Memang sakit mata memandang jika balkoni rumah, sering menjadi tempat persinggahan burung membuang najisnya. Bukan sahaja kotor malah busuk. Cukup tak selesa, apatah lagi jika kena bersihkan selalu.
Jika mak-mak ada masalah begini boleh cuba pasang ‘spike’ untuk mengatasinya. Memang mudah dan berkesan cara ni dapat elak burung singgah, sekaligus mengelakkan najis burung.
Baca perkongsian daripada Alfieean Warsi ini sebagai panduan;
“Dekat rumah saya memang ada masalah burung merpati bermaharajalela kat bingkai / frame sliding door. Sakit mata tengok taik dia setiap hari. Saya dah beli spike iaitu penghalau dia.
“Harap dapat membantu untuk mereka yang ada masalah ini. Penghalau ni saya beli dari shopee dan gam silikon saya beli di kedai diy. Ada yang lagi mahal punya penghalau tu. Saya beli yang 4.90 je sekeping. Harap membantu!
Boleh gak guna untuk haiwan lain macam monyet atau kucing. Selamat mencuba.
SAWI DWARF PAKCOY Cantik Subur Mudah Ditanam, 18 Hari Dah Boleh Tuai! Sawi antara sayur berdaun hijau yang kita sering gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah.
Sawi Dwarf Pakcoy atau juga dikenali Sawi Jepun, rasanya lebih manis dan lembut berbanding sawi jenis lain. Mudah dijaga dan ditanam malah, boleh tuai dalam tempoh sekejap. Lebih kurang 18 hari je. Apabila dapat tanam sayur-sayuran sendiri lebih baik, tiada penggunaan racun serangga, baja kimia malah dapat menjimatkan belanja dapur.
Antara jenis sawi yang mudah ditanam, dijaga & tak byk songgeh.Tempoh tuaian yang singkat.Jenis sayuran yang boleh rawat buah pinggang yg dah ada toxic & mula rosak,kata Dr Noordin Darus,bukan kata saya sebab saya sekolah sampai darjah 6 jer.
Sepenuhnya guna tinja ayam proses jenis serbuk sebagai baja asas yang digaul sekali semasa penyediaan medium tanaman.Lepas gaul siram dengan EM.Biarkan antara 7- 14 hari baru mula tanam, bagi microbe uraikan dulu baja tu supaya nutrientsnya tersedia diambil oleh pokok.
Bagusnya baja jenis tinja ni dia jenis slow release,tak rosakkan tanaman kalau letak berlebihan, bagus pada tanah untuk jangkamasa yang panjang, lengkap dengan NPK termasuk TE/trace element yang mana pada sesetengah baja kimia tak dapat supply.Kekurangannya pokok lambat sikit membesar berbanding baja kimia sebab dia jenis slow release.Takpaa arr laju-laju sangat nok gi manerr.
Satu plot tuu tak silap saya letak tinja dalam 3-5 kg (kos lebih kurang rm2.00-rm4.00).Seminggu sekali *foliar spray dengan seaweed + fish protein & siram dengan EM.Tempoh tuaian dari mula alih dari semaian lebih kurang 18 hari.Tanam tanpa kawalan serangga..buleh arr tanam sekadar main-main je.
EM ialah effective microorganisms.Microb baik untuk suburkan tanah,jaga tanah,bantu akar serap nutrient-nutrient yang lockout dalam tanah.
Boleh juga guna tinja ayam. Tinja ayam lagi tinggi kandungan nitrogen berbanding tinja kambing.Personallly saya lebih suka guna tinja kambing untuk pokok berbuah atau sayur berbuah.
Saya tanam di tempat terbuka,kena panas dari pagi hingga petang..masa anak pokok ada 2 atau 3 daun sebenar (tak termasuk dua daun yang mula-mula keluar, yang tu kotiledon bukan daun lagi) dalam tray semaian dah boleh bagi sikit-sikit air baja.Boleh larutkan setengah sudu baja kopi dengan 1 atau 2 liter air,spray pada anak pokok.
Tinja Ayam boleh di beli di kedai pertanian ada jual.Jangan beli yang paket kecik,rugi,mahal.Beli terus 1 guni.Tempat saya yang jenis serbuk ni 1 guni besar (40kg) rm30.Kalau yang jenis pallet mahal sikit,tapi bau kuat skit.Yang serbuk langsung takda bau.
Foliar ialah spray pada keseluruhan pokok,terutama bahagian-bahagian bawah daun, ada yang panggil foliar feeding maksudnya bagi makan pokok melalui daun-daun.
Mingguan Wanita: Mak-mak yang suka berkebun tu, boleh cuba tanam Sawi Dwarf Pakcoy ini ikut tip yang dikongsikan ini. Mudah ditanam, senang dijaga malah 18 hari dah boleh tuai.
Mata rabun, bukan hanya disebabkan faktor usia tapi disebabkan terlalu banyak terdedah pada radiasi. Jangan terkejut, anak-anak kecil pun tidak terlepas dari menghadapi masalah ini.
Apatah lagi dengan keadaan sekarang, 24 jam menghadap hp dah tentu boleh menjadi masalah mata rabun. Paling takut bil berlaku pada anak-anak, bukan setakat rabun tapi boleh jadi ‘juling’.
Kalau dah ada masalah mata rabun, agak susah untuk kembali kepada penglihatan asal. Tapi masih belum terlambat kalau anda cuba minuman yang boleh membantu. Sekadar untuk mencuba ubat semulajadi ini.
Dikongsi dari Healthy Food Team, seorang doctor mata terkenal di Rusia telah menyarankan ubat semualajadi ini untuk rawatan mata gangguan penglihatan dan masalah penglihatan lain.
Ubat semulajadi ini sanga mudah untuk disiapkan. Hanya perlu beberapa bahan sahaja iaitu:
100gm lidah buaya
500gm walnut dihancurkan
300ml madu
3-4 biji lemon
Caranya:
Campurkan semua bahan ini dan minum 1 sudu makan sebanyak 3 kali sehari. Minum sebelum makan.
.
.
Simpan bahan ini dalam peti ais dan ia bertahan selama 10 hari.
Tip: Paling penting, gunakan lidah buaya yang sudah berusia lebih 3 tahun.
Mingguan Wanita : Boleh amalkan. Bahan yang nak digunakan pun mudah nak dapat.
Nelayan Kongsi Cara Pilih IKAN GELAMA Buat Lauk Isi Manis Sedap, Tak Tawar! Rupanya Ikan gelama ada pelbagai jenis dan mengikut kesesuaian untuk dibuat lauk mahupun dijadikan ikan masin. Jika tersilap pilih di pasar, itu yang membuatkan isinya kurang sedap dan tawar.
Hari ni tak masak tapi nak kongsi ilmu pasal pemilihan ikan gelama , supaya bila buat lauk isi dia sedap tidak tawar.
Keluarga ikan gelama sangat besar, wujud di seluruh dunia.Di negara kita ada belasan spesis yang selalu di tangkap setiap tahun. Secara khususnya di negara kita ikan gelama di tangkap untuk dua tujuan iaitu di jual basah di pasar dan untuk tujuan di jadikan ikan masin atau ikan kering.
Apa spesis gelama yang selalu di jual di pasar dan sedap di buat lauk dan apa jenis gelama yang terus di hantar ke tempat pembuatan ikan masin?
Ini kerana ada spesis gelama yang jika di jadikan lauk isinya tidak sedap iaitu tawar atau orang kampung kata lecah isinya.Ikan kategori ini akan di jadikan ikan masin dan tidak ada pasaran jika di jual di pasar basah.
Kategori kedua adalah gelama yang isinya manis dan sedap, gelama ini memang sesuai untuk di jadikan lauk dan laris di jual di pasar.Ikan gelama kategori ini harganya lebih mahal.Kelebihannya bukan sahaja untuk di jadikan lauk malah di jadikan ikan masin lagi bertambah sedap.
Mari kita mengenali spesis kategori pertama dan kedua melalui gambar gambar yang di sertakan.
Ini akan mejawab persoalan jika ada antara kita yang baru baru belajar nak makan ikan gelama, nanti kalau dah masak sedap sedap tapi isi ikan nya tawar je tak manis mungkin anda tersilap ikan gelama, mungkin ikan gelama yang anda makan itu spesis untuk di buat ikan masin.
Gelama Kuning Dada
Gelama Jarang Gigi
Gelama Sungai
Gelama Bongkok
Gelama Cerua
Ibu Gelama
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak pilih ikan gelama yang betul untuk dibuat lauk atau dijadikan ikan kering. Jadi sebelum beli di pasar, pilih dahulu betul-betul, jangan tersilap pilih.
Kontroversi seorang wanita yang didakwa "memadukan suami" di mana pada siang hari berada di rumah suami kedua dan malam di rumah suami pertama seperti didedahkan oleh adik iparnya, Ekin Derahim jelas mengejutkan masyarakat.