin mengambil jubah konvokesyen dan mengaku masih bujang sedangkan berstatus isteri orang. Itu antara alasan diberikan enam pasangan yang ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Ujong Pasir, Melaka awal pagi tadi.
Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kesemua mereka yang ditahan dalam operasi yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Katanya, lebih mengecewakan apabila majoriti yang ditahan merupakan mahasiswa dan graduan universiti awam termasuk memberi alasan terpaksa bermalam bersama pasangan kerana ingin mengambil jubah konvokesyen bagi menghadiri istiadat berkenaan Selasa ini.
Ads
“Jadi alasan itu tidak munasabah kerana selepas mengambil jubah, mungkin penat, mereka sempat lagi berehat. Mungkin pasangan ini telah pun ada huhungan kerana saling mengenali antara mereka.
“Pengakuan dibuat daripada kesemua mereka, mereka mengaku belum lagi ada pasangan sah. Kesemua pasangan terlibat telah dihantar ke pejabat JAIM untuk dibuat siasatan selanjutnya,” katanya.
Mengulas lanjut, ujar Che Sukri, terdapat juga satu tangkapan melibatkan wanita yang masih berstatus isteri orang berusia 37 tahun bersama pasangannya berusia 40 tahun.
Katanya, wanita itu pada awalnya mengaku konon sudah bercerai sejak empat tahun lalu sebelum semakan pihak berkuasa mendapati dia masih berstatus isteri orang manakala teman lelakinya dikatakan dalam proses penceraian.
Ads
Jelasnya, semua pasangan yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Selain itu katanya, JAIM turut mempergiatkan operasi pencegahan khalwat dengan kekerapan dua kali seminggu selain menasihati orang ramai sama ada rakyat negeri ini mahupun pelancong luar negeri untuk tidak menjadikan Melaka sebagai ‘sarang maksiat’.
Ilmu pertahanan diri sangat penting bagi seorang wanita. Terutamanya ketika berhadapan dengan detik cemas untuk keselamatan diri.Pelajarilah apa juga jenis ilmu pertahanan diri yang ada, muay thai, tinju, silat, taekwondo dan sebagainya sebagai ‘bekalan’ dalam diri.
Silap besarlah apabila cubaan seorang perompak untuk menyamun wanita yang juga merupakan seorang peninju antarabangsa, tidak kesampaian.
Ternyata tindakan perompak ini yang cuba menyamun mangsanya mengundang padah apabila dia dibelasah teruk dalam satu kejadian di Jacarepagua, Rio De Janeiro baru-baru ini.
Senjata Pistol Palsu
Suspek lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menggunakan senjata pistol palsu yang diperbuat kadbod ketika cuba merompak Polyana Viana, 26. Mangsa pada ketika itu sedang menunggu ketibaan pemandu Uber di luar kediaman blok apartmennya ke satu lokasi yang tidak dinyatakan.
Berdasarkan laporan, Polyana Viana, 26, adalah salah seorang peserta wanita Ultimate Fighting Championship (UFC), membelasah suspek hingga berlumuran darah.
Tumbuk, Tendang & Cekik
Suspek dikatakan mengarahkan Viana untuk menyerahkan telefon bimbit, namun rompakan itu gagal selepas mangsa segera menumbuk dan menendang lelaki itu sebelum mencekiknya hingga polis tiba.
Viana meminta bantuan pejalan kaki di situ untuk menghubungi polis selepas menyedari suspek enggan melawan balik.Polis kemudiannya membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan siasatan mendapati, suspek baru sahaja dibebaskan bagi satu kesalahan jenayah lain.
MW: Barulah buku bertemu ruas. Jangan ingat wanita seorang insan yang lemah. Semoga lebih berhati-hati dan lengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri.
Mudah je rupanya nak buat sos tomato sendiri yang bebas pengawet tiruan tapi rasanya sama macam beli di kedai. Hanya guna tiga bahan je iaitu tomato, gula dan cuka.Sos tomato ni biasanya dijadikan sos pencicah untuk anak-anak, rasa masam, manis dan pedas.Makanan untuk anak-anak ni eloklah mak-mak buat sendiri, lebih terjamin kebersihannya, bebas pewarna tiruan dan lebih menjimatkan.
Berikut resipi untuk buat sendiri sos tomato yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah sebagai rujukan mak-mak;
“Rasanya dah setahun tak beli sos tomato. Alhamdulillah boleh buat sendiri je sos tomato. Senang sangat. Guna 3 bahan je. Yang penting bebas dari aditif atau pengawet tiruan.”
Bahan-Bahan :
5-6 biji Tomato Masak Ranum
3 sudu besar Gula
3 sudu besar Cuka
1.Pilih tomato yang masak ranum macam merah mak ngah kau. ? Kemudian terjunkan tomato tadi dalam periuk berisi air sampai tenggelam.
2.Rebus tomato tadi sehingga pecah kulit. Lebih kurang 5 minit macam tu la.
3.Kemudian korang kupas kulit tomato yang terkeluar tadi.
4.Isi kan dalam blender mahal korang. Tak perlu masukkan air.
5.Kisar lebih kurang 3 minit pun dah cukup.
6.Tapis guna penapis santan untuk asingkan biji tomato dan masukkan terus ke dalam periuk. Kemudian masak sehingga sedikit pekat sebelum masukkan gula dan cuka. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
7.Tadaa. Lebih kurang 30 minit dah siap sos tomato kita. Anak-anak nak cicah ayam goreng boleh. Mak-mak pulak nak buat masak merah pun boleh.
Dah siap, sebijik rasa macam sos tomato dalam botol yang dekat kedai tu.
Tiga tahun lalu, netizen berkongsi satu video viral seorang kakak yang membebal memarahi adiknya. Berulang kali si kecil ini menyebut, ‘Apa Salah Kakak’ selepas puas menasihati adiknya akhirnya adik kecilnya itu mendakap ibunya.
Memang cute tindakan kakak tu. Tak padan dengan badan kecil tetap juga nak berceloteh macam mak-mak. Kakak sulung bernama Qiesya Nurmedina Binti Mohd Abd Jamal sudah pun 7 tahun. Dah masuk sekolah rendah.
Ketika Mingguan Wanita menghubungi ibunya, Huda Abdul Wahab beliau video anak-anaknya itu bukan saja viral di Malaysia malah Indonesia.
“Alhamdulillah. Tak ada apa-apa kesan yang besar pun pada anak-anak saya. Melainkan ramai yang semakin mengenali Qiesya dan Harraz. Jumlah friends di FB saya juga semakin bertambah.
“Kalau dulu sekitar 800 friends, jadi naik mendadak kepada 5000 orang friends.”
Ini Sebab Qiesya Membebel
Jelas ibu ini lagi, ada sebab anak sulungnya berceloteh dengan adiknya. “Kalau ikutkan sebab utama Qiesya membebel dalam video tu, sebab Harraz ketuk kepala Qiesya beberapa kali.
“Itu yang Qiesya marah dan membebel. Tapi alhamdulillah, dia hanya membebel. Tak pukul Harraz.”
Sebagai anak yang sulung, Qiesya memang sangat manyayangi adik-adiknya, Cukup risaukan keselamatan adik-adiknya. Dan suka menasihati atau membebel kalai adik-adiknya buat salah.
Kadangkala, Huda berkongsi juga celoteh dan keletah lucu anak-anaknya dalam facebook miliknya. Anak keduanya, Harraz Nuriman kini sudah pun 5 tahun dan yang bongsu, Azra Nurkayyra, 2 tahun.
Ajar Anak Rajinkan Mulut Minta Maaf
Akuinya, cara dia mendidik anak-anak sama macam orang lain. “Cuma kami suami isteri banyak melatih anak-anak supaya rajinkan mulut untuk meminta maaf kalau ada buat silap.”
“Tak kira dengan mak ayah, adik beradik atau dengan sesiapa pun. Yang salah kena minta maaf. Kami mementingkan adab dulu baru yang lain-lain.”
“Adab yang baik insya-Allah akan diikuti dengan perkara yang baik selepasnya, Insya-Allah. Walau macam mana pun, kami hanyalah ibu bapa muda yang masih dalam proses belajar lagi.
“Belajar mendidik anak dengan baik. Doakan kami dan anak-anak ya.” Akhiri ibu ini.
Video Celoteh Viral APA SALAH KAKAK
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.