Sekadar Gambar Hiasan

Amalkan 3 tip ini! Kembalikan bahagia meskipun rumah tangga ada orang ketiga. Setiap wanita yang sudah berkahwin pastinya mahukan mahligai yang bahagia.

Tidak ada seorang wanita pun yang mahu rumah tangga diuji namun mereka berhak bahagia ya. Walaupun hati disakiti namun anda janganlah terus murung, tenangkan hati dan nikmatilah hidup yang indah.

Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau sebaliknya.

Rumah tangga tidak bahagia akan membuatkan jiwa suami isteri menderita. Namun hati wanita akan lebih parah jika mereka berasa diri dicurangi. Tolonglah jangan berterusan salahkan diri anda. Wanita anda berhak kecapi bahagia ya, walaupun wujudnya orang ketiga.

Amalkan 3 Tip Ini! Kembalikan Bahagia Meskipun Rumah Tangga Ada Orang Ketiga

Amalkan 3 Tip Ini!

Menerusi perkongsian di akaun rasmi Facebook, Puan Diyana Tahir telah berkongsi tiga tip berguna buat wanita yang sedang menghadapi masalah dalam rumah tangga.

Amalkan 3 Tip Ini! Kembalikan Bahagia Meskipun Rumah Tangga Ada Orang Ketiga

“ELAK 3 PERKARA INI UNTUK JADI PENCIPTA BAHAGIA”

Wanita yang tak inginkan bahagia di dalam hidupnya. Tapi, setiap kali masalah menimpa diri, mulalah timbul pelbagai persoalan yang akan sabotaj diri sendiri seperti..

“Aku dah tak cantik ke?”

IKLAN

“Apa kurangnya aku?”

“Teruk sangat ke aku ni?”

Bila anda sentiasa fikir persoalan2 ini, ia akan tertanam terus dalam minda anda yang anda sebenarnya tak berguna dan apa saja yang anda lakukan jadi tak bermakna. Jadi, elok ke bila kita berterusan menyalahkan diri kita sendiri terhadap bahagia yang tak dikecapi?

Jadi, bagaimana nak cipta bahagia di setelah ditimpa pelbagai masalah hidup? Di sini kami kongsikan 3 perkara yang anda perlu elak untuk kembalikan bahagia dalam rumahtangga meskipun ada orang ketiga.

Amalkan 3 Tip Ini! Kembalikan Bahagia Meskipun Rumah Tangga Ada Orang Ketiga

IKLAN
  1. MENYALAHKAN DIRI

Kebanyakan para wanita akan terus menyalahkan dirinya bila ada buat kesilapan. Mereka cepat rasa down bila perkara yang diingini tak berlaku ataupun tak dapat nak capai impian mereka. Mereka balas balik rasa down yang ada dalam hati dengan menyalahkan diri. Ini hanya akan membuatkan anda semakin jauh dari bahagia. Kenapa perlu menyalahkan diri? Itu sahaja ke cara nak buat anda bahagia? Tak ada cara lain dah ke?

Anda yang menyalahkan diri ni sebenarnya sedang memandang rendah pada diri anda. Bila kita memandang rendah kepada diri kita sendiri, kita tak akan dapat ke mana-manapun.

Malah lagi memarakkan rasa down dan menghancurkan kebahagiaan anda sendiri. Penting untuk anda keluar daripada perasaan ni supaya tidak terus berada di dalam kegelapan.

  1. MENGABAIKAN DIRI

Bila kita terlalu mengikut emosi, kadang-kadang kita tak sedar impaknya kepada diri kita sendiri. Kerana pada waktu itu, emosi kita yang mengawal tubuh badan kita untuk bertindak.

Akhirnya, anda semakin menjauhi diri anda yang sebenarnya. Anda terlalu tunduk kepada emosi anda hingga membuatkan anda percaya yang anda ni tak layak bahagia. Perkara inilah yang perlu dielak kerana lama-kelamaan anda yang akan sakit.

Tapi, kenapa orang lain boleh berdiri lebih tinggi walaupun ditimpa masalah tak henti-henti?

Sebab mereka ni tak pernah abaikan diri mereka. Mereka sayang diri mereka. Mereka tak membiarkan masalah memberi definisi kegagalan dalam hidup mereka. Apa yang penting adalah diri anda. Anda boleh capai bahagia kalau anda sayang kat diri anda.

IKLAN
  1. PURA-PURA BAHAGIA DEPAN ORANG

Kita rasa kita pura-pura okay depan orang di sekeliling tu okay saja tapi sebenarnya TIDAK! Anda hanya anggap anda okay sebab anda tak mahu lagi memanjangkan lagi masalah itu.

Tapi salah sebenarnya kerana anda tak menyelesaikan konflik yang ada. Bila anda berpura-pura maksudnya anda langsung tak ikhlas untuk bahagia.

Walaupun anda yakin yang anda mampu okay di depan semua orang, hakikatnya orang lain ni dapat rasa yang anda sebenarnya berpura-pura bahagia. Dalam tak sedar, ini akan membuatkan anda rasa loser dengan diri anda sendiri.

Sebelum anda cuba nak bahagiakan diri anda, anda perlu merawat kelukaan hati anda dulu,” kongsi Puan Diyana Tahir yang juga Pengasas EHati.

Mingguan Wanita: Tolonglah hargai diri anda wahai wanita. Jangan biarkan diri disakiti. Anda berhak bahagia.

Sumber : Facebook Diyana Tahir

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Tabahnya hati anak ini, semangatnya dek kerana ibu kesayangan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI