Sumber / Sumber Foto : Instagram Intan Saleh

Intan Saleh selamat bernikah kali kedua. Tahniah diucapkan buat Intan Liana Saleh yang telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Aizam Yahya.

Selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal, Intan yang merupakan bekas isteri kepada pemuzik yang dikenali sebagai Ude Wahid telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang sudah berstatus isteri.

Ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki, Arish Muqri dan Ariq Muqri ini juga kelihatan begitu sebak tatkala suaminya Aizam menyarungkan cincin kepadanya.

Intan Saleh Selamat Bernikah Kali Kedua, Air Mata Sebak Mengalir Saat Suami Sarungkan Cincin

 

Intan Saleh Selamat Bernikah Kali Kedua

Menerusi perkongsian sebuah video menerusi akaun rasmi Instagramnya, Intan telah sah menjadi isteri kepada Aizam dengan sekali lafaz pada Isnin, 20 Disember 2021.

Malah Intan yang kelihatan begitu berseri-seri dengan persalinan baju pengantin, mengalirkan airmata sebak disaat Aizam menyarungkan cincin kepadanya.

Menerusi ruangan kapsyen hantaran susulan di Instagram, Intan juga berharap agar perkahwinan kali kedua ini akan kekal hingga ke syurga.

“With my whole heart for my whole life!

“InsyaAllah… tak banyak yang ku pinta hanya kekal hingga ke syurga,” luah Intan.

Intan Saleh Selamat Bernikah Kali Kedua, Air Mata Sebak Mengalir Saat Suami Sarungkan Cincin

Malah hantaran terbaru di Instagram juga Intan turut berkongsi rasa hatinya yang bersyukur dengan takdir Allah dapat bersatu dengan suami.

“Yang dihadapan belum diketahui, yang dibelakang sudah di lalui, yang penting sekarang harus ditempuhi.

“Dengan takdir jika Allah menginginkan dua hati untuk bersatu,

“Maka Allah akan mengerakkan keduanya, bukan hanya satu,” luah Intan.

“Semoga Bahagia Hingga Ke Syurga”

Bukan itu saja malah para pengikut di lamam sosial juga mendoakan yang terbaik buat mahligai yang baru dibina oleh Intan dan Aizam.

Fizamaz – alhamdulillah tahniah bonda! u deserved to be happy, semoga bahagia hingga ke syurga.

Iamazlinkhalid – Alhamdulillah…Cantiknya Bonda…Ramainya hadir …Allah Huakbar…Berkatilah masjid yg bakal dibina ini dlm rahmat-

Miszmica – tahniah bonda

Kamsiyahepss – Alhamdullilah moga jodoh bonda n hubby berpanjangan hingga kejannah aamiin2

Khxleeda – Tahniah bonda Dan suami

Sumber / Sumber Foto : Instagram Intan Saleh

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI