Isteri Lan Solo Beri Petua Cantikkan Kesan Parut Sumbing Baby Xandra

Share

Mei lalu, puteri bongsu penyanyi terkenal, Lan Solo, Nur Amna Quxandra yang lebih dikenali dengan nama Baby Xandra jalani pembedahan pemulihan sumbing bibir di Pusat Perubatan Malaya (PPUM).

Dekat 6 bulan berlalu, kesan parut pembedahan Baby Xandra semakin cantik dan sempurna. Si comel ini pun semakin tembam dan gebu. Bak kata ibunya, Sheila Razlan, “Kuat makan, kuat menyusu sebab itu dia bam bam.”

Syukur lihat perkembangan positif Baby Xandra ini. Memandangkan luka parut pembedahan dah semakin sempurna, ibunya berkongsi petua bagaimana dia mencantikkan kesan parut sumbing anaknya itu.

 

Sebelum pembedahan pemulihan sumbing bibir
Selepas pembedahan
Kesan parut terkini makin cantik sempurna

Ini Cara ’Sempurnakan’ Kesan Parut Sumbing Baby Xandra

Jadi ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam proses memulihkan kesan parut anak sumbing, bolehlah cuba petua Sheila ini.

Kata Sheila, “Salam Jumaat Untie Uncle (sebagai mewakili anaknya), Ramai tanya condition baby Xandra sekarang kan.”

Okay, ni mommy nak close up bekas jahitan dari hidung sampai bibir luar Xandra. Alhamdulillah cantik dah. Nampak sempurna kan?”

Kata Sheila lagi dalam instagram, cara dia mendapatkan kesan parut yang cantik dan tak menggelembung adalah dengan menggunakan Dermatix setiap hari WITHOUT FAILED!

Rajin urut 100 kali sehari.”

Nak senang ikut waktu solat. 1 waktu, 20 kali urut kat kesan jahit tu.”

 

Rancang Bawa Baby Xandra Buat Pembedahan Plastik

For now nampak semua normal. Kecuali gusi yang cleft tu, tengah tunggu masa ada gigi tumbuh atau tak je. Nebes mommy.”

InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih mommy plan nak bawa Xandra pi buat plastic surgery untuk lebih sempurnakan Xandra. Sebab dia girl kan?”

Itulah doa yang ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra tuturkan.

 

 

Apa apa pun, biar Xandra membesar dengan sihat ya. Sampai masa yang sesuai Allah izinkan kita pi buat plastic surgery ya dik.”

MW : Mendoakan kemudahan rezeki untuk kedua ibu ayah Xandra, semoga urusan pembedahan plastik untuk Xandra dapat dilaksanakan dalam keadaan Baby Xandra sihat dan kuat.

Sumber/Foto : Instagram Sheila Razlan

IKLAN