Ajal dan jodoh sememangnya ketentuan tuhan. Namun sebelum membuat keputusan melibatkan kehidupan dan perkahwinan, sebaiknya fikir dahulu dan dapatkan nasihat daripada rakan-rakan mahupun keluarga terdekat. Supaya tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukan.
Penat Jaga Suami Muda Pemalas
Seorang nenek berusia 83 tahun yang tular kerana mengahwini jejaka umur 37 tahun akhirnya mengumumkan perpisahan mereka selepas mengaku berasa penat menjaga suaminya, lapor portal berita LadBible semalam.
Iris Jones menjadi perhatian di seluruh dunia apabila dia mendedahkan kisah cintanya bersama lelaki muda dari Mesir, Mohamed Ibriham.
Ads
Bawa Haluan Masing-Masing
Pasangan itu berkahwin pada 2020 dan sejak itu, Ibriham berpindah ke banglo milik Jones di Weston-super-Mare, England dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya Tesco.
Meskipun Jones sering memberitahu orang ramai bahawa cinta mereka sejati, ia malangnya tidak berkekalan dengan pasangan tersebut akhirnya membawa haluan masing-masing bulan lepas.
“Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah.
“Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini.
Ads
“Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn,” katanya.
Jatuh Cinta Sebab Rupa
Tambah Jones, dia mengaku telah jatuh cinta pada Ibriham disebabkan paras rupa lelaki itu.
“Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya,” katanya.
Mingguan Wanita: Bab perkahwinan memang kena fikir panjang dan dapatkan nasihat daripada keluarga serta rakan terdekat dahulu. Bukan hanya ikut kata hati. Apatah lagi, jarak umur yang jauh, supaya tidak menyesal kelak.
Aduhai, lesunya mak buyung. Puasa kali ni lain macam rasanya, badan cepat letih, tendangan anak dalam kandungan pun lemah. Mahu berbuka, rasa bersalah pula.
Percaya tidak, inilah antara kemusykilan ibu-ibu hamil sepanjang bulan Ramadan. Dilema tak puasa dan rasa keberatan untuk mengganti puasa selalu memeningkan kepala.
Ya, meskipun ibu hamil mampu untuk menahan makan dan minum selama lebih kurang sembilan jam namun keadaan kandungan yang memerlukan nutrisi penuh untuk tumbesaran harus diambil kira.
Tambahan pula apabila usia kandungan sudah mencecah trimester ketiga. Justeru, sebelum memutuskan untuk berpuasa ibu hamil wajar mengetahui inti pati penting di sebalik kewajipan berpuasa.
MANFAAT PUASA UNTUK IBU HAMIL
Menstabilkan tahap insulin
Memperbaiki sel tubuh
Membantu meningkatkan fungsi otak
Menjana daya tumpuan yang tinggi
Meningkatkan sistem keupayaan tubuh / imunisasi
Menjauhi ketagihan makanan dan minuman
Melancarkan sistem pencernaan
Berat badan ideal
Pun begitu, usah rasa terbeban jika tak mampu berpuasa di bulan Ramadan kerana Islam membenarkan ibu hamil yang tidak berupaya menunaikan puasa dengan menggantikannya dalam bentuk fidyah. Perkara utama yang harus dipertimbangkan terlebih dahulu adalah kondisi dan kemampuan diri sendiri.
(a) Ada baiknya ibu hamil mendapatkan kaunseling daripada doktor pakar untuk mengetahui kesihatan bayi yang dikandung sebelum berpuasa.
(b) Jika tiada sebarang masalah, ibu hamil perlu menghindari pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh dan coklat serta minuman berkarbonat yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan ibu serta bayi.
(c) Awas, ibu hamil dilarang berpuasa jika mengalami simptom berikut yang memerlukan rawatan segera daripada doktor!
Sakit kepala
Terganggu dengan pergerakan bayi berlebihan
Bayi tidak bergerak
Ibu berada dalam keadaan letih, pengsan atau tertekan
Kehadiran kontraksi yang keterlaluan
Rasa dahaga yang berpanjangan yang juga petanda dehidrasi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita yang cukup sedih dilaporkan oleh agensi berita Antara dan media tempatan lain di Indonesia, penyanyi popular dari negara itu, Glenn Fredly telah meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta.
Glenn, 44, yang juga terkenal di Malaysia menerusi lagu popular ‘Januari’, dilaporkan menghembus nafas terakhirnya pada 6 petang semalam. Punca kematian penyanyi kelahiran Jakarta itu masih belum diketahui.
Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Rakan Artis Glenn Fredly Turut Bersedih
Berita sedih itu turut disampaikan rakan baik Glenn iaitu Tompi melalui pesanan WhatsApp kepada Kompas.com.
“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.
“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Rakan artis lain turut berkongsi rasa sedih dengan pemergiaan sebutir mutiara dari negara seberang itu antaranya Ariel Noah dan Rossa menerusi akaun instagram milik mereka.
Tinggalkan Isteri & Anak Perempuan Baru Berusia 2 Bulan
Glenn meninggalkan isterinya, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia dua bulan.
Dalam status terakhir di Instagramnya, Mutia Ayu memuatnaik potret kebahagiaan sambil memeluk Glenn.
“Ketika Gewa dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata ‘Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah’ Tuhan selalu jaga kami,” tulis Mutia Ayu pada kapsyen foto itu.
Majlis konvokesyen adalah hari paling bersejarah buat mereka yang bergelar mahasiswa. Ini masanya untuk mereka diraikan selepas beberapa tahun belajar di pusat pengajian.
Malah, hari paling bererti juga sebab dapat berkongsi bersama mak ayah yang turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut. Inilah masanya untuk membanggakan mak ayah atas kejayaan sehingga dapat merangkul scroll yang diimpikan oleh setiap pelajar.
Detik dan debaran sudah pastinya saat melangkah ke atas pentas. Tak kurang juga sorakan dan tepukan daripada mak ayah dan kawan-kawan seperjuangan di dalam dewan.
Sejak kebelakangan ini, bila sebut dewan anugerah apa-apa pasti ada sesuatu yang boleh menarik perhatian terutamanya aksi daripada pelajar itu sendiri. Namun, apa yang menarik perhatian dari perkongsian ini adalah aksi mak ayah pula.
Satu video di TikTok dikongsikan oleh Nurulmohdshah memaparkan aksi comel mak ayah mentuanya ketika menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kamera yang sedang merakam suasana di dalam dewan itu sedang memberikan tumpuan pada tetamu yang hadir.
Menyedari kamera sedang fokus kepada mereka, pasangan ini terus mempamerkan peranti yang tertera ‘sedang mencari calon menantu’ sambil ketawa dan memaparkan gambar seorang gadis di dalam peranti lain.
Aksi itu juga membuatkan tetamu yang berada dalam dewan tersebut terhibur dan ketawa dengan gelagat mereka yang dikatakan ‘sporting’.
.
Perkongsian tersebut turut menjadi perhatian ramai kerana terhibur dengan pasangan itu dan menyifatkan mereka adalah ibu bapa yang ‘sporting’.
Mingguan Wanita : Terus yang bujang munculkan diri ni.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...