Datuk Alha Alfa tungkus lumus hulur sumbangan, jurusolek dan usahawan terkenal yang juga pemilik nama sebenar Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa antara mereka yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.
Sememangnya ramai selebriti yang turun padang dan mengagihkan sumbangan kepada mereka yang terkesan dek kerana banjir besar yang berlaku.
Datuk Alha Alfa Tungkus Lumus Hulur Sumbangan
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya, sejak beberapa negeri ditimpa musibah terutamanya di Selangor Alha antara yang paling aktif turun padang. Alha juga berasa sangat bersyukur kerana dapat menyampaikan sumbangan para penginfak di bawah Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa.
Ads
“Ya Allah terima kasih kepada yang dah ramai membantu, walaubagaimanapun masih ramai lagi yang berada di dalam rumah yang tak boleh masak tak ada sumber air bersih, yang tak boleh bagi makan anak-anak air panas tak ada.
“Semoga segala bencana ini selesai segera. Bot kami berpecah-pecah tadi separuh ke taman perumahan, separuh ke kawasan sekolah dan flat.
“Terima kasih pada yang membantu, ingat guys, aktiviti ini bukan untuk seronok-seronok, banyak faktor yang perlu dijaga.
Ads
“Paras air boleh membuatkan kita lemas, sampah sarap tajam-tajam. Lokasi longkang dan banyak benda merbahaya kat bawah sampan tu. Terima kasih pihak berkuasa yang tak henti membantu. Ramai guys sungguh ramai mereka yang perlukan bantuan,” tulis Alha.
Salurkan Barang Dapur & Makanan
Malah menerusi perkongsian juga, Alha turut menjalankan misi ke beberapa buah tempat yang terjejas teruk termasuklah di Hulu Langat dan Shah Alam. Malah Alha dan team juga menyalurkan barangan dapur, makanan serta keperluan lain.
Malah sebelum ini juga Alha telah menyempurnakan misi dalam sehari memberi bantuan kepada 1000 orang. Antara yang disampaikan, pampers dewasa, pampers baby, tuala wanita, ubat ubatan, air mineral dan susu bayi.
Usik mengusik dan senda gurau didalam perkahwinan menambah lagi kemanisan serta kemesraan dalam hubungan suami isteri. Perkara ini tidak terkecuali dilakukan oleh pasangan selebriti Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat berjaya mencuit hati pengikut akaun beliau dan peminatnya.
Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam mendapat tontonan hampir 213 ribu.
“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.
“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,” tulisnya.
Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal. Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.
Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.
Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang anak, Kashfi Haikal 8 tahun dan Kayla Resha, 6 bulan.Meskipun perkahwinan mereka pernah dilandai badai satu ketika dahulu, pasangan ini belajar daripada kesilapan dan memperbaiki hubungan mereka. Mingguan Wanita ucapkan semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Rajin-rajinlah usik pasangan kita selalu iya.
Kali terakhir Syafiqa Alaudin dan keluarga dapat menghubungi adik bongsu mereka, Ahmad Farid Ahmad Alaudin (19) adalah pada 13 Mac 2020. Apa yang menghibakan usaha demi usaha yang dilakukan mereka sekeluarga dalam mencari adik bongsu mereka, akhirnya mendapat jawapan setelah 42 hari kelibatnya gagal dikesan. Mereka sekeluarga dihubungi oleh pihak polis berhubung penemuan satu rangka manusia ditemui di dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara semalam.
Maklumat awal yang di perolehi dari pekerja PLUS sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya telah menjumpai rangka manusia di dalam longkang tengah antara pembahagi Lebuhraya. Apa yang menjadi tanda tanya, ditempat kejadian tidak ditemui sebarang kenderaan, serpihan kaca, serta kerosakan pada penghadang jalan di lokasi berdekatan dengan rangka tersebut.
Menurut laporan akhbar Sinar Harian, arwah ditemui dalam longkang di tengah lebuh raya berkenaan dalam keadaan masih lengkap berpakaian, bertopi keledar. Turut ditemui disisinya satu beg galas dan beg pinggang berwarna hitam.
Pemeriksaan lanjut di dalam beg pinggang mangsa menemui kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai lebih kurang RM150. Walau bagaimanapun motosikal milik arwah tidak ditemui. Ketika artikel ini disiapkan, jenazah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk di bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan esok selepas urusan bedah siasat selesai.
“Kami sekeluarga tak tahu menahu langsung dia ke Ampang, kerana sebelum ini kami dimaklumkan dia akan ke Tangkak, Johor. Selalunya cuti hujung minggu (sebelum PKP) memang dia akan ke rumah keluarga kami di Bachang. Dia suka ke situ kerana dia ramai sepupu yang sebaya dan hubungan mereka rapat sejak kecil.
“Pada 16 Mac 2020 (Isnin) kami dihubungi pihak HR tempat arwah bekerja, memaklumkan dia tidak datang bekerja pada hari itu dan gagal dikesan. Kami kemudian menghubungi sepupunya di Bachang. Mereka menyangka adik tak ke sana hujung minggu itu. Tetapi sebaik kami menghubungi kawan rapatnya yang sepatutnya mereka ke Tangkak, barulah kami tahu adik sebenarnya tak jadi ke Tangkak, sebaliknya ke Ampang seorang diri untuk menyambut hari lahir kawan sekolahnya,”kongsi Syafiqa.
MW juga bertanyakan sebelum pemergian adiknya, ada tak perubahan sikap yang berlaku. Terang Syafiqa lagi, seingatnya arwah ada meminta sepersalinan baju melayu berwarna putih yang katanya mahu digunakan untuk solat.
“Alhamdulillah ibu sempat belikan dan arwah sempat memakainya. Selain itu, arwah juga dilihat lama berdoa di atas tikar sejadah dan kerap bertanya kepada adik beradik yang lain sama ada sudah solat atau belum.
“Saya juga memohon kesempatan ini tolong berhenti menyebarkan gambar arwah adik saya kerana ia sesungguhnya meremukkan hati kami sekeluarga. Mohon hormati perasaan kami dan kesedihan yang sedang kami lalui.
“Kami sekeluarga nak maklumkan buat masa ini, kami sekeluarga tak PERNAH berikan sebarang nombor akaun kepada sesiapa untuk meminta sebarang sumbangan untuk arwah. Jika ada sesiapa yang membaca post di fb atau dimana sahaja yang berkongsi nombor akaun untuk meminta sumbangan bagi pihak arwah, ia adalah PALSU. KAMI TAKKAN PAMERKAN NO AKAUN SECARA TERBUKA. Sekiranya arwah ade berhutang dgn sesiapa boleh contact kami ahli keluarganya. Boleh pm saya Syafiqa Alaudin atau Nur Syuhaida Alaudin
(kiri) status yang dimuat naik dalam fb Nur Syuhaida dan (kanan) foto arwah Ahmad Farid
Dalam pada itu MW juga berkongsi info yang dikongsikan oleh seorang lagi kakak kepada arwah iaitu Nur Syuhaida Alaudin mengenai perihal pemergian mengejut adik bongsu mereka.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya…
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
.
Sharifah Amani kini isteri Ahmed Faris. Tahniah diucapkan buat Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 36 yang telah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34 dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Sharifah Amani dan Ahmed Faris dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.
Majlis nikah berkonsep rona putih dihadiri 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Namun begitu, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik COVID-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.
“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” ungkap Sharifah Amani.
Bertemu Tiga Tahun Lalu
Sharifah Amani menyambung dia bertemu dengan Ahmed Faris tiga tahun lalu ketika memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah organisasi diketuai Ahmed Faris.
“Bagaimanapun, tiga tahun lalu, kami bekerja atas paksi profesional… Belum ada rasa cinta.
“Dipendekkan cerita, selepas COVID-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh,” ceritanya.
Bijak Ambil Hati
Sharifah Amani juga menambah suami bijak mengambil hatinya.
“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya.
“Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur.
“Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘sempoi’ dan terbaik,” katanya yang tidak menolak rezeki andai dikurniakan cahaya mata pengikat kasih.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...