Bagi yang gemar dengan masakan Jawa, pastinya ramai yang kecur air liur bila MW share dua resipi ini. Buat yang jarang-jarang maska dan tak tahu masak, boleh jadikan PKP masa terbaik untuk bereskperimen dengan dua resipi lazat ini. Mana tahu lepas PKP nanti, boleh buat untuk jual pada jiran-jiran ataupun kawan sepejabat ye tak. Tambah juga ilmu baru dan pendapatan baru. *RESIPI SUMBANGAN ROHAYU RAMLI

PECAL SAYUR JAWA DENGAN KUAH KACANG

BAHAN KUAH KACANG

BAHAN-BAHAN
2 kg kacang tanah (disangai)
5 cawan minyak jagung
25 labu bawang besar (dimayang)
2 cawan cili kering (dikisar)
15 cawan air masak
5 cawan gula melaka
Garam secukup rasa

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Sangai kacang tanah sehingga cukup masak. Buang kulit, sejukkan dan direndam sekejap.
2. Masukkan kacang tanah ke dalam pengisar bersama sedikit air. Kisar sampai hancur. Ketepikan.
3. Dalam periuk, panaskan minyak jagung. Tumis bawang besar. Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi sampai naik minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air.
5. Apabila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam.
6. Kacau seketika dan matikan api.

BAHAN SAYUR
Kacang panjang
Pucuk ubi
Taugeh
Kangkung
Tempe
Tauhu
Minyak masak untuk menggoreng.

CARA MEMBUAT
1. Kacang panjang, pucuk ubi, taugeh dan kangkung dibasuh bersih. Kemudian dicelur dan ditoskan.
2. Tempe dan tauhu digoreng garing. Angkat dan toskan.

IKLAN

SAMBAL GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN
5 labu bawang sederhana besar (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
40 batang kacang panjang (hiris)
15 tangkai cili hijau dan merah (hiris)
15 keping tempe (hiris nipis dan digoreng)
20 keping tauhu (hiris dan goreng)
25 biji kentang (hiris nipis dan goreng)
10 peket suun (rendam)
50 tangkai cili kering (gunting nipis)
5 genggam ikan bilis (goreng)

IKLAN

BAHAN KISAR
20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
5 genggam ikan bilis
5 inci lengkuas
5 batang serai
25 tangkai cili kering (rendam)

BAHAN LAIN
5 sudu besar perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan Bahan Kisar. Kacau dan biarkan masak.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.
5. Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang.
6. Tuang kicap. Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang, suun dan cili kering. Kacau lagi. Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat.
8. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI