Sumber/Sumber Foto: Facebook & Instagram Noraniza Idris

Ratu etnik kreatif, Noraniza Idris atau Kak Ani memanjatkan rasa bersyukur apabila selamat menimang cucu pertama pada tanggal 23 mac.

Perkongsian tersebut disampaikan sendiri oleh Kak Ani menerusi laman sosial Facebook dan Instagramnya

Noraniza Idris Syukur Semuanya Selamat 

 

Malah Kak Ani juga memuat naik foto pertama cucu perempuan yang juga merupakan kepada cahaya mata sulungnya, Aliff Haiqal.

“Syukur alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat.

“Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila diwatikah’ menjadi nanny, ” katanya.

Hannah Aliff Haiqal Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Bapa

IKLAN

Cucu sulungnya itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak lelaki sulungnya. Malah nama yang diberikan juga cukup manis, Hannah Aliff Haiqal.

“Tahniah Aliff mama, terima kasih bawa Hannah untuk kami hari ini.

“Pada 23 mac 2021, hari lahir cucu pertama Noraniza Idris, 23 Mac 1989 hari lahir anak pertama Noraniza Idris.

“Hari ini hari istimewa untuk nanny umi,” ungkapnya.

IKLAN

Baca Disini Juga:

Lepas Dapat Restu Daripada Suami, Barulah Noraniza Idris Terbuka Hati Sertai GV7

Lara Teruja Bakal Jadi Kakak, “Doakan Mommy & Baby Dalam Kandungan Jalani Proses Kehamilan Dengan Sempurna ”

Datuk Siti Nurhaliza Ibu Bertuah “Aafiyah Anak Aktif, Mudah Belajar & Dididik”

IKLAN

Hadiah Istimewa

Malah Kak Ani juga menganggap kehadiran cucu pertamanya itu sebagai satu hadiah istimewa untuk seluruh keluarganya.

“Semoga Aliff menjadi Daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga, menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama, kesayangan semua kenalannya dan yang penting dan paling berkat adalah Allah sayang kita.

“Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama.

“Terima Kasih Jagakan Aliff Untuk Mama”

“Terima kasih jagakan Alif untuk mama, jaga penuh kasih sayang. Perhatian yang paling bermakna dalam hidupnya. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa gelaran nanny untuk mama buat pertama kalinya.

“Panggil Umi tau, tak nak Nanny la. Tua sungguh rasanya,” luahnya.

Sumber/Sumber Foto: Facebook & Instagram Noraniza Idris
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita