Siapalah kita untuk melawan takdir Allah, bertemu jodoh dengan pasangan yang berbeza berpuluh tahun. Malah, pasti akan ada ejekan, dan kata-kata sinis yang beranggapan ada sebab berkahwin dengan orang yang berumur ini.
Namun, kalau sudah tertulis bertemu jodoh dengan lelaki yang seusia ayahnya, berlapang dada terima seadanya. Inilah kisah Ana Amalia, wanita muda yang berusia 27 bertemu jodoh dengan suaminya berusia 63 tahun, perbezaan umur lebih kurang 3 dekad.
Kisahnya Ana Amalia, yang dijodohkan dengan Emen Hidayat, lelaki yang 35 tahun lebih tua daripadanya telah menjadi perbualan warganet. Kebanyakannya beranggapan perkahwinan ada sebab dan semata-mata untuk menaikkan ‘rating’ youtube milik Ana Amalia.
Seperti yang diketahui, Ana Amalia adalah youtuber yang agak terkenal di Indonesia dan tanpa ada perasaan malu, dia turut berkongsi cerita tentang suaminya yang boleh dikatakan sebaya ayahnya.
Dalam salah satu videonya turut menceritakan tentang jodoh bersama suaminya. Dia meneriMA dengan berlapang dada dan anggap ini adalah anugerah. Pasangan ini berkahwin pada 13 Disember 2018.
Ads
Mencerita lebih lanjut, perkahwinan ini adalah aturan daripada keluarganya sendiri dan dia hanya diberitahu melalui telefon dari orang tuanya.
Pada mulanya, Emen tidak memaksa untuk menerima dirinya memandangkan perbezaan umur yang sangat jauh dan menjadi beban pada Ana. Tapi, inilah yang dikatakan jodoh.
“Selepas dua minggu bertemu, akhirnya kami berkahwin, langsung tiada gambar perkahwinan dan hanyalah ijab kabul sahaja,” kata Ana.
Dapat Cemuhan Orang Luar
Pada awal perkahwinan, banyak pergolakan dan tak kurang juga cemuhan dan ejekan daripada orang kampung. Sehingga ada yang mengatakan pasangan ini seperti ‘ayah dan anak’ atau cucu dengan datuk.
Semua ejekan dan cemuhan itu langsung tidak disimpan dan ambil hati. Malah, pasangan ini mengambil masa 3 bulan untuk menerima kehadiran masing-masing dan anugerah yang Allah berikan ini.
Ads
Selain itu, Ana juga berhadapan dengan keluarga Emen. Awalnya, ada ahli keluarga yang menolak kerana Emen sudah mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya hampir sebaya dengan Ana.
“Pada awalnya, nampak rasa tidak selesa sebab anak Emen hampir sebaya. Tapi saya cuba sesuaikan dan cuba untuk dekatkan diri sebagai ibunya.
Hingga kini, Ana Amalia cukup bahagia dengan pasangannya, Emen Hidayat walaupun belum dikurniakan cahaya mata dan sentiasa berdoa agar diberi zuriat suatu hari nanti.
“Masih belum ada rezeki dan saya yakin, Allah akan beri pada waktu yang tepat. Doakan untuk kami dapat cahaya mata yang diimpikan,” katanya.
Ana Berkelulusan Sarjana
Siapa sangka Ana mempunyai kelulusan Sarjana dan merupakan guru bahasa Inggeris. Memandangkan sekolah, tempat dia mengajar agak jauh menyebabkan dia berhenti kerja dan lebih menumpukan kepada channel youtubenya.
Ads
Sementara itu, suaminya seorang petani di kampungnya. Dia adalah seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak.
Memilih pasangan yang jauh beza usianya bukanlah kerana suaminya kaya tetapi reda dengan jodoh yang telah diberikan. Baginya, hidup lebih baik dengan suaminya yang berumur daripada kahwin dengan lelaki sebaya yang mungkin menyakitkan hati.
Mingguan Wanita : Kalau sudah jodoh. Pedulikan dengan kata-kata orang dana bahagialah cara kita.
‘Rindu bidadari. Lama tak dapat berbuka sekali.’ Demikian luah pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam media sosialnya.
Ustaz yang aktif menjalankan kerja-kerja dakwah di dalam mahupun luar negara, begitu sibuk malah terkejar-kejar waktu. Membuatkan masanya teramat terhad untuk pulang berbuka bersama isteri tercinta dan anak-anak.
Namun, sebagaimana semua maklum, ustaz begitu menghargai waktu kualiti yang sedikit itu bersama ahli keluarganya. Tak pernah tidak ustaz membuat kerja-kerja dapur untuk meringankan beban isteri.
Malah, keprihatinannya terhadap emosi seorang isteri begitu tinggi sekali. Alangkah beruntungnya bidadari Ustaz Ebit Lew ini.
Rindu Bidadari..
Kongsi Ustaz Ebit lagi,
“Selalu misi berbuka di jalanan dalam kereta je jamah apa yang ada je. Selalu terkejar-kejar misi membantu mereka yang memerlukan.. Dah selesai misi tengah malam baru rasa nak makan. I love you bidadariku.
10 hari akhir Ramadhan ini semoga kita bertemu LailatulQadar. Ya Allah berilah kami bercinta di dunia dan bercinta sampai syurga. Semoga Allah jaga mak ayah kita dan beri mereka syurga Firdaus. Anak kita jadi anak soleh solehah.
Sahabatku di malam-malam LailatulQadar ini jika teringat sebutlah namaku dalam doamu. Saya doakan Allah hadiahkan kita semua LailatulQadar. Saya doakan Allah kabulkan semua doa tuanpuan semua yang baik-baik. Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Allah hadiahkan kita kasih sayangnya dan RedhaNya.”
Kisah Ustaz Ebit ini juga dirasai oleh suami isteri yang terpaksa berjauhan dalam perhubungan. Hubungan PJJ yang bukan setahun dua usianya, tentu rindu semakin mencengkam.
Barangkali ketika ini pun anda sedang rindu bidadari masing-masing.
Dalam diuji pandemik, terhalang pula dek PKP/PKPB tentu semakin melelahkan. Semoga pasangan diuji ini juga tabah dan kental jiwanya dan diberikan sinar yang lebih baik kelak.
Alahan waktu pagi, Ernie Zakri hamil empat bulan, seperti mana ibu mengandung lain penyanyi Ernie Zakri juga melalui alahan semasa hamil atau ‘morning sickness’ yang biasanya berlaku di awal kehamilan.
Alahan Waktu Pagi, Ernie Zakri Hamil 4 Bulan
Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu setelah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.
Tahniah diucapkan buat Ernie dan juga suami, Syamel yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram masing-masing.
Kini penyanyi lagu Ku Bersuara itu sudah hamil empat bulan.
“Buat masa ni gambar kita berdua dulu, tak lama lagi bertiga pulak,” kongsi Ernie.
Bukan itu saja malah mereka juga membuat hantaran dan menyatakan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikna oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulis mereka.
Tidak Mengidam Benda Pelik-Pelik
Menerusi temubual bersama BH Online, Syamel memberitahu isterinya kini sudah hamil empat bulan dan mengalami alahan pada waktu pagi.
“Alhamdulillah, usia kandungan Ernie sudah empat bulan. Setakat ini, Ernie tidak pula mengidam benda pelik-pelik dan sepanjang trimester pertama, kesihatannya memuaskan.
“Cuma, apabila nak masuk trimester kedua, Ernie mula mengalami alahan terutama pada waktu pagi. Doktor maklumkan ini petanda yang bagus kerana bermakna ada tindak balas antara ibu dan bayi dalam kandungan.
Semoga Segalanya Berjalan Lancar
“Saya bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan saya harap orang ramai dapat mendoakan isteri dan zuriat kami sihat,” katanya yang tidak kisah tentang jantina anak yang bakal lahir nanti,” luah Syamel.
Sumber Foto : Instagram Ernie Zakri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mona Allen selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki. Pelakon Mona Allen berkongsi khabar gembira telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada malam Selasa.
Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua, Timang Bayi Lelaki
Menerusi hantaran di Instagram Story, Mona memberitahu dia selamat bersalin anak lelaki pada waktu Maghrib, semalam.
Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Inshallah kita akan kongsi gambar baby nanti.
Sekarang tengah rehat nanti saya update okay.
Isteri kepada Pekin Ibrahim ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya serta bayi.
Terima kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Alhamdulillah. Syukur semua baik-baik saja. Allah Ya Mujeeb.
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...