‘Pantang maut sebelum ajal.’ Wanita ini terselamat selepas tergelincir dari tingkat 21. Dikatakan mangsa sedang menjemur pakaian di balkoni ketika kejadian ini berlaku.
Kebiasaannya jatuh dari rumah bertingkat memang jarang selamat, tetapi wanita ini insan terpilih kerana selamat dan hanya mengalami patah bahu saja.
Pantang Maut
Jatuh tingkat 21 sudah cukup untuk mengakibatkan cedera parah hingga meragut nyawa. Namun tidak bagi wanita ini.
Berpantang maut sebelum ajal, seorang wanita di Indonesia masih bernyawa apabila terjatuh dari aras 21 kediamannya .
Sebelum Ajal
Menurut Tribun News, mangsa, AN, 55, terjatuh susulan tergelincir dari balkoni di kediamannya semasa membuat kerja rumah.
“Polis Kelapa Gading menerima laporan bahawa seorang wanita jatuh dari Apartmen Gading Nias Residence Tower Emerald, Kelapa Gading di Jakarta Utara.
“Hasil siasatan mendapati, AN dikatakan tergelincir dari balkoni pangsapuri itu yang berketinggian 21 tingkat ketika sedang menjemur baju,” katanya Ketua Polis Kelapa Gading, Vokky Sagala.
Wanita Ini Terselamat
Usianya panjang, tidak seperti kebanyakan mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi yang cedera parah pada bahagian kepala dan tulang belakang, AN selamat.
Ads
Dia difahamkan hanya mengalami patah tulang di bahagian bahu kiri gara-gara terjatuh di atas bumbung kereta jenis Toyota.
AN dikejarkan ke Hospital Sakit Gading Pluit, Jakarta Utara untuk dirawat.
“Kami sempat berhubung dengan mangsa yang menyatakan bahawa dia tergelincir ketika menjemur pakaian, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.
Selepas Tergelincir
Ramai yang gayat apabila berada di tempat tinggi, sementelah jika terjatuh daripada tingkat atau bangunan beraras tinggi!
Ketinggian kipas siling dan langsir di rumah sudah membuatkan kita menggeletar, apatah lagi jika bangunan tinggi berpuluh tingkat. Tingkap dan balkoni pada bangunan tinggi memmpunyai potensi bahaya terjatuh.
Tahap kecederaan ini sebahagiannya bergantung pada halaju hentaman, permukaan yang mendarat, orientasi badan pada hentaman dan umur orang yang terjatuh.
Ads
Dari Tingkat 21
Menurut Perpustakaan Perubatan Nasional Institut Kesihatan Amerika Syarikat, kebanyakan kecederaan daripada tempat tinggi akan menyebabkan cedera kepala (tengkorak tertekan, lebam serebrum, pendarahan intrakranial), toraks (pulmonari), lebam, bronkus atau aorta pecah, patah tulang sternum akibat hiperfleksi dagu), kecederaan tulang belakang dan abdomen.
Awasi ahli keluarga terutamanya anak kecil, elakkan menghampiri bahagian bangunan yang mendedahkan kepada bahaya. Setiap kediaman di aras tinggi sepatutnya dilindungi jeriji untuk mengelakkan risiko kemalangan terjatuh.
Mingguan Wanita: Biarpun mangsa terselamat, namun mak ayah harus mengambil pengajaran dari kisah ini. Berwaspadalah dan berhati-hati terhadap ahli keluarga apabila berada di tempat tinggi.
Dalam dunia glamor yang penuh sorotan, ada luka yang tidak sempat sembuh di depan kamera. Begitulah yang dirasai oleh aktres jelita, Diana Danielle, apabila menyentuh soal hubungannya dengan bekas suami, aktor Farid Kamil, selepas perpisahan mereka yang menjadi perhatian ramai.
“Saya berusaha tidak timbulkan sebarang perasaan yang tidak bagus. Sebab itulah saya pilih jauhkan diri dari hal komunikasi,” ujar Diana jujur ketika ditemui selepas kemunculannya di program Meletop kelmarin.
Bagi Diana, fasa perceraian ini masih terlalu baru. Hatinya belum sempat pulih sepenuhnya, apatah lagi untuk menjalinkan semula sebarang bentuk komunikasi yang berisiko menggugat emosi. Dia kini dalam proses menyesuaikan diri, bukan sebagai isteri, tetapi sebagai seorang ibu tunggal yang ingin membina kehidupan baru berlandaskan kekuatan dan ketenangan.
“Mungkin suatu hari nanti kami akan kembali berkomunikasi. Sekarang masa untuk kami berusaha mencari tempo dan rentak baru dalam hidup. Fokusnya kini adalah anak-anak,” tambahnya tenang.
Ruang Ayah Untuk Anak-Anak
Walaupun memilih untuk menjauhkan diri dari komunikasi peribadi, Diana tetap bersikap terbuka terhadap hubungan antara Farid dan anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora. Malah, dia lebih selesa jika bekas suaminya berhubung terus dengan anak-anak tanpa perlu melalui dirinya.
“Saya rasa lebih baik jika dia berhubung dengan anak-anak terus supaya tidak ada unsur-unsur seperti saya cuba untuk mempengaruhi anak-anak ataupun yang tidak sepatutnya,” jelas Diana.
Tiada sebarang sekatan atau halangan yang dikenakan ke atas Farid untuk bertemu anak-anak. Diana sekadar menjadi ibu yang memastikan jadual sekolah dan tuisyen berjalan seperti biasa – selebihnya terpulang kepada bapa dan anak untuk mengatur detik bersama.
Bukan Emosi, Tapi Kenangan Yang Ditinggalkan
Baru-baru ini, Diana menjadi buah mulut selepas muncul dalam satu sesi podcast yang menyentuh sedikit sebanyak tentang kisah rumah tangganya. Ada yang menuduh beliau seolah-olah merindui masa lalu.
Namun bagi Diana, ia hanyalah luahan yang lahir secara jujur, bukan rindu, tetapi satu bentuk penceritaan.
“Saya tidak merindukannya, sebaliknya mahu jalan terus. Ia bukan sesuatu yang menarik pun untuk dibincangkan. Tetapi apabila kita bercerita, kadang-kadang kita merasakan apa yang kita rasa,” jelasnya sambil menepis salah faham sesetengah pihak.
Michelle Yeoh sertai pembersihan pasca banjir, siapa sangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh turut sama turun padang sertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir.
Malah bintang filem terkenal dunia ini juga begitu prihatin dan terharu dengan melihat orang ramai membantu mangsa banjir.
Michelle Yeoh Sertai Pembersihan Pasca Banjir
Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa tempat di Lembah Klang sememangnya menyentuh perasaan ramai.
Malah dek kerana keprihatinan dengan keadaan mangsa banjir yang teruk terjejas, Michelle Yeoh juga sudi menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Seperti mana dilaporkan Astro Awani, Michelle memberitahu semangat yang ditonjolkan merupakan semangat Krismas yang sebenar.
“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.
“Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir,” ujarnya.
Tidak Sangka Bintang Popular Turut Sama Membantu
Kehadiran Michelle ternyata menarik perhatian ramai yang mungkin tidak menyangka bintang popular itu turut bersama-sama para sukarelawan lain untuk melakukan kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2.
Difahamkan kerja-kerja pembersihan tersebut dilakukan bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.
Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia. Seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia
Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya, Nurul Shuhada sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Pelakon tersebut membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada jam jam 3.32 pagi pada 2 Mac lalu.
Hafidz didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Semasa prosiding, Nurul Qistini yang mengetuai pendakwaan dibantu, Elyza Amira Habeeb Rahman, manakala Hafidz diwakili peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Peguam Rayu Hafidz Dilepaskan Dengan Ikat Jamin Tanpa Perlu Dirujuk Ke Hospital Psikiatri
Ketika pendakwaan, Nurul Qistini memohon kepada mahkamah supaya tertuduh diberikan ikat jamin selepas dirujuk dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia kerana lelaki itu mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri sebelum ini.
Bagaimanapun, Akberdin merayu Hafidz dilepaskan dengan ikat jamin tanpa perlu dirujuk ke hospital psikiatri atas alasan pelakon itu hanya mengalami depresi dan bipolar iaitu bukan masalah kesihatan mental pada tahap teruk.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.