Bekas penyampai berita, Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.

Beliau kini tenang menjalani kehidupan peribadi sebagai seorang isteri, ibu dan nenek.

“Orang Perempuan Kena Tahu Memasak. Sedap Atau Tak Bukan Perkara Utama Yang Penting Ada Usaha” NORMALA SAMSUDIN
Kredit Foto: Instagram normalasamsudinofficial

Pandai Memasak Sejak Kecil

“Ketika kecil saya hidup membantu keluarga, melihat bagaimana ibu yang bergelar ibu tunggal mencari wang demi keluarga.

“Saya melihat ibu seorang yang sangat kuat. Macam-macam usaha yang dilakukan oleh ibu demi mencari sesuap nasi antaranya menoreh getah, berkebun dan menjual kuih-kuih kampung.”

“Orang Perempuan Kena Tahu Memasak. Sedap Atau Tak Bukan Perkara Utama Yang Penting Ada Usaha” NORMALA SAMSUDIN

Ads

Sebagai seorang yang banyak melalui pengalaman hidup yang sukar semasa kecil, Puan Sri Normala turut berpesan kepada kaum wanita terutamanya para gadis agar berdikari dan tahu menguruskan kerja-kerja rumah.

“Orang Perempuan Kena Tahu Memasak. Sedap Atau Tak Bukan Perkara Utama Yang Penting Ada Usaha” NORMALA SAMSUDIN

“Bagi saya orang perempuan kena ada usaha untuk belajar memasak. Sedap atau tak bukan perkara utama. Yang penting usaha walaupun tak pernah pegang senduk.”

“Saya sendiri sejak usia 9 tahun sudah pandai memasak. Sebagai anak sulung pagi-pagi lagi saya sudah ke dapur untuk masak cekodok dan lempeng pisang.

Ads

“Sejak kecil, saya dan adik perempuan diajar untuk tahu memasak Bukan hanya belajar tanak nasi atas dapur kayu dan buat kuih-kuih kampung malah kami juga belajar cara kukur kelapa.”

“Orang Perempuan Kena Tahu Memasak. Sedap Atau Tak Bukan Perkara Utama Yang Penting Ada Usaha” NORMALA SAMSUDIN

BACA JUGA: “Benarlah Kata Orang, Sayang Cucu Lain Daripada Sayang Anak,” Normala Samsudin

Ads

Nasihat Kepada Anak Gadis

Bagi Puan Sri Normala tanpa ilmu seseorang itu sukar untuk pergi lebih jauh. Katanya, wanita juga perlu ada kerjaya.

Jangan terlalu bergantung kepada duit suami terutama pada zaman sekarang. Harus ada prinsip ‘saya perlu bekerja’.

“Setiap anak perlu dididik dengan pelajaran. Sekurang-kurangnya dengan adanya ilmu mereka tahu untuk handle kehidupan yang kian mencabar.”

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI