“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga, hampir buat saya terduduk dan stres” begitulah luahan hati pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

Anak kelahiran Kelantan ini juga akui dirinya bergelut apabila perniagaan fesyennya sejak dua tahun lalu terjejas apabila wabak pandemik Covid-19 menyerang dunia.

“Pandemik Yang Muncul Tiba Tiba Tanpa Diduga, Hampir Buat Saya Terduduk, Stres”

“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.

“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik.  Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.

“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai.  Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya.

Cari Alternatif Lain Untuk Survival

Dek kerana itu juga, bapa kepada dua orang anak ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.

“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen  lain  dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.

“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual  menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.

“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” sambung Ezuwan.

IKLAN

Tak Pernah Terlintas Tutup Butik

Graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan di sebuah kolej tempatan dari 2002 hingga 2004 itu percaya setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.

“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.

“Malah saya optimis menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.

“Malah saya beruntung golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” luahnya.

Mingguan Wanita :  Semoga Ezuwan terus rancak mewarnai dunia fesyen tanahair dan kuat dalam mengharungi situasi Pendemik Covid-19.

IKLAN

KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

IKLAN

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita