Payudara “besar-besar ni nak ke mana ya?” Memandai injek guna hyaluric acid sampai kena sawan tak henti. Allahu begitulah yang terjadi pada seorang wanita yang injek sendiri payudara.
Memiliki payudara yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Namun janganlah ikutkan perasaan dan bersyukurlah dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.
Sememangnya payudara yang anjal akan menyerlakan penampilan seseorang wanita. Namun janganlah dek kerana nak cantik sanggup merisikokan diri kepada bahaya.
Perkongsian dari Doktor Ahamd Zakimi Abdullah menerusi akaun Facebooknya sememangnya memberi pengajaran buat wanita di luar sana yang berlumba-lumba untuk kelihatan cantik terutama di bahagian payudara. Tidak dinafikan pada hari ini ubatan boleh dibeli secara mudah menerusi online namun janganlah beli barangan atau ubatan yang boleh merbahayakan nyawa.
Pesakit Wanita Kena Sawan Tanpa Henti
Kita boleh dapat pengajaran dari kisah ini. Nak cantik boleh tapi jumpa dengan doktor yang terlatih. Nak cantik boleh tapi jangan binasakan diri sendiri. Itulah.
“Doktor! Ada pesakit wanita berumur 30an, sawan, baru masuk redzone,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
“Baik-baik!” Jawabku ringkas.
Tanpa berlengah, aku terus berlari pantas ke Zon Merah. Kelihatan pesakit itu masih lagi sawan.
“Dah bagi valium?” Soalku.
“Dah bagi 5 minit lepas, Dr!” Ujar pegawai perubatan yang menjaga zon merah, Dr Faizal (bukan nama sebenar).
Pesakit itu diberikan oksigen ‘high flow mask’ dalam keadaan mengiring. Masih lagi sawan tanpa henti dari rumah sehingga ke zon merah.
“Bagi sekali lagi IV valium 5mg” arahan aku kepada tim kami.
“Baik!” Jawab Dr Faizal.
Pesakit masih lagi sawan walaupun dos Kedua Valium diberikan. Maka kami ambil keputusan untuk lakukan intubasi ke atas pesakit. Pesakit ini perlu bantuan mesin pernafasan akibat sawan terlalu lama. Keadaan ini dipanggil ‘Status Epilepticus’.
Setelah siap semua proses intubasi dan keadaan pesakit sudah stabil, sawan pun berenti.
Sejarah Perubatan tentang pesakit diberitahu oleh suami pesakit. Beberapa penyiasatan darah dari makmal semuanya normal. Kami masih belum dapat punca pesakit ini sawan.
Aku merancang untuk lakukan imbasan CT otak untuk pesakit ini.
Ads
Setelah beberapa minit kemudian, seorang lagi pesakit tiba di zon merah. Pesakit itu berumur dalam pertengahan 20-an. Pesakit itu juga mengalami sawan.
“Adoi! Seorang lagi sawan!” – bermonolog.
Sudah 1 Jam Sawan Tanpa Henti
Pesakit ini juga mengalami ‘status epilepticus’. Sawan sudah hampir 1 jam tanpa henti. Satu lagi kes intubasi dan memerlukan mesin bantuan pernafasan.
“Eh! Doktor! Pesakit yang kedua ni adalah kawan kepada pesakit yang first status epilepticus tadi” ujar Dr Faizal.
“Laaa ye ke? Apa masalah sebenarnya ni? Mereka buat apa eik, Dr Faizal?” Soalku.
“Ah ha… Dr. Mereka kena sawan masa kat tempat yang sama. Di rumah pesakit yang first tadi.”
Kami rasa pelik kerana kedua-dua mereka mengalami masalah yang sama. Adakah mengalami ketoksikan? Atau apa? Tapi tak semua penghuni rumah tu yang kena. Hmmm.
“Panggil husband pesakit tu balik. Saya nak tanya beberapa soalan lagi,” permintaan aku.
Banyak juga soalan tambahan yang aku tanya pada suami dia.
Aku ada tanya apa kaitan antara isteri dia dengan kawan isteri dia tu. apa yang mereka sama-sama lakukan di rumah mereka.
“Sebenarnya tadi isteri saya dan kawan dia ni tengah buat sesuatu, doktor” ujar si suami.
“Buat apa tu encik?” Soalku ringkas.
“Mereka tengah buat breast filler. Mereka buat sendiri-sendiri. Pakai injek-injek.”
“Apa?! Boleh tunjukan saya dorang injek apa?” Terkejut juga aku.
Maka si suami tunjukan aku gambar suntikan ‘breast filler kit’. Ada 4 picagari yang berlabel Hyaluronic Acid gel, dikatakan untuk membesarkan payudara dan 4 vial injeksi lignocaine 2% untuk ubat kebas (bias). 10 mls lignocaine 2% setiap vial.
Mengikut cerita dari si suami, isteri dia mengadu kebas dibahagian lidah dan bibir selepas beberapa minit kawan dia suntik di payudara sebelah kanan. Kemudian mengadu pening dan berdebar-debar selepas itu.
Si suami mengatakan isteri dia guna 2 vial lignocaine 2% bagi sebelah payudara. 2 belah bermakna dia menyuntik 4 vial lignocaine bersamaan dengan 40mls untuk ubat kebas sebelum suntik Hyalurolic acid sebagai filler.
Mereka beli dalam talian saja dan dipelajari dari YouTube katanya.
Mari sini aku tunjukkan bagaimana kira dos lignocaine yang disuntik;
Untuk maksimum dos lignocaine adalah 4.5mg/kg (tanpa epinephrine), jika lignocaine dengan epinephrine maksimum dos adalah 7mg/kg. Total maksimum dos adalah 300mg.
Ads
Maka, maksimum dos dalam mililiter sepatutnya disuntik oleh pesakit berat badan 58kg adalah;
Formula = max dose (mg) x berat (kg)/10 x concentration (%)
Maka,
lignocaine dos dalam mililiter tanpa epinephrine = (4.5mg x 58kg)/(10 x 2) = 13.05 mls.
Namun pesakit ini telah suntik lignocaine sebanyak 40 mililiter yang sepatutnya hanya 13 mililiter sahaja.
Sah, kedua-dua pesakit ini mengalami ‘lignocaine toxicity’.
Sejurus prosedur suntikan itu dilakukan, kedua-dua pesakit mengalami gejala seperti kebas bahagian lidah dan bibir, kemudian pening dan berdebar-debar. Lebih serius kedua-dua pesakit itu mengalami sawan akibat dari lebihan dos lignocaine.
Cara atau teknik pemberian pun aku tak pasti bagaimana. Betul atau tidak. Tak kena cara memang suntikan tersebut terus ke salur darah pun kita tak tahu.
Sangat-sangat berbahaya. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan terlatih sahaja.
“Faizal, bagi kedua-dua pesakit ni Intravenous lipid emulsion 1.5 ml/kg of 20% lipid. Then followed by infusion 0.25 ml/kg/min, ya. Lekas sikit,” ujarku.
“Baik, Dr!” – Dr Zek (For me, size doesn’t matter at all)
“Macam-Macam Orang Sekarang Ni” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan pendapat tersendiri.
Mingguan Wanita : Allahu nak cantik boleh tapi janganlah sampai badan binasa.
Wanita sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga tersayang. Tapi dek kerana kesibukan menguruskan anak-anak, kerja rumah mahupun tuntutan kerjaya adakalanya wanita terlupa untuk membahagiakan diri dengan memperuntukkan masa sendiri atau ‘me time’.
Window shopping, makan-makan, bertemu rakan, pergi ke spa adalah antara aktiviti ‘me time’ kaum wanita. Aktiviti ini mungkin nampak biasa tapi percayalah ia sangat berharga bagi seorang wanita. Ia sebenarnya mampu membahagiakan hati para isteri dan juga ibu.
Tapi selain ‘me time’ satu lagi cara yang boleh membahagiakan seorang wanita adalah dengan mencintai diri sendiri. Ia bermula dengan penjagaan bahagian intim atau pun ‘Miss V’.
Bukan apa, setelah berkahwin untuk menjadi seorang isteri yang sempurna, wanita perlu pandai memikat hati suami dengan semua perkara. Baik ‘menjaga perut’ suami dengan masakan, menjaga pakaiannya dan paling penting menjaga kebersihan diri terutama sekali bahagian intim.
Miss V haruslah sentiasa dijaga, kekal bersih, segar dan berbau wangi untuk meningkatkan keyakinan dalam diri wanita selain mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian hubungan suami isteri.
Petua Daun Sireh
Antara petua orang dulu-dulu untuk penjagaan bahagian intim ini adalah dengan mengamalkan air rebusan daun sireh. Ia dipercayai mampu membersihkan ‘Miss v’, menghilangkan kegatalan, mengurangkan keputihan serta ‘mewangikan’ bahagian ini.
Bahan-bahan:
Beberapa helai daun sireh
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Ambil beberapa helai daun sirih dan direbus selama 10 minit.
2. Biarkan air rebusan sireh tersebut menjadi suam dan bolehlah digunakan untuk mencuci bahagian intim.
Langkah Penjagaan Paling Mudah
Namun begitu kesibukan wanita masa kini dengan urusan rumahtangga dan tuntutan kerjaya, ia membataskan penjagaan bahagian intim mengikut cara tradisional ini.
Tetapi usah bimbang, berita baik buat wanita, Lactacyd menyediakan pencuci untuk bahagian intim yang diformulasi serba lengkap dengan pelbagai jenis manfaat tersendiri. Antaranya Lactacyd White Intimate, Lactacyd Revitalize, Lactacyd Soft & Silky, Lactacyd Cool & Fresh, Lactacyd All Day Fresh dan Lactacyd Feminine Hygiene.
4 Sebab Wanita Perlu Guna Lactacyd
Selain untuk tujuan kebersihan penggunaan Lactacyd juga disarankan untuk wanita kerana empat perkara ini.
1. Miss V merupakan bahagian pada tubuh wanita yang menjadikan seseorang wanita itu feminin. Ia haruslah sentiasa dalam keadaan bersih, segar dan sihat. Oleh yang demikian, bahagian ini haruslah dicuci bersih dengan menggunakan bahan semula jadi berasaskan dari susu seperti lactic acid dan lactoserum seperti yang terkandung di dalam Lactacyd, demi mengekalkan keseimbangan nilai PH semulajadinya.
2. Lactacyd merupakan ‘femine wash’ semula jadi yang diakui selamat untuk digunakan setiap hari. Elakkan menggunakan pencuci yang mengandungi bau pewangi tiruan kerana tidak elok untuk kesihatan Miss V.
3. Miss V yang bersih, selesa dan berbau harum juga merupakan salah satu pengalaman memanjakan diri. Ia memberi kelegaan, keselesaan dan kesegaran pada diri sekaligus mampu meningkatkan keyakinan diri sepanjang hari.
4. Ia juga bukan sahaja, melindungi dan memberi keseimbangan nilai PH, malah Lactacyd White Intimate juga mampu mencerahkan Miss V hanya dalam tempoh 4 minggu.
Andai kata ada anak-anak yang tetiba terkencing dalam seluar, mak-mak patut risau dan tanya anak kenapa situasi itu berlaku. Tambah pula kalau anak itu duduk dengan orang, yang mana kita tak tahu apa berlaku waktu anak tak ada depan mata.
Haaa… paling takut kalau anak-anak itu ada terkena macam pesakit Doktor Hana ni, baru umur 6 tahun dah jadi mangsa cabul!
Allahu… rabak hati mak-mak kalau perkara ni berlaku pada anak sendiri. Apa yang patut mak ayah buat, ikuti perkongsian doktor ini.
Kes Terkencing Dalam Seluar
Satu petang tu, ada seorang ibu bawak anak perempuan datang ke klinik.
Nampak dua-dua macam sihat walafiat. Musykil jugak, sakit apa agaknya ni.
Anak dia dah 6 tahun. Comel dan montel.
Lepas tu si ibu pun mulakan bicara.
“Tadi, anak saya ni terkencing dalam seluar Dr. Dia cakap, tempat kencing dia sakit, ada anak jiran pengasuh buh jari dalam tu”
Zass.
Bagai terhiris hati saya.
Tapi depan patient, remain cool as always.
Adik cuba cerita kat Dr, tadi apa jadi?
Si adik ni senyap je. Tapi masih tersengih sengih. Mata melilau tengok sana sini.
Saya pegang dia, tanya
“Sakit ke kat tempat kencing?”
Adik angguk.
Saya sambung,
“Tadi kawan buat apa kat tempat kencing?”
Adik cakap “Dia korek”
Mak patient mencelah, “Tak taula Dr, tapi banyak kali tanya, jawapan sama jugak dia bagi. Takkan dia nak menipu, sebab duk jawab benda sama. Lagipun dah besaq ni dia tak penah terkencing dalam seluaq. Tadi tu agaknya dia tahan kencing sebab sakit. Risaulah saya Dr”
Hati ibu mana yang tak luruh, jantung mana yang tak gugur bila balik dari rumah pengasuh anak cerita “Ada kawan lelaki korek tempat kencing.”
Kisahnya, adik ni main kat rumah jiran pengasuh. Main dengan budak-budak lelaki, dia sorang je perempuan. Lepas tu anak jiran tu, budak lelaki umur lingkungan 12-13 tahun, ajak masuk bilik.
Ada ramai je lagi ahli keluarga kat ruang tamu masa kejadian tu berlaku, tapi maybe diorang ingat budak-budak ni masuk bilik nak main biasa-biasa. Rupanya ada “permainan kotor luar biasa”. Baru awal belasan tahun, tapi dah pandai mencabul. Agaknya usia macam ni korek-korek, lagi berapa tahun apa pulak yang dia buat kat anak dara orang.
Allahu rabbi.
Saya kesian.
Kesian kat adik kecil yang tak tau apa-apa tu.
Kesian kat ibunya yang penat keluar cari rezeki sampai kena tinggalkan anak pada pengasuh, tapi akhirnya ini yang terjadi.
Kesian kat budak lelaki tadi, yang mungkin tak tau benda tu salah. Mungkin dia tak pernah terima didikan sewajarnya. Mungkin dia terdedah pada benda-benda yang tak sepatutnya.
5 LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK ELAK KEJADIAN NI BERLAKU
Apa yang kita sebagai mak ayah boleh buat untuk elakkan benda ni dari berlaku?
1. Didik Anak Sejak Kecil
Ajar anak lelaki untuk hormat perempuan.
Ajarkan anak perempuan maruah diri.
Suburkan pendidikan agama dan nilai murni sewajarnya.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk pagi petang siang malam. Sampai tak tau anak-anak buat apa kat rumah, belajar apa dengan kawan, tengok apa kat smartphone.
Be your kids’ best friend and mentor.
2. Sentuhan Selamat Dan Tak Selamat
Ajarkan anak-anak kat mana boleh pegang, kat mana tak boleh sentuh. Ingat, bukan anak perempuan je boleh jadi mangsa. Anak lelaki pun kena ajar sama.
Bagi kanak-kanak lelaki, ini private partnya: Alat sulit, punggung, bibir dan dada.
Bagi anak perempuan: Anggota kelamin, punggung, bibir dan dada.
3. Dah Kena Nak Buat Apa
Kalau ada yang sentuh juga kawasan larangan, nak buat apa? Ajarkan anak untuk jerit, lari dan adu. Jangan diam, jangan pasif.
4. Term Mesti Betul
Ajarkan anak-anak term yang betul untuk faraj dan zakar. Jangan guna “angry bird”, “bunga”, “yu”, “pepek” dan sebagainya. Ini penting sebab kalau terjadi apa-apa dan melibatkan pihak polis/mahkamah etc, keterangan yang jelas perlu diambil.
5. Mak Ayah Pun Agak-agaklah
Mak ayah jangan buat aksi-aksi “cintan-cintun” depan anak-anak. Tunjukkan kasih sayang dan kemesraan tu boleh, tapi paham-pahamlah. Aksi yang kurang sesuai jangan ditunjuk ke anak-anak. Ada budak berumur 6-7 tahun dah pandai tiru aksi ranjang “ibu ayah” dan buat bersama kawan di sekolah tadika. Nauzhubillah.
3 PERKARA YANG MAK AYAH PERLU BUAT JIKA ANAK-ANAK MENGADU DICABUL/SEUMPAMANYA:
1. Bertenang
Cuba berlagak tenang. Memang hati kita bergelora, jantung bagai nak meletup, marah, risau, sedih semua bercampur. Of course kita sangat concern, tapi jangan panik dan kalut. Kalau mak ayah tunjukkan drama, anak-anak mungkin lebih trauma.
2. Doktor
Bawa ke doktor untuk pemeriksaan. Nak tahu jika ada kecederaan yang serius. Bukan saja kecederaan di private parts, tapi doktor juga perlu address kecederaan #emosi, kemudian rujuk kepada pakar yang berkenaan jika perlu.
3. Polis
Laporkan pada pihak yang sewajarnya. Tak perlu meroyan di media sosial. Silap haribulan yang meroyan ni pulak dianggap bersalah nanti. Padahal kita di pihak yang teraniaya. Biar pihak polis yang lakukan siasatan.
Jangan diamkan walaupun ia berlaku di kalangan keluarga sendiri. Sebab kalau kita tak report, si pelaku mungkin bebas mencari dan membaham mangsa seterusnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Sitz Bath’ atau rendaman vagina merupakan antara amalan warisan lama bagi merawat vagina serta membantu memulihkan masalah buasir. Ia sangat elok diamalkan seminggu sekali lebih-lebih lagi bagi wanita selepas bersalin dan dalam tempoh berpantang, selain bertungku, bertangas dan sebagainya. Ramuan ‘Sitz Bath’ ini terdiri daripada bahan-bahan alami dan boleh diperolehi di dapur rumah sendiri.
Berikut merupakan antara kelebihan amalan Sitz Bath dan ramuan penyediaannya yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II sebagai rujukan.
Pernah dengar pasal Sitz Bath?
Istilah “Sitz Bath” berasal dari perkataan Jerman untuk “tempat duduk.”
Orang dulu dulu panggil “RENDAMAN FARAJ”. Mereka amalkan ini untuk merawat pelbagai masalah berkaitan vagina dan dubur.
Di luar negara, Sitz Bath ni sangat popular dan selalu di rekemen oleh doktor.
Jadi, tak salah lah selama ini nenek moyang kita ajar kita buat rendaman faraj. Banyak manfaatnya kan. Apa kata kita sambung amalan warisan lama ni untuk capai tahap kesihatan yang lebih baik.
Kenapa perlu buat Sitz Bath ni ?
Sitz Bath boleh membantu meringankan kesakitan, keradangan, bengkak atau kerengsaan di perineum, ruang antara rektum dan vulva atau skrotum.
Sitz Bath adalah cara mandi alat kelamin yang boleh membantu melegakan kesakitan dan keradangan serta membantu menyembuhkan luka dibahagian itu seperti melecet dan sebagainya.
Sitz Bath boleh juga di lakukan untuk orang yang mempunyai masalah di kawasan dubur seperti buasir, atau jangkitan di kawasan anogenital.
Sitz Bath boleh digunakan untuk membersihkan kawasan sekitar dubur dan alat kelamin.
Sitz Bath boleh memberi kelegaan dan meningkatkan penyembuhan pada wanita selepas bersalin.
Sitz Bath boleh memberi kelegaan kepada ketidak selesaan perut seperti kembong perut, angin dan sebagainya.
Sitz Bath boleh mengharumkan vagina.
Memandangkan harini kelas miss V, jadi cikgu nak kongsi ramuan WARISAN ORANG LAMA Sitz Bath ni dengan awak semua supaya kita sama sama dapat memanfaatkannya.
RAMUAN SITZ BATH UNTUK WANITA
Bahan-Bahan:
5 Kuntum bunga Mawar
7 Helai daun sirih
Seketul gambir
1 biji manjakani
Sedikit Pinang muda
Segenggam daun inai
1 ruas jari kunyit hidup
Cara Membuat:
Rebus semua bahan sehingga didih. Biarkan suam suam, kemudian tapis air dan masukkan dalam besen. Tambah 1 Sudu Besar garam bukit jika ada. Kalau tiada guna saja garam biasa kat dapur tu.
RAMUAN SITZ BATH UNTUK LELAKI DAN YANG BERMASALAH BUASIR
Bahan-Bahan:
5 Kuntum bunga Mawar
7 Helai daun sirih
Seketul gambir
1 ruas jari halia di ketuk
1 batang serai di ketuk
1 cawan sudu besar gel aloevera fresh
1 ruas jari kunyit hidup
Cara Membuat:
Rebus semua bahan sehingga didih. Biarkan suam suam , kemudian tapis air dan masukkan dalam besen. Tambah 1 Sudu Besar garam bukit jika ada. Kalau tiada guna saja garam biasa kat dapur tu.
Dalam keadaan suam suam tu. Duduklah selama 15 minit dan rehatlah sambil niat nak merawat diri kerana ALLAH.
Boleh amalkan seminggu sekali.
In Sha Allah, niat baik baik datang pun baik baik. Kita ikhtiar Allah Maha penyembuh.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...