Sesungguhnya orang yang baik pasti Allah sayang. Sejak tragedi ini berlaku, nama Kapten Afwan menjadi buah mulut orang disekelilingnya kerana sikap baiknya.
Pemergian juriterbang Sriwijaya Air ini amat dirasai oleh rakan sekerja kerana Kapten Afwan kuat beribadat dan selalu bagi nasihat pada kru.
Bayangkan rakan sekerja pun amat merasai kehilangannya, apatah lagi isteri dan keluarganya. Semoga mereka tabah menghadapi ujian berat ini.
Kapten Afwan Kuat Beribadat
Juruterbang pesawat Sriwijaya Air, Kapten Afwan disifatkan individu yang kuat beribadah sehingga kelibat dan nasihatnya dirindui semua staf syarikat penerbangan itu.
Menerusi laporan Tribunnews, pemergiannya amat dirasai terutama pramugari pesawat itu, Naning yang menyatakan arwah seorang yang baik dan sering mengingatkan tentang solat.
“Arwah adalah orang yang baik, dia selalu ingatkan jangan lupa solat.
“Dia juga tidak pernah meninggalkan ibadah dan tidak pernah marah walaupun keadaan penerbangan tertangguh atau ada masalah lain,” katanya yang kali terakhir menjadi kru penerbangan bersama arwah pada Disember 2020.
Ads
Arwah Selalu Bagi Nasihat
Sementara itu, Mareta berkata, arwah merupakan seorang yang penyayang dan suka mengambil berat mengenai masalah krunya.
“Dia suka bertanya keadaan krunya sama ada ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Begitu juga dengan keluarganya, sebaik tiba di lapangan terbang, arwah akan menghubungi mereka terlebih dahulu.
“Beliau sangat menyayangi keluarga. Semoga isteri, anak-anaknya diberi ketabahan mengharungi dugaan ini,” katanya.
Pemergian Juruterbang Sriwijaya Air Amat Dirasai
Jenazah Afwan adalah individu terakhir ditemukan oleh anggota penyelamat dan selamat dikebumikan di Taman Makam Bahagia, Pondok Rajeng, Bogor, Sabtu lalu.
Ads
Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang mengorbankan 62 kru dan penumpang termasuk 10 kanak-kanak dipercayai terhempas pada ketinggian kira-kira 3,000 meter dalam masa kurang seminit sebelum menjunam ke Laut Jawa sejurus berlepas dari Jakarta.
Arwah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik lahir pada 26 Februari 1966 meninggalkan isteri, Pipit Rachimawati, 35, dan tiga anak perempuan berusia enam hingga 14 tahun.
Sementara itu, ahli keluarga arwah, Sjafzan Badar berkata, semasa hidup kapten itu sering menjadi imam di Masjid Ad-Daulah.
“Arwah sering menyampaikan dakwah dan nasihat kepada anak serta anak saudaranya. Kami kehilangan individu yang menjadi kebanggaan,” katanya.
MW: Sesungguhnya kehilangan orang yang berjiwa besar tentu amat dirasai oleh semua orang. Apatah lagi allahyarham memiliki peribadi yang mulia dan dihormati. Al-Fatihah dan salam takziah.
Wanita kerap mengalami masalah kawalan kencing atau Stress Urinary Incontinence (SUI). Kajian menunjukkan sebanyak 44.1 peratus wanita yang telah berumah tangga di Malaysia mengalami masalah kawalan kencing.
Jelas Pengamal Perubatan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Nurhalina Azly binti Minhat, masalah terkucil ialah apabila terkeluarnya air kencing dengan tidak sengaja. Masalah ini kerap berlaku di kalangan wanita.
Masalah terkucil akan menyebabkan seseorang itu kurang selesa dan menyukarkan keadaan untuk beriadah, solat atau mengerjakan ibadah umrah atau haji.
Masalah Kawalan Kencing Atau SUI Berlaku Apabila Wanita Itu Melakukan Perkara Berikut;
Simptom ini tidak semestinya akan berlaku setiap kali. Aktiviti yang menambah tekanan pada pundi kencing akan menyebabkan seseorang itu terkucil, lebih-lebih lagi jika pundi kencing penuh dengan air kencing.
SUI juga sering dikaitkan dengan kurang keyakinan diri. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah SUI ini akan merasa malu, mengasingkan diri dan mengurangkan aktiviti sosial.
Namun demikian, masalah terkucil (SUI) ini ada rawatannya.
Rawatan Masalah Kawalan Kencing (SUI)
Masalah terkucil (SUI) boleh dirawat. Sekiranya masih di peringkat awal, rawatan berikut boleh dilakukan untuk memulihkan masalah terkucil:
1) Senaman Kegel Atau Kemut.
Senaman ini ialah seperti menahan perjalanan air kencing sewaktu tengah kencing. Kemut selama 5 saat dan rehatkan otot 5 saat. Ulangi 10 kali, dan lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
2)Rawatan Hormon.
Biasanya ujian darah akan dilakukan terlebih dahulu. Sekiranya paras hormon estrogen atau testosterone rendah, ia boleh diganti dengan hormon bioidentikal dalam bentuk krim sapuan atau dalam bentuk pil.
3)Rawatan Radiofrekuensi.
Rawatan ini dilakukan sewaktu tiada haid. Ujian Pap Smear diadakan terlebih dahulu untuk memastikan kesihatan pangkal rahim. Alat radiofrekuensi dimasukkan ke dalam faraj untuk memanaskan bahagian dalam faraj ke suhu 41 darjah Celsius.
Rawatan ini tidak menyakitkan tetapi cuma berasa suam di dalam faraj. Rawatan mengambil masa 20-30minit sehingga semua bahagian di dalam faraj sampai ke tahap 41 darjah Celsius.
Rawatan radiofrekuensi ini akan menyebabkan lebih banyak pembentukan kolagen yang mampu menguatkan otot lantai pelvis dan sphincter urethra. Rawatan ini juga dapat mengetatkan faraj bagi wanita yang mengalami masalah kelonggaran faraj selepas bersalin atau menopos.
Setelah selesai rawatan radiofrekuensi, aktiviti harian boleh dilakukan seperti biasa, termasuk hubungan intim. Rawatan perlu diulangi sebulan sekali sebanyak 3 kali dan diulangi jika perlu.
4)Rawatan Laser.
Seperti rawatan radiofrekuensi, laser dimasukkan ke dalam faraj dan dinding faraj dilaser. Proses ini menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak kolagen. Pesakit yang menjalani rawatan laser faraj memerlukan jangkamasa sekitar 1 minggu untuk sembuh. Dalam lingkungan waktu ini, pesakit tidak dibenarkan melakukan hubungan intim kerana ditakuti luka laser akan dijangkiti kuman. Rawatan laser vagina perlu diulangi jika perlu.
5)Pembedahan.
Jika kesemua rawatan di atas tidak berhasil atau tahap kelemahan otot lantai pelvis dan sphincter urethra sudah di tahap yang serius pembedahan mungkin diperlukan.
Komplikasi Masalah Terkucil (SUI) Jika Tidak Dirawat Akan Menyebabkan:
1)Masalah depresi disebabkan wanita ini akan sering mengelak untuk keluar beriadah atau bersosial. Mereka juga akan merasa kurang keyakinan diri kerana perlu memakai tuala wanita atau lampin dewasa.
2)Masalah “urge incontinence” atau “overactive bladder” iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat menahan kencing sebaik sahaja terasa hendak kencing
3)Masalah radang kulit di kawasan di mana air kencing terkena pada kulit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan isteri adalah magnet rezeki suami. Sebagai suami rajin-rajinkanlah diri membahagiakan hati dan ‘berkepit’ dengan isteri agar rezeki melimpah ruah dalam keluarga. Gunakanlah apa juga cara untuk memanjakan suri hati ini, bahkan ia juga mampu mengeratkan lagi hubungan dan menambah kebahagiaan.
Sebenarnya terdapat 6 amalan yang boleh dilakukan oleh suami isteri dalam mencapai tujuan ini. Berikut perkongsian oleh Mohd Fhais sebagai panduan;
Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku. Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.
Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.
Jika suami kerap manjakan isteri, confirm rezeki pun akan manja dengan suami.
6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan dari segi psikologi dan saintifik:
1.Isteri Salam Dan Cium Tangan Suami
Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan. Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..
2. Tidur Bawah Ketiak Suami
Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”. Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!
3.Jangan Malu Mandi Bersama Suami
Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami. Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.
4.Jangan Tahan Kentut Depan Pasangan
Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini. Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.
Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.
5.Suami Peluk Dan Cium Pipi Isteri
Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.
6. Solat Berjemaah Selalu
Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama. Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.
Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA. Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka.
Jangan terkejut lepas ni isteri jadi SUPERGIRL di rumah, comfirm lepas tu rezeki yang datang pun macam SUPERMAN.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sama-samalah kita jadikan amalan.
Cukup sayu di wajah Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dr. Maszlee bin Malik apabila Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, berkuatkuasa mulai 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.
Menerusi status yang dikongsi di status Facebook Dr. Maszlee, beliau merayu agar penduduk di kedua-dua kampung itu berada dalam keadaan tenang.
Foto: Sumber Facebook Dr. Maszlee Malik
“Dalam waktu kritikal sebegini, saya mohon agar penduduk di Kg Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Ibrahim Majid untuk berada dalam keadaan tenang dan tidak panik.
“Kita patuhi arahan pihak berkuasa dan kekal berada dalam rumah.
“Makanan dan bantuan lain akan terus disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Parlimen Simpang Renggam sendiri.
“Sama-sama kita mengangkat doa agar kita terus kuat dan tabah melalui ujian besar ini.
Dr. Maszlee juga turut berkongsi Pejabat Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama NGO Merdeka! telah melancarkan Tabung Derma Kilat Simpang Renggam.
“Ia dibuka bagi membolehkan orang ramai membantu penduduk Kg Dato’ Ibrahim Majid & Bandar Baharu Ibrahim Majid di Simpang Renggam sepanjang tempoh PKPD. Kepada yang ingin menderma, boleh ke akaun CIMB, Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka: 8010159117.
“Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan kepada semua yang prihatin dan mahu sama-sama meringankan beban penduduk Simpang Renggam.
“Jasa anda, hanya Tuhan yang bisa membalasnya. Teruslah berdoa agar keadaan ini segera pulih.
Sejurus selepas diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan Simpang Renggam, Dr. Maszlee telah mengeluarkan kenyataan akhbar dan memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di kawasan tersebut. Kenyataan dibawah sempat juga turut dikongsikan di status facebook milik beliau;
Berhubung kenyataan terbaru daripada YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, berkuatkuasa, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.
Juga dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan makanan asas yang mencukupi kepada penduduk di 2 tempat terbabit sepanjang tempoh ini.
Oleh yang demikian saya memohon semua penduduk bertenang dan mengikuti arahan pihak berkuasa untuk perlu kekal berada dalam rumah.
Pihak Pejabat Parlimen Simpang Renggam juga akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak ini berjaya dikekang sepenuhnya.
Di pihak Pejabat Parlimen, kami akan sentiasa memaklumkan dan mengemaskini info serta bantuan yang boleh disalurkan. Hubungi talian Pejabat Parlimen Simpang Renggam ini (Whatsapp sahaja) untuk sebarang aduan atau info: 010-235 0151.
Saya mohon rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh penduduk Simpang Renggam dan para petugas dalam mengharungi masa-masa yang sukar ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...