Niat umum kahwin kerana Allah tapi lain pula yang jadi, Datuk Nora Ariffin, 48 ingin tahu tujuan sebenar individu sebarkan fitnah. Baru-baru ini penyanyi terkenal ini telah mengumumkan dirinya sudah kembali bergelar isteri.
5 tahun bergelar ibu tunggal, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin menerusi akaun Instagram mengumumkan dirinya sudah selamat bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55 yang juga sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.
Selepas mengumumkan perkahwinannya, penyanyi ini terpalit pula dengan kontroversi panas yang turut membabitkan suaminya.
Malah heboh di media sosial selepas timbul dakwaan mengatakan dia dan suami sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.
Lebih mengejutkan, individu tersebut mendakwa Nora telah meminta suaminya itu untuk menceraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan kertas dan pen. Pendedahan itu dibuat menerusi kiriman mesej yang dihantar kepada sebuah portal hiburan.
Bagi mengelak perkara yang tidak berasaskan ini semakin menular, Nora menerusi akaun Instagramnya menjawab tuduhan tersebut dan menegaskan itu adalah fitnah semata-mata.
Niat Umum Kahwin Kerana Allah Tapi Lain Pula Yang Jadi
“Perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dengan perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa org lain bercerai tanpa sebab.
“Itu dosa besar.
“Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua untuk mengelakkan fitnah. Niat saya betul-betul kerana Allah.
“Tapi lain pula jadinya. Bagitau salah, tak bagitau pun salah.
“Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That’s my privacy.
Ads
“Sekiranya perbuatan saya salah disisi hukum Allah, biarlah saya meminta ampun dariNya.
“Dan biarlah para agamawan, aulia yang memberi nasihat pada saya. In Shaa Allah. Saya akan perbetulkan kesalahan saya.
“Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, please tampil bertemu muka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.
“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan FITNAH, TUDUHAN yang tidak tepat & berasas ini???
“Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. Kenapa gunakan social media & FAKE ACC utk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau DM saya direct.
Whats your intention?
“Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya. Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya. Itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami….tidak boleh dipaksa- paksa. Saya serahkan pada Allah SWT,” terang Nora.
Nak buat pembedahan dalam masa terdekat, kisah adik ini tular di media sosial dan ramai netizen simpati dengan keadaan anak kecil ini. Lagi sedih sampai tak boleh mendongak sebab kulit bawah dagu tercantum dengan kulit leher.
Namun untuk buat pembedahan, ibunya memerlukan sejumlah wang yang masih belum mencukupi. Buat anda yang nak tahu lebih jelas keadaan adik ini, boleh rujuk status Facecook saudari Qila Rosli…
Allahu…
Aku menulis dalam keadaan yang agak sebak. Sebak di dada melihat seorang kanak-kanak kecil menderita menanggung sakit nya selama hampir 7 bulan.
Punca Kulit Adik Ini Jadi Begitu
Adik ni disambar api akibat main pelita di tepi rumah semasa ketiadaan ibunya dirumah. Ketika api merebak ke badannya dia meronta-ronta memanggil kakaknya yang sedang mandi. Dengan sepantas kilat kakak menjirus air ke badan adiknya ini.
Betapa sedihnya hati melihat keadaan adik nie. Kalau nk dukung kena hati2, silap cara boleh tersiat kulit. Tak boleh mendongak sebab kulit bawah dagu dah tercantum dengan kulit leher. Thats why mulut dia sentiasa ternganga.
Omg !! so sad.
Adik dah menjalani beberapa operation untuk tampal-tampal kulit yang banyak terjejas dengan api and dalam masa terdekat adik nie sekali lagi akan menjalani operation dekat HKL untuk putuskan bahagian bersambung tu sebab bila budak makin membesar kulit akan menegang so adik nie akan meraung kesakitan. Yang diceritakan nie dalam bahasa kampung laa yek sebab tak pandai nak cerita dalam bahasa saintis. Haha.
Btw, kos untuk adik buat operation almost 39k tapi jumlah yang terkumpul belum cukup hanya ada 30k sahaja tapi ibu nya merayu dekat doktor untuk buat operation nie secepatnyaa. Yelahh ibu mana yang sanggup tengok anaknya menderita kan?
Salurkan Bantuan Menerusi
For those yang nak memberi atau menyalurkan sedikit sumbangan : Nama mangsa : zulfykha ridzwan 06105 29 00019606 1 (BSN) Zarifah bakri
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan kita menuding jari salahkan orang tuanya. Tiada apa yang mereka harapkan selain doa dari orang ramai. Berdoalah supaya urusan operation adik ni dipermudahkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biasanya penyakit kulit singgah tanpa disangka-sangka, tanpa mengambil kira peringkat umur. Kalau mangsanya bayi, itu memang sedih! Salah satunya ruam tetapi ada beberapa lagi perkara yang berkaitan dengan kulit bayi yang perlu mak-mak semua tahu.
Bila mak-mak tahu serba sedikit tentang bayi, tidaklah mak-mak cepat gelabah dan risau, malah anda boleh membuat persiapan yang sepatutnya. Jom, lihat apa 10 perkara berkaitan kulit bayi yang patut anda tahu.
1. Mudah kena ruam
Kebanyakkan bayi yang baru lahir akan ditumbuhi ruam. Namun ruam ini tidak membahayakan dan akan hilang sendiri. Memang diakui menjaga kulit bayi sedikit rumit. Mak-mak perlu mengetahui tahap tahap masalah kulit si manja sama ada boleh dirawat dirumah atau memerlukan perubatan dan cara mengelakkan dari mendapat masalah tersebut.
2. Ruam sebab pakai pampers
Kalau bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan peha dan alat sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin pakai buang terlalu ketat, lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau alah kepada sabun, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat. Sediaan krim ruam yang semulajadi di rumah.
3. Jerawat dan bintik putih
Jerawat pada bayi ada kaitan dengan yis, bukan sebab minyak terkumpul macam kita orang dewasa. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
4. Tanda lahir
Tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
5. Kulit kering
Bayi yang dilahirkan overdue biasanya akan mengalami kulit kering dan mengelupas. Kulit asas yang terletak dibawah kulit yang mengelupas itu adalah sihat, lembut dan lembap.
6. Kepala berkerak
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya akan hilang pada tahun pertama. Bahasa perubatannya dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan lebihan minyak dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam pada kulit kepala, sisi hidung atau belakang telinga.
7. Ruam panas
Ruam panas ialah biji kecil kemerahan. Biasanya muncul pada bahagian badan bayi yang biasa berpeluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit. Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memakaikan bayi baju dari material kain kapas.
8. Masa mandi
Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga hingga 5 minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain dengan air sabun. Cara mengeringkan bayi adalah dengan tepuk kering, bukan menggosok kerana menggosok akan menanggalkan kelembapan semulajadi kulit.
9. Milia
Satu daripada 2 orang bayi mempunyai lebam keputihan. Ini biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kalenjar minyak. Tidak perlu rawatan, kerana milia akan hilang sendiri.
10. Produk penjagaan bayi
Gunakan detergen yang lembut untuk mencuci bayi anda. Sebaik- baiknya ialah daripada bahan semulajadi yang rendah bahan kimia atau tanpa bahan kimia lansung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik isytiharkan penutupan semua sekolah di daerah Pasir Gudang serta merta, sedarlah kita betapa serius bencana tumpahan kimia beracun di Sungai Kim Kim.
Kerja-kerja haram pembuangan sisa toksik bukannya sehari dua dilakukan. Sudah lama, sampai penduduk pun lali. Akhirnya sungai Kim Kim itu sendiri menunjukkan ‘kemarahan’nya.
Dan semua perlu akur, sesiapa pun kena ambil ikhtibar jangan jadi sebahagian dari tangan kotor yang mencemar sungai-sungai bersih anugerah dari tuhan.
Orang awam di daerah Pasir Gudang yang terdedah dengan kimia beracun ini segeralah ambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.
Kredit foto : thestar.com.my
8 Panduan Cegah Bahaya Tumpahan Kimia Beracun
Sebagaimana yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia, ini antara langkah pencegahan yang boleh orang awam ambil demi memastikan keselamatan dan kesihatan masing-masing dalam keadaan tip top.
1. Orang awam diminta untuk mengelakkan diri dari memasuki dan berada di kawasan kejadian.
2. Orang awam dan petugas yang terlibat di kawasan kejadian diminta mengambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang perlu termasuk alat pelindung diri yang sesuai mengikut arahan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
Disarankan menggunakan topeng muka R95 untuk perlindungan diri.
3. Orang awam dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah berdekatan kawasan Sg. Kim Kim, Pasir Gudang sehingga arahan seterusnya.
4. Orang awam yang berkemungkinan terdedah kepada sisa kimia berkaitan, dinasihatkan mandi dan cuci pakaian secara berasingan bagi mengelakkan pendedahan melalui kulit.
Ini Pula Pesan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad
5. Penduduk Pasir Gudang terutama yang berhampiran Sungai Kim Kim agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari. Agar dapat mengelakkan radiasi bahan kimia dari tersebar.
6. Jangan ambil mudah, selepas gelombang keempat sesiapa di kawasan terbabit boleh terhidu, boleh meresap melalui kulit dan sangat bahaya.
7. Walau pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua. Bahan kimia itu boleh terwap jika keadaan cuaca panas terik. Jika ada angin kuat, gas kimia itu boleh menjejaskan manusia yang berdekatan.
8. Untuk peniaga, dinasihatkan makanan perlu sentiasa tertutup untuk memastikan tidak tercemar dengan bahan kimia.
Segera dapatkan rawatan sekiranya alami gejala-gejala berikut :
Loya dan muntah
Sesak nafas
Sakit mata
Sakit dada
MW : Tip ini juga terpakai untuk mereka yang terdedah dengan pencemaran toksik di persekitaran kediaman.
Kisah pilu kematian di Jerlun apabila seorang isteri menjerit minta tolong dan dua jam memangku jasad suaminya tanpa kepala selepas pergaduhan tragis di sawah Kampung Pida 3, Jerlun.