Kak KM selamat bersalin secara normal. Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli telah selamat melahirkan anak keempatnya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Disember jam 1.30 tengah hari.
Kegembiraan berganda juga buat usahawan kosmetik ini bersama suami apabila anak yang diberi nama Cinta Carissa lahir pada tarikh yang sama dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19.
Kak KM Selamat Bersalin Secara Normal
Seperti mana yang dilaporkan, Kak KM menyatakan pengalaman melalui proses bersalin kali ini berbeza sedikit berbanding dengan tiga anak sebelum ini. Memetik laporan portal mStar, Kak KM menahan sakit selama sejam dan bayi pula seberat 3.8kg.
“Alhamdulillah saya menahan sakit selama sejam sahaja di dalam bilik bersalin. Pada jam 12.30 tengah hari masuk manakala jam 1.30 terus bersalin.
“Kali ini berbeza sedikit kerana bayi besar dan berat 3.8kg. Saya sendiri minta supaya tak potong dan jahit, jadi sakitnya lebih sedikir tetapi berbaloi,” luahnya.
Malah Kak KM juga menerangkan telah memilih nama Cinta Carissa untuk bayi yang baru dilahirkan dan dianggap bersesuaian dengan karaternya yang suka sesuatu berbeza.
Wanita yang cukup kental ini juga berasa terharu dan menghargai semua doa dan sokongan yang diterima dari pengikut setia laman sosialnya.
“Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya terutama sekali mereka yang bersedekah atas nama Cinta Carissa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua,” ulas Kak KM.
Ads
Untuk rekod, selain Cinta Carissa, Kak KM dan suami dikurniakan tiga cahaya mata Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman, 11.
Wanita Berpura-Pura Diculik Perompak, Minta Wang Tebusan Dari Suami Sendiri. Macam-macam ragam, tak sangka akibat menanggung hutang yang banyak, sanggup mereka cerita diri diculik, demi menuntut wang tebusan dari suami sendiri.
Pura-Pura Diculik
Seorang wanita dari Babakan Madang di Bogor, Jawa Barat mendapat perhatian warga net kerana berpura-pura diculik perompak bersama anaknya baru-baru ini.
Lapor Kompas.com, ibu muda itu merancang penculikan itu semata-mata untuk meminta wang tebusan berjumlah 50 juta rupiah (RM14,044) daripada suaminya.
Menurut laporan awal, wanita itu diculik bersama anaknya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dan dia sempat mencetus kekecohan dengan memuat naik insiden itu di media sosial pada Rabu lalu.
Menanggung Hutang
Namun helahnya itu terbongkar selepas dia ditemukan di Puncak di Jembatan Gadog di wilayah Cisarua, Jumaat lalu.
Ketua Polis Bogor, Iman Imanuddin berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu dan anaknya tidak diculik sebaliknya hanya berpura-pura kerana diselubungi hutang berjumlah 45 juta rupiah (RM12,638).
“Wanita itu mereka kisah penculikan itu dengan dibantu seorang rakan sekerja untuk mendapatkan wang membayar hutang tanpa pengetahuan suaminya.
“Dia pergi ke kawasan Cijeruk dan mengambil gambar seolah-olah diculik dengan mulut diikat, mata terpejam sambil memegang anaknya. Foto itu kemudian dihantar kepada suaminya untuk meminta wang tebusan,” jelas Iman.
Wanita itu kemudian mula berasa takut dan memutuskan untuk pergi ke Jalan Raya Cisarua di Puncak Bogor dan kemudian meminta bantuan penduduk yang sedang melintas jalan supaya menghubungi suami serta ibu bapanya.
Polis yang mendapat laporan itu menemani suaminya ke lokasi berkenaan dan turut menyiasat rakan yang bersuhabat merancang penculikan itu.
Tahniah diucapkan buat Leez Rosli yang kini sedang hamil lima bulan. Berita ini merupakan mukadimah terbaik tahun 2021.
Aepul dan Leez telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata Nur Safiyya Alisha, yang kini berusia tiga tahun.
Leez, Epul dan Alisha.
Tahniah Leez Hamil, “Alisha Nak Dapat Adik”
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon dan penyanyi Leez Rosli yang juga isteri kepada Aepul Vokalis Drama Band menerusi akaun Instagramnya.
“Hello 2021! Salam jumaat yang penuh barakah. “Alhamdulillah, we’re pregnant! cc @aepul.roza Allah maha hebat. “ 2020 yg lepas adalah tahun paling mencabar dan Allah uji tanda dia sayang. Moga 2021 yang baik-baik sahaja buat kami sekeluarga dan anda semua juga. “ Bismillah! Ya, Alisha nak dapat adik!! #21weeks #5monthspregnant by Alisha,” tulis Leez.
Tahniah diucapkan buat Leez dan suami yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Keenam
Baru-baru ini pasangan bahagia ini juga telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
“A husband and wife may disagree on many things, but they must absolutely on this ; to never, ever give up on each other and forgiveness of mistakes.. so i close my eyes to his flaws, to his imperfections. Because I know he did the same.
“Jangan mencari kesempurnaan dan mengharap yang keterlaluan dalam berpasangan,dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
“Baby, kita tak boleh bosan dengan each other. Sebab forever tu lama tau. Please say what do you want from me dan kami pun akan buat benda yg sama.
“Demi Allah, I love you more than you’ll ever know. Happy Anniversary My Husband. 6 years married and more to come! @aepul.roza,” kongsi Leez.
Nak dekat raya ni, elok sangat mak-mak masuk kedai Eco dan cari barang untuk bersihkan rumah. Katanya bawa duit RM20 pun dah lebih dari cukup, sebab setiap item cuma RM2.12 saja.
Haaa… berbaloi sangat ni tetapi kalau main singgah pun tak boleh juga, jadi mak-mak boleh rujuk perkongsian daripada Puan Hani Mynis dulu untuk pilih barang apa yang patut dibeli.
Guna promo kod ini untuk dapatkan diskaun hebat:
Jom, Cari Barang Untuk Bersihkan Rumah
Siapa yang personally kenal Hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2)!
Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi! Tapi macam mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20.
Punyalah obses, hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu hani ajak dia pergi macam buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw-kaw beli ni beli tu.
Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yang hani dapat dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sangat dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.
Punyalah obses, kalau hani jumpa barang viral yg susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, hani akan tegur stranger makcik yang ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dapat, bagus sangat!,beli lah!” haha sangat kepochi kan?
“So sangat obses, Hani kongsi kan 13 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sebab ada antara barang yang viral susah benau nak jumpa!!). Walaupun harga dia Rm2.12 jangan pandang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk!”
Barang Yang Patut Mak-mak Beli
No 1 atas takhta ! Sudah semestinya magic span!
Siapa tak kenal magic span punya magic??
Memang magic sungguh hani rasa macam terharu kejap.
Apa je dia tak boleh cuci?
✅bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana-mana permukaan
✅bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air
✅bersihkan kesan-kesan tangan jari kat suis-suis
✅bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan
✅kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca
✅dan banyak lagi.
Kalau ada orang tanya hani mcm nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapn hani, cuba dulu dengan magic span! Tak berkesan baru cuba cara lain haha
Disebabkan viral nya magic span ni mmg bertuah sangat lah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri utk dibeli.
So option lain, Mr diy, daiso dan shopee!
Kedua!
Sabun basuh baju viral, hani bgtaw kat alif ni nama dia bongkah emas sebab nampak ni kat rak mata hani bulat macam nampak sebongkah emas haha
Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya utk laundry je, sagat dan simpn dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) utk kesan extra extra shiny!
Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi-lagi lantai tiles.
Ingat tak hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy hani? Hani dh tak guna tu, Hani dah jumpa pengganti yang lebih power! Haha kenapa power? Sebab roller ni boleh basuh! Tak perlu lagi nak cabut-cabut sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja den. hehe
Fungsi dia:
Khas untuk kutip rambut-rambut habuk-habuk kecil kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!
Super tot pencuci lantai
Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia mmg wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!
Microfiber cloth
Ni pun wajib ada lagi-lagi dalam “quick cleaning caddy” hani, bayangkan orang nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuh lah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan.
Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuknya tu. Senang kerja.
Wet tissue
Kalau nak lap kotoran-kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot.
Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu.
Hujung besi tu untuk kikis kerak-kerak tu sebelum kita berus dengan berus besi tu. Belakang kuali dan periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok tu guna sabun viral yang kuning tadi! Shiny.
Stain remover
Sebab dalam kandungan dia ada peluntur macam clorox tu, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran tak perlu nak berus dah, tuang kat lantai pun boleh taip biarkan dia few minutes “bekerja” lepas tu basuh dgn air.
Elakkan kena kulit, sama mcm clorox semua tu.
Berus dengan tiga jenis berus.
Untuk hani bersihkan dapur masak sbb kadang-kadang kat bhgn tungku tu ada keras-keras atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span haha so guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun best.
Penyepit span, pembersih tingkap!
Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant sampai sekarang haha guna kan lah.
Plastik sampah wangi
Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi.
Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu haaa…
Pencuci
Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan buat. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tadi atau clorox.
Not bad untuk harga dia rm2.12!
Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dalam gambar ni!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...