Rezeki memang di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, mak ayah boleh melakukan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam untuk murah rezeki.
Oleh itu, kalau nak murah rezeki, kena buat perkara ini. Tapi mak ayah perlu ingat rezeki bukanlah soal duit semata-mata. Dikurniakan anak yang ramai dan kesihatan yang baik juga adalah rezeki.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami sebaiknya:
Nak Murah Rezeki, Kena Buat Perkara Ini!
Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua sudah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
Layan Anak Sebaiknya
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu.
Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ads
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu sudah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi.
Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar. Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Ads
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebatisteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri.
Tapi Ingat Rezeki Bukanlah Duit Semata
Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sekian. Firdaus Mokhtar, Begitulah.
MW: Rezeki itu luas, bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada mak, ayah. Insyallah rumah tangga akan bertambah bahagia.
Sejak mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, Mikail dan Nayli memang tinggal berjauhan. Mikail bekerja di pantai timur kerana berkhidmat di sana, manakala Nayli pula selesa tinggal di kampung halamannya di Johor Bahru kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarganya.
Hubungan suami, isteri ini pada awalnya cukup indah, apabila saban minggu, sang suami akan mencuri masa untuk pulang berjumpa sang isteri. Setelah tiga tahun berlalu, perhubungan jarak jauh yang jernih ini mulai keruh. Keluarga Nayli mula mendesak Mikail untuk berhenti kerja dan membantu Nayli menguruskan perniagaan keluarga mereka.
Diminta Berhenti Kerja
Tambahan pula Nayli sedang sarat mengandung anak kedua, sudah tentu agak melelahkan apabila dirinya perlu menguruskan anak sulung dalam keadaan sarat mengandung. Nayli yang pada awalnya tidak kisah berjauhan dengan suami, mula berubah sikap.
Apatah lagi Haikal secara terang-terangan menolak permintaan Nayli untuk tinggal sebumbung. Katanya dirinya baru sahaja dinaikkan pangkat, mengapa dia harus melepaskan peluang. Lagi pula, dia seorang suami, seharusnya Nayli yang mengikutnya berpindah ke Kelantan.
Haikal yang sebelum ini terlalu kasihkan Nayli dan anaknya makin jarang pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang keluarga Nayli menegur khilafnya. Dia sengaja tidak menjenguk Nayli biar pun Nayli mengadu yang kandungan kini bermasalah.
Tidak Dimaafkan
Bagi Mikail, Nayli sengaja mengada-adakan cerita agar dia berubah fikiran dan berpindah untuk tinggal di Johor Bahru. Hinggalah suatu hari, Nayli dimasukkan ke hospital kerana pengsan secara tiba-tiba. Nayli langsung tidak memberitahu suaminya kerana dia berasa jauh hati.
Mujurlah bapanya menghubungi Mikail dan menjelaskan keadaan Nayli yang tidak sihat. Jantung bayi dalam kandungannya lemah dan doktor menyerahkan segalanya pada Allah. Nayli yang hilang semangat seakan hilang arah memikirkan keadaan anaknya.
Mikail yang datang menjenguk langsung tidak dilayan, katanya dia telah tiada hati lagi pada suaminya. Malahan Mikail juga tidak dibenarkan menyentuh anak-anaknya lagi. Nayli memang benar-benar menyalahkan Mikail atas segala yang berlaku.
Lebih menyayat hati, apabila bayi yang dikandung lemas dan meninggal dalam perut. Nayli mengalami kemurungan, seterusnya hampir gila bila mendapati anaknya tidak lagi bernyawa. Sebaik sahaja keadaan Nayli sembuh, dirinya telah memfailkan penceraian di mahkamah.
Biar pun perit, Mikail terpaksa melepaskan isterinya yang tercinta. Mikail memang menyesali atas segala keterlanjuran dan layanan buruk kepada Nayli. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kini Mikail terlalu rindukan Nayli dan anaknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Marah anak dengan niat untuk mendidik tak salah. Anak-anak adalah permata keluarga yang amat indah. Keletahnya sewaktu kecil amat menghiburkan. Manakala keindahan budi bicara dan ingatannya ketika menginjak ke usia yang lebih dewasa pula menjadi penyejuk hati. Adapun, doanya ketika kita di barzakh amat membahagiakan.
Pokok Pangkal Di Tangan Mak Ayah
Begitulah anak, amat besar sumbangannya kepada kita jika dapat dididik dengan baik. Pokok pangkalnya di tangan kita sendiri selaku ibu bapa yang mencorak kehidupannya. Kepada Ilahi harus sentiasa dipanjatkan doa dan pengharapan agar diberikan bantuan dan izin untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka sehingga dengannya kelak semakin kukuh iman dan amal mereka hanya untuk-Nya.
Dalam meniti hari-hari membesarkan dan menitipkan pendidikan ini kepada anak-anak. Pelbagai jenis emosi harus dihadapi. Selaku orang dewasa, kita mempunyai beban dan tanggungjawab yang amat berat untuk dilangsaikan. Walaupun begitu, kita harus dapat menilai tanggungjawab dan amanah yang hakiki dan bersifat sekunder agar mudah dibuat pilihan andai kedua-duanya menuntut komitemen.
Jadikan Anak Ranking Teratas
Anak adalah amanah Allah yang harus dijaga dan dipenuhi segala komponen dirinya agar fitrahnya dapat dioptimumkan kehebatannya. Oleh yang demikian, bagi ibu-ibu peranan ini harus diletakkan dalam ranking yang awal dalam senarai tugasan kita. Walau sejauh mana kita melangkah tanggungjawab ini seharusnya dititik beratkan. Jangan penat kerja, balik hanya tahu marah anak saja.
Dalam menghadapi dunia yang menuntut komitemen yang tinggi dalam pekerjaan. Kita seharusnya tidak tertipu dengan persekitaran. Impaknya nanti bukan sahaja dalam keluarga malah melibatkan masyarakat keseluruhannya. Jika kita berjaya membentuk anak-anak dengan baik maka insya-Allah dengan izinNya keseluruhan masyarakat juga akan harmoni dan dirahmati.
Oleh yang demikian, komitmen ini harus dipikul secara bersama dalam ruang lingkup yang Allah telah berikan kepada kita. Jagalah amanah ini dengan sebaik mungkin dan sedaya mungkin. Usah jadikan alasan tekanan ditempat kerja untuk menolak ajakan mereka untuk bermain bersama kerana keperluan emosinya harus kita penuhi. Jika tidak perkembangan emosinya pasti terganggu dan menyebabkan implikasi yang lebih parah seperti tidak yakin diri, perahsia, sukar mempercayai dan sebagainya.
Usah juga meletakkan anak sebagai mangsa untuk dimarahi dan diherdik sesuka hati kerana mereka perlukan belaian dan senyuman manis ibu dan ayah untuk mereka. Hakikatnya, apa yang kita tonjolkan dan lakukan terhadap mereka pada usia kecil ini amat memberikan kesan terhadap pembentukan persepsi dalam minda mereka. Bagaimana mereka melihat dunia kehadapan dan diri mereka sendiri amat bergantung kepada apa yang kita tunjukkan kepada mereka.
Asyik Kena Marah, Besar Jadi Agresif
Mereka akan menjadi memberontak, agresif dan sukar dikawal jika keadaan emosi yang ibu dan ayah tunjukkan sewaktu mereka kecil adalah emosi sedemikian. Sebaliknya mereka akan jadi tenang, mudah berbincang dan menghiburkan jika watak itu juga yang sering mereka lihat daripada ibu dan ayah sewaktu kecil.
Jadi benarlah kata Nabi saw, “ibu bapa lah yang akan membentuk anak-anak mereka samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi”. Mafhumnnya dapatlah difahami, pada tangan kitalah anak-anak ini akan dicorakkan masa depan mereka termasuklah keperibadian mereka.
Beri Sepenuh Perhatian
Oleh itu, masa ini amat penting bagi anak-anak kita mendapat sepenuh perhatian daripada kita ibu bapa. Jika berasa marah sekalipun, gunakanlah cara yang terbaik bagi menegur dan memberitahu kesilapan mereka berdasarkan umur mereka. Usah benarkan diri kita memberikan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Masakan mereka melakukan sesuatu itu jika mereka tahu bahawa perkara itu menyakitkan?
Kitalah yang seharusnya dapat membuat keputusan yang lebih baik ke atas sesuatu perkara yang mereka lakukan samada ia memerlukan hukuman atau tidak dan bagaimana seharusnya kita bertindak. Ini kerana kita adalah orang dewasa yang memiliki akal yang matang untuk berfikir dengan baik.
Cuma usah menarik nafsu dan emosi untuk turut sama berfikir sudah pasti natijahnya menjadi kurang wajar. Justeru, mintalah pada Allah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Pergantungan yang padu kepada-Nya akan lebih menenangkan dan memberikan panduan yang lebih tepat lagi dalam langkah-langkah yang akan kita ambil untuk mendidik anak-anak.Wallahuallam..
Artikel: Dr Nurul Asiah Fasehah Binti Muhamad (USIM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lucu sebenarnya gurauan suami ini, Akhtar Syamir a.k.a Bro Ohsem untuk isterinya, Nora Azni. Bukan sebab koleksi beg tangan mewah tau intan berlian, tapi koleksi tudung yang berkotak-kotak. Yang mana jumlahnya ada yang melebihi 1000 helai tudung berlainan jenama, corak malah jenisnya.
Apa pun yang suami ini kongsikan, ianya ada banyak benarnya. Kalau tak percaya.. cuba belek tudung mak-mak itu. Tak mungkin cuma dua helai dalam almari atau tergantung dalam bilik tu. Betulkan..
Pendedahan Suami Tentang Koleksi Tudung Isteri.. Ada Tu ‘Hadiah’ Katanya
Saya dengan ini menyarankan SPRM supaya menyiasat semua suri rumah tak kira sepenuh masa atau tidak.
Siasatan perlu difokuskan kepada bagaimana mereka boleh menyimpan hampir 1000 jenis tudung berlainan jenama, jenis dan corak yang berharga paling kurang RM10 setiap satu.
Pendedahan oleh para suami mendapati tudung – tudung tersebut ada yang dibeli dan ada yang dihadiahkan. SPRM perlu menyiasat siapakah pemberi hadiah tersebut kerana para suami dah tak ingat berapa banyak tudung kami belikan untuk isteri.
Siasatan lanjut juga perlu dibuat terhadap mereka kerana kami perlu tahu kenapa setiap kali keluar, isteri asyik pakai tudung yang sama je. Alasan tudung tu selesa dan senang jadi tidak sepatutnya diterima kerana tudung – tudung lain dalam almari tu pun lebih kurang samaaaaa je.
Diharap dapat juga siasat peniaga tudung yang jual tudung susah nak jadi. Jenuh kami tunggu mereka bersiap. Hahaha..
Alang – alang dah siasat tu, tanye sekali kenapa tudung yang diorang beli tu selalu tak padan dengan baju diorang. Please… Kami perlu tahu.
Kalau Tak Ada Tudung Dalam Almari.. Tengok Dalam Kotak
Lagi satu, kalau takde dalam almari, cuba tengok dalam kotak. Diorang selalu simpan dalam tu kalau dah banyak sangat.
Terbaru. Terdapat laporan ramai yang order tudung online tapi letak alamat ofis supaya perbuatan mereka dapat dirahsiakan dari suami.
Diharap pihak SPRM tidak akan menghantar pegawai penyiasat wanita untuk menyiasat kerana dikhuatiri diorang akan berborak pasal tudung je nanti. Tak pasal – pasal kes tutup dan ada yang bawak balik sehelai dua. Hahaha..
Terkini. Sila bawa pasukan pemusnah bom sekali kerana tudung yang dah bergosok tu amat bahaya kalau tersentuh. Selalunya anak dan suami jadi mangsa. Confirm meletop !
Tolong SHARE. Perkara serious nie.
Jangan lupa TAG orang yang patut disiasat ya.
Kalau sape – sape rasa memang bersalah tu, cube kongsi gambar koleksi tudung korang? Boleh cuci mata sikit. Hehehe..
Kepada makcik bawang, ini post gurauan je. Bukan serious. Jangan marah haaa..
Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, "bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.Tanyalah pada mana-mana ibu, jika...