Benarlah perempuan ini Allah ciptakan cukup unik. Begitu juga dengan sikap mereka, boleh berubah mengikut angin dan mood. Kadang-kadang naik harian pasangan dengan perubahan emosi sang isteri.
Boleh dikatakan orang perempuan ini semuanya ikut mood, lelaki pun ada bersikap demikian tapi tidaklah seteruk wanita. Betul tak?
Ikuti perkongsian Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik iya wanita di luar sana:
Orang perempuan ini, semua ikut mood.
Kalau dia mood rajin mengemas, segala-galanya dia kemas. Sampai lepas itu nak cari barang pun dia sendiri tak ingat simpan mana. Tapi kalau waktu mood dia malas, rumah macam kapal kena langgar garuda pun dia enjoy saja tengok televisyen (tv).
Kalau mood dia rajin memasak, segalanya dia masak. Dari sarapan, lunch, minum petang, dinner, supper, siap buat biskut kudap-kudap lagi. Fuh! Tapi kalau mood malas dia datang, kalau masak pun, sampai dia sendiri tak tahu dia masak apa.
Masak taucu tak macam taucu, masak lemak patutnya kuning sudah jadi hijau. Walhal selalu masak elok saja.
Kalau mood merajuk dia sampai lagi teruk. Nak-nak time kawan bulanan dia hendak sampai. Orang puji pun dia kata orang perli. Bila orang kata dia lawa, dia kata orang perli. Lepas itu, orang kata masakan dia sedap, dia kata orang perli dia.
Dia cakap tapi orang tak dengar pun dia boleh merajuk macam mak Melor dan Pekan. Tapi kalau dia bukan dalam mood merajuk, orang perli dia pun dia anggap orang puji dia.
Datang mood bergaya dia, punyalah lawa mengalahkan artis dia punya mekap dan padanan warna baju dengan tudung. Tapi kalau mood malas dia datang, pakai cincai serabai saja.
Baju tanah hitam bunga hijau, tudung tanah oren bunga ungu, cacamarba sudah. Macam kedai bunga pun iya.
Paling best bila part solat, pengabdian kepada Sang Pencipta itu. Kalau datang mood insaf dia, solat fardhu baca ayat panjang, sujudnya lama sampai sebak dada.
Segala solat sunat dia buat, dhuha, tahajud, istikharah bagai, semualah. Tapi bila datang mood malas atau lupa insaf itu, solat fardhu pun macam lipas kudung lajunya. Ini realiti. Aduh, insaflah….
Lelaki Pun Ada, Tapi Tak Seteruk Wanita
Datang mood femininnya, mood mengada-ngadanya itu, buka botol cili sos pun tak lalu. Tapi bila datang mood ganasnya, nak-nak pula time marah, tong gas pun dia boleh angkat. Kepala hos tong gas pun boleh pecah hancur, ok. Punyalah kuat.
Orang lelaki pun ada mood juga tapi tak adalah seteruk orang perempuan. Tapi kalau sama saja dengan orang perempuan, hmmmm…..
Farizal Radzali
MW: Kadang-kadang tak sedar bila mak-mak mampu berubah mood secara tiba-tiba, namun berpada-padalah ya. Paling penting mak-mak dapat mengawal situasi dan jangan terlalu mengikut hati.
Didik anak-anak untuk ‘mengenal’ Sang Pencipta adalah tanggungjawab ibu bapa. Dijadikan sebagai makhluk Allah yang diberi nama manusia merupakan sebuah anugerah terhebat yang perlu kita rasakan dan syukuri.
Perbezaan ketara antara kita dengan makhluk Allah yang lain adalah anugerah akal fikiran yang meningkatkan darjat kita ke tahap khalifah.
Oleh yang demikian, akal ini harus diberikan makanan ilmu yang mencukupi agar dia boleh berfungsi sebaiknya untuk membawa manusia kepada jalan yang benar. Ilmu yang diperlukan juga haruslah ilmu yang benar bertunjangkan kepada Al-Quran dan Sunah.
Sebagai ibu bapa dan penjaga yang prihatin kepada amanah dan tanggungjawab Allah, maka hal ini harus diberikan perhatian wajar.
Dalam memberikan pendidikan yang wajar kepada anak-anak, akalnya harus diberikan fungsi yang sebenar. Dalam menghadapi banyak perkara dalam kehidupannya, hak mereka untuk mengetahui dan memahami sesuatu perkara harus diberikan. Caranya ialah dengan memberikan ruang yang wajar untuk mereka memahami setiap perkara yang sedang berlaku dalam kehidupan.
Untuk hal ini, kesabaran harus dipasakkan. Ini kerana, kebolehan mindanya masih mengalami perkembangan. Dalam banyak hal, segala penerangan ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Perlukan pengulangan demi pengulangan agar anak dapat memahami dan membentuk pemikirannya. Seterusnya mempengaruhi pembentukan amalnya.
Bukan sahaja dalam hal ehwal rutin, malah dalam memahami dan melaksanakan perkara fardu ain, lebih-lebih lagi memerlukan penaakulan (membuat penilaian menggunakan akal). Anak-anak zaman ini bukan sahaja harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, bagaimana melakukannya malah mengapa harus dilakukan juga satu bab yang harus disertakan.
Pendedahan anak-anak zaman ini ke arah lautan maklumat memungkinkan kekeliruan dan akhirnya menyebabkan salah tafsir dan salah faham berlaku. Apabila salah tafsiran ini tidak dikemudikan dengan akal yang jelas malah diambil alih oleh emosi maka anak-anak mudah terpedaya.
Pada waktu ini, nasihat mungkin hanya dipandang sepi dan tidak mengubah apa-apa. Justeru, bab ini harus diberikan perhatian serius. Kita harus meluangkan masa memberikan kefahaman kepada anak-anak untuk setiap perkara agama yang mereka pelajari.
Kita harus memastikan sumber yang diperoleh daripada sumber yang benar. Di samping itu, tidak rugi jika kita luangkan masa untuk mendengar setiap apa yang ingin mereka kongsikan dan meraikan setiap pertanyaan yang diajukan.
Tindakan ini bukan sahaja membuka ruang mengukuhkan kefahaman malah mengeratkan hubungan ibu ayah dengan anak. Jika ada soalan yang tidak mampu kita jawab secara spontan, maka mintalah waktu untuk menjawabnya kemudian. Di sinilah peranan ta’lim (pembelajaran) dalam keluarga berlaku.
Persis pendidikan dalam suasana keluarga Rasulullah s.a.w, proses ta’lim ini akan menyelaraskan kefahaman dalam sebuah keluarga. Bersesuaian dengan terminologi “usrah” yang digunakan yang merujuk kepada perbincangan dalam kumpulan-kumpulan yang selalunya berkisar tentang perbincangan mengenai agama dan kehidupan.
Contohnya, dalam memberikan didikan solat kepada anak-anak. Bukan sahaja kita fokuskan kepada cara melakukan solat, bila harus dilakukan solat malah mengapa solat itu harus dilaksanakan. Perenungan yang merupakan anjuran daripada Al-Quran ini harus disuburkan dalam mendidik anak-anak. Dengan menyuburkan fungsi akal ini hakikatnya kita sedang menggunakan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita seterusnya mengenali hakikat kekuasaan-Nya ini akan dapat dicapai.
Namun, ia harus dipandu melalui sumber al-Quran dan Sunah. Sebagai contoh membawa anak berfikir mengapa adanya lima waktu solat dengan rakaat yang berbeza-beza yang turun dibincangkan oleh para ulama Islam akan membuka ruang untuk anak-anak membina kefahaman terhadap keperluan solat serta hikmah difardukan solat. Kefahaman ini akan membuka jendela hikmah dan mengukuhkan keimanan serta membuahkan amalan yang tulus sebagai seorang hamba Allah yang sejati.
Justeru, perkara ini harus diberikan perhatian yang wajar dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak. Tadabbur, tafakur yang dianjurkan di dalam al-Quran harus digunakan sebaiknya untuk memberikan akal fungsinya yang sebenar. Dengan memberikan kefahaman, amal akan dapat dilaksanakan dengan lancar,insya-Allah. Wallahualam.
Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhammad (USIM)
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Biasanya setiap kelahiran anak yang baru lahir mak ayah telah merancang untuk meletakkan nama yang baik dan mempunyai maksud yang elok. Ini kerana nama yang diberikan, diharap dapat ‘mendoakan kehidupan yang baik-baik buat anak tersebut. Elakkan memberi nama panggilan yang boleh memalukan anak kelak.
Namun sebaliknya yang berlaku. Sepasang suami isteri dari Switzerland sanggup meletakkan nama Twifia kepada bayi perempuan mereka, semata-mata mahu menang langganan internet dan WiFi percuma selama 18 tahun.
Pada mulanya, pasangan itu melihat iklan di Facebook oleh syarikat penyedia perkhidmatan telco dan Internet di Switzerland, iaitu Twifia.
Menurut iklan itu, sesiapa yang meletakkan nama Twifus atau Twifia kepada bayi baru lahir akan menang internet percuma selama 18 tahun.
Ekoran daripada itu, pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun ini sanggup menamakan anak mereka sebagai Twifia kerana memikirkan penjimatan yang boleh digunakan untuk pembelanjaan mereka sekeluarga.
Menurut suaminya, nama unik pada tengah nama anaknya itu juga membawa maksud hubungan, jadi padanya ia tidaklah teruk mana, malah sedap juga disebut.
“Bagi saya, nama Twifi juga bermaksud hubungan dalam konteks ini.
“Terdapat banyak nama yang lebih buruk. Dan lebih kerap kita menyebut Twifia nama itu lebih sedap bunyinya,”
Mengimbas kembali peristiwa menyayat hati, tiada siapa menyangka sebuah pertengkaran yang bermula kerana masalah duit akhirnya meragut nyawa seorang ibu kepada tujuh orang anak.