Wanita yang bergelar isteri seringkali dilihat nampak ‘kuat’ boleh melakukan perlbagai perkara serba serbi. Namun hakikatnya, bagi seorang isteri, sekuat, sealim, sekaya, secantik dan segarang mana pun dirinya, dia masih memerlukan kehadiran seorang suami.

Hadamkan betul-betul perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini, mengenai isi hati wanita yang bergelar isteri.

Sekuat mana isteri, dia masih memerlukan perlindungan dan sokongan dari suaminya.

Se’alim mana isteri, dia masih memerlukan bimbingan dan nasihat dari suaminya.

Sekaya mana isteri, dia masih memerlukan nafkah tanda hormatnya suami atas hak isteri dalam perkahwinannya.

Secantik mana isteri yang sentiasa dipuji di luar sana, masih dia merasakan paling bahagia tatkala menerima pujian dari mulut suaminya.

Segarang mana isteri, dia masih tetap memerlukan kesantunan dan kelembutan suami terhadapnya.

IKLAN

Sebab itu kadang kita pelik, seorang wanita boleh menghadapi kesakitan yang dikatakan kedua paling sakit selepas sakit sakaratul maut (iaitu sakit melahirkan anak), namun dia menjadi lemah tatkala suami menyakitinya melalui perbuatan dan kata-kata.

Kadang isteri waktu dia berseorangan, tong gas pun boleh diangkat sendirian, namun apabila di sisi suami, mahu buka penutup botol mineral pun minta suami bukakan.

Itu bukan tanda mengada-ngada, melainkan sebagai penghormatan dan kasih kepada suami. Dia merasakan itu tanda dia acknowledged bahawa kedudukan suami sebagai insan paling penting selepas kedudukan Allah dan Rasul SAW di dalam hati seorang isteri.

IKLAN

Oleh itu wahai lelaki, sebelum menjadi suami, carilah ilmu rumahtangga dan sedarilah akan hakikat-hakikat seperti yang disebutkan di atas tadi.

Wanita memang kuat.
Wanita memang berani.
Wanita memang bijak.
Wanita memang kental semangatnya.
Wanita memang berdikari.
Namun, segala kelebihan-kelebihannya mungkin boleh ‘tersembunyi’ saat di sisi suaminya.

Sehebat apapun wanita bergelar isteri, masih tetap dia memerlukan kehadiran suami yang baik, santun, mendidik dan bersifat pelindung.
Suami yang baik tidak takut dengan segala ‘kelebihan’ isteri dan tidak akan mengambil kesempatan bahkan mengoptimumkan segala potensi isterinya untuk menjadi lebih cemerlang lagi, insyaAllah.

IKLAN

Women..
A good husband is your partner to Jannah. He will not clip your wings and help you to fly high.
Dear, you were meant to soar!

#intandzulkefli
#randomthoughts

Baca Lagi Di Sini:
Isteri Perlukan Suami Untuk Dia Berbual Berkongsi Rasa Dengarlah
Kalau Suami Nak Jadi RAJA, Layanlah Isteri Macam PERMAISURI. Bukannya Ambil Kesempatan

MW: Setuju sangat. Pesanan buat suami, fahamilah isi hati isteri. Disebalik ‘kekuatan’ dan kehebatan seorang isteri itu, dia tetap perlukan semangat, sokongan dan kehadiran suaminya.

Sumber:Intan Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI